Jeon For Sale |JJK
---
Bab 8
---"Godaan bukannya satu jenayah. Siapa suruh anda yang tergoda?"
-Jeon Jungkook
---
Amaran/had umur:
Ada babak-babak matang.
Had umur , saranan: 15 tahun ke atas.
Tiada paparan grafik, barisan ayat yang hanya tersirat. Bukan tersurat.
----
"Enjoy"
---
Aku membuka mata. Satu hembusan nafas dihela dengan perasaan sedih.
Diri aku diserang satu rasa menyesal kerana begitu berani membuat keputusan gila itu.
Aku ingin biarkan Jungkook bebas daripada genggaman aku.
Hakikatnya memeritkan. Namun, aku sedar. Kebebasan Jungkook adalah sesuatu yang aku harus tunaikan.
Siapa je yang mampu tahan melihat perpisahan antara ibu dan anak?
"M-maafkan saya,Jeon Jungkook. Maafkan Kang Joo Yeon yang bodoh ni. Semua ni bersebab."tuturku dalam nada yang sayu.
Perlahan-lahan, kakiku menuruni katil. Lenganku terasa dipaut oleh seseorang.
Jungkook, awalnya bangun?
----
Jungkook memaut lengan Joo Yeon. Tanpa izin, tanpa sebarang iringan soalan dan kata-kata, dia segera memeluk badan wanita itu dari arah belakang.
Tersentak Joo Yeon dibuatnya. Suasana pagi yang dingin sudah mula bertukar rentak.
Keadaan di sekeliling menjadi bertambah hangat. Joo Yeon hanya terkebil-kebil memandang ke hadapan.
Tubuh badannya yang membelakangi Jungkook diserang rasa seram.
Tingkah laku Jungkook semakin sukar untuk diteka.
Dia sudah pandai menggoda Joo Yeon untuk terus menjadikannya sebagai peneman.
----
YOU ARE READING
[C] Jeon For Sale | JJK
FanfictionKau bayar. Jungkook sedia berkhidmat. Berminat. Hubungi Jeon di talian 001. Start: 13/10/2018 End: 07/11/2018 Cover : @Youngbeast19