7

5.3K 967 112
                                    

Jeon For Sale | JJK

Bab 7
----

Bab 7----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kebahagiaan yang terukir akan tetap tersimpan indah walaupun kau sudah tiada di sisi aku."

-Jeon Jungkook

----

Kehadiran mengejut Jung Hoseok ke Korea bukan setakat menggembirakan hati Kang Joo Yeon.

Malah, turut membuatkan hati Jeon Jungkook terasa begitu membara.

Baru hari kedua lelaki itu menumpang di rumah Joo Yeon, Jungkook sudah tidak mampu menolak rasa tersisih dan kecewa yang menyinggah di hati.

"Aku kena ingat. Aku hanyalah lelaki yang diupah untuk menjadi peneman Joo Yeon. Dia takkan pandang aku l-lebih dari itu. Jangan berangan. Aku tak layak."keluh Jungkook.


"Jungkook, boleh saya masuk?"

Suara Joo Yeon yang kedengaran dari luar bilik menyebabkan Jungkook tersedar daripada lamunan panjang.

Merajuknya masih berbaki. Jungkook segera membaringkan badan membelakangi pintu. Kelopak matanya ditutup secara paksa.

Hatinya mendesak Jungkook untuk merajuk dengan Joo Yeon.

"A-agak dia pujuk aku tak?"bisik Jungkook perlahan. Tombol pintu yang dibiarkan tidak terkunci dibuka oleh Joo Yeon.


Wanita itu melangkah ke arah katil Jungkook. Bibirnya tersenyum manis.

Tangannya didaratkan di atas kepala Jungkook. Joo Yeon menyentuh lembut rambut lelaki itu.

"Marahkan saya ke?"

Sunyi. Tiada balasan dari Jungkook.

Joo Yeon memandang raut wajah Jungkook bersama perasaan yang sedih.


Hembusan nafas dihela perlahan. Bibir wanita itu terkumat-kamit melafazkan sesuatu.

Sesuatu yang bakal meragut kebahagian yang baru Jungkook ingin rasai.

----

Aku duduk di atas katil bersebelahan dengan Jungkook.

Dia kelihatan tidur nyenyak. Aku tersenyum puas. Selimut tebal yang berada di atas katil aku tarik sehingga menutupi paras dada Jungkook.

Jungkook, maafkan aku. Aku akan lepaskan kau untuk hidup bebas dan tenang selepas ini.

Aku mengelus rambutnya yang terjuntai di dahi.

"Jungkook, terima kasih kerana sudi jadi peneman saya selama dua bulan."aku tutur dengan penuh teliti.

Jika dilihat dengan jelas, Jungkook hanya berpura-pura tidur lena.

Aku jeda sebentar. Bibirku menyambung semula bait-bait kata tersebut.

"Saya akan lepaskan awak. Pergi cari ibu awak. Hidup bahagia bersama dia. Awak dah layan saya cukup baik, Jeon Jungkook."

Hatiku menjerit suara tangisan. Namun, di luaran, aku sudah tidak mampu menangis.

Aku merangkul bahu Jungkook erat dari arah belakang. Satu ciuman aku hadiahkan di bahu lelaki itu.


"Tolong. Tolong pergi jauh dari saya. S-saya izinkan awak untuk tidak berkhidmat kepada saya. Boleh tak Jeon Jungkook?"

Dia masih senyap tanpa balasan jawapan. Kelopak mata Jungkook sudah basah dengan air mata.

Dia langsung tidak membuka mata untuk memandangku.

"J-jungkook?"

Jungkook tarik aku untuk masuk ke dalam pelukannya.

Jungkook menyembamkan wajahnya di bahu kiri aku.

Esakan tangis Jungkook kedengaran perlahan. Aku mengetap bibir menahan rasa hati yang tersentuh.

"Berapa lama lagi a-aku perlu berkhidmat untuk Cik Joo Yeon?"

Aku menggenggam erat telapak tangannya.

Mata aku memandang sayu ke luar tingkap.

" Semuanya berbaki 3 hari lagi. Jeon Jungkook."

Pelukannya makin erat. Jungkook melepaskan tangisan yang sudah tersimpan lama di dalam hati.

"K-kau jahat. Sanggup b-buang aku. Aku nak pergi mana selepas ni?"

Aku terdiam apabila mendengar ujaran Jungkook.

Aku nak kau pergi. Pergi jauh daripada aku. Cari kebahagiaan kau sendiri Jeon Jungkook.

🍟

A/N:

Bab seterusnya baru mengancam.

Siapa tak mampu tahan godaan Jungkook.

Mohon kuatkan hati daripada sekarang.

Bab seterusnya will be quite interesting.

"Kita lihat what will happen jika seseorang itu sudah obses cintakan seseorang. Tak semudah itu dia nak lepaskan semuanya."

*Senyum menyenget*

----

Tiada lagi Jungkook manja dan innocent.🌚

---
A/N : Saya masih demam. Tapi, sudah beransur baik. Sedikit. ♥


[C] Jeon For Sale | JJK Where stories live. Discover now