Jeon For Sale | JJK
"Usik-mengusik itu orang kata tanda sayang."-Jeon Jungkook
-----
BAB 5
-----Kiss?
Tidak, semua itu langsung tidak berlaku. Si Jeon itu hanya mengusik aku pada waktu itu.
Pipiku memerah apabila fikiranku teringatkan semula babak hampir dicium oleh Jungkook.
"G-gatal betul 001 JJK ni. Kerja dia asyik nak mengusik aku je. Geramlah!"omelku perlahan. Bimbang didengari oleh lelaki tersebut.
Aku merebahkan kepala di bantal. Wajah Jungkook muncul sekilas sebelum aku mula hanyut dalam mimpi.
---
Jungkook merenung wajahnya di cermin. Senyuman di bibirnya yang sering terukir sewaktu bersama dengan Joo Yeon terus lesap.
Wajahnya hanya digantikan dengan raut wajah yang sedih dan murung. Jungkook mengelap hujung matanya yang mula basah.
Hatinya sudah menjerit rindu kepada ibunya. Sungguh hati lelakinya sudah tidak kuat ketika itu.
Jungkook memaut hujung cermin. Wajahnya sendiri diteliti dengan penuh khusyuk. Satu senyuman terpaksa terbentuk di wajahnya.
Dia terus menuju keluar ke ruang tamu untuk menunggu kedatangan majikannya.
Lagipun dia tidak boleh membantah, keselematan ibunya menjadi satu perkara utama bagi Jungkook.
----
"Jungkook, dah lama tunggu ke?"soal Joo Yeon.
Wanita itu membuka langkah menuju ke arah Jungkook. Bahu lelaki itu ditepuk perlahan.
Jungkook mengangkat muka dan menayangkan senyuman lebar.
"Cik Joo Yeon. Jungkook dah rindu."ujar Jungkook seolah-olah satu robot yang sudah diprogramkan. Tutur katanya kaku dan kurang emosi.
Wajah gembiranya ternyata palsu. Namun, Joo Yeon masih tidak sedar.
Rambut wanita itu terurai panjang dan kelihatan menawan. Gaun bunga-bunga kecil yang dipakainya mencuri perhatian Jungkook.
Dalam diam, lelaki itu tidak henti-henti mengagumi kecantikan Joo Yeon.
Tangannya dihulurkan kepada Joo Yeon. Lantas, Joo Yeon mencapainya tanpa teragak-agak.
"Kita date ye hari ni Jungkook? Bosan lah duduk terperap dalam rumah je."
Ajakan Joo Yeon membuatkan Jungkook tersenyum gembira.
Dia segera bangun dan menarik tubuh badan wanita itu untuk pergi ke muka pintu.
"Aku suka. Pandai Cik Joo Yeon ambil hati Kook!"ujar Jungkook dengan riang.
Mereka berdua terus keluar dari rumah dan menuju ke destinasi yang sudah dirancang oleh Kang Joo Yeon.
---
Joo Yeon sudah tersengih jahat. Wajah Jungkook sudah dibasahi dengan manik-manik peluh yang sudah merenik di dahi.
"B-betul ke kau nak masuk? Kita pergi singgah restoran okay tak? Aku l-lapar."ujar Jungkook berserta nada perlahan.
Kerana ego, dia langsung tidak mahu menjatuhkan maruahnya.
Jauh di sudut hati, lelaki itu sudah menjerit ketakutan. Kalau boleh, sudah lama dia nak cabut lari dan tinggalkan Joo Yeon.
Mengenangkan Joo Yeon adalah majikannnya, dia pasrah.
"Iyalah Jungkook. Jom lah jalan cepat. Saya dah tak sabar nak masuk rumah hantu ni. Dengar orang cerita, a-ada hantu pocong. Banyak!"ujar Joo Yeon sambil menekankan perkataan 'pocong' dan 'banyak'.
Halkum Jungkook sudah naik turun apabila dia mendengar penjelasan daripada Joo Yeon.
Pantas dia menggenggam tangan kecil wanita itu. Pada waktu itu, Jungkook beranggapan dia boleh acah sweet untuk menutup perasaan takut.
"001 JJK menurut perintah. Jom lah s-sayang, tak sabar Kook nak jumpa pocong."
Joo Yeon menjengketkan kening. Kalau diteka dari luaran pun dah tahu lelaki yang nampak maskulin ini memang penakut yang teramat sangat.
Dia menarik tangan Jungkook dan langkah kaki mereka dituju ke dalam rumah hantu tersebut.
"Grrr..raghhhh!"sergah satu makhluk berdarah dan berambut panjang.
Jungkook memandang Joo Yeon dengan mata yang sudah terjegil. Terus dia menerkam wanita itu dan memeluknya erat.
"Ibu, J-jungkook nak balik!"
Raungan Jungkook yang ketakutan memenuhi kawasan rumah hantu tersebut.
Gelak tawa yang sudah lama disimpan oleh Kang Joo Yeon akhirnya terlerai juga.
Dia menolak tubuh badan Jungkook agar tidak memeluknya. Kakinya dibuka luas untuk meninggalkan lelaki penakut itu.
"K-kenapa kau tinggal aku dong? A-aku takut. Joo Yeon jahat. Tak sayang kook!"
Petang itu berakhir dengan kegembiraan yang baru terukir antara kedua-dua manusia tersebut.
Jungkook?
Gigih dia berlari disebabkan kena kejar segerombolan pocong dan jauh ditinggalkan seorang diri dari Joo Yeon.
Manisnya anda berdua.
🍟
A/N: Kebetulan malam ni malam Jumaat. Update khas untuk korang semua.♥
"Jangan gelakkan aku tau." 🌚
YOU ARE READING
[C] Jeon For Sale | JJK
FanfictionKau bayar. Jungkook sedia berkhidmat. Berminat. Hubungi Jeon di talian 001. Start: 13/10/2018 End: 07/11/2018 Cover : @Youngbeast19