Poppy 1

728 44 2
                                    


Part 1

JR

"Jadi mau kasi batal macam gitu saja ka tu majlis? Berapa banyak sudah duit kena guna ko pikir? Takkan mau kasi free2 hangus?"

Aik! Mamy memang suka bikin fikiran saya makin bertambah kusut. Nasib baik saya jenis yang cool.

"Apa bulih buat laa... Duit sa juga baa." Jawapan yang macam itu duit saya petik dari pokok.

"Mamy tau la baaa. Tiada jalan lain kah nak?" Mamy bagi jelingan maut.

Lain macam saja pertanyaan mamy tu. Buat saya rasa tidak sedap hati. Apa lagi rancangan mam besar ni kali?

"Ko tiada calon lain kah selain tu perempuan? Sempat lagi tu, kad pun bulum kena cetak..." bilang mamy.

Sudah saya agak tadi. Ni lah mamy saya ni. Sempat tidak sempat tidak apa juga. Saya tidak mau terburu-buru. Hati saya masih sakit. Masih kecewa.

"Tiada Puan Dorothy, tiada. Dan-"

"Sa ada calon sesuai untuk si abang!" Sampuk si LC. Tiba2 muncul entah dari mana. Belum habis saya punya cakap, dia pigi putung.

"Jangan mau memandai sana. Budak2 inda payah campur hal urang dewasa." Saya tegur si LC. Adik saya ni sudah 23 tahun sebenarnya tapi saya sengaja cakap begitu. Perangai dia dengan mamy lebih kurang sama saja.

"Hemm. Minta puji. Ko pikir sa budak lagi kah? Mamy, apa kata...", si LC bisik di telinga mamy.

"Macam?" Bilang LC sama mamy sambil senyum2 tengok saya.

Damn. This is bad. Antah anak siapa lagi yang dorang mau kasik korban.

"Apa2 pun plan kamurang, please stop it now. Ok, I'm out!"

Bagus saya keluar dari ni situasi sebelum ini dua perempuan tambah merumitkan keadaan. Entah siapa lah tu perempuan yang dorang mau kasi jadi kambing hitam. Suka hati dorang saja mau kasi tangkap muat sama saya. Bukan dorang yang akan berkahwin.

"Hey, abang mau lari mana? Kami bulum habis ni sama abang."

No, I'm out!

Ini semua pasal Selena yang tiba2 berubah hati. Dulu bukan main lagi mau get back after dia habis contract kerja dan balik tanahair dari oversea.

Gara2 masih sayang, saya terima dia dan propose dia untuk jadi suri untuk ikatan sah. Tapi diam2 dia menduakan saya dengan anak orang kaya, kunun... Bullshit! Bikin maradang saja kalau saya ingat balik.

...

POPPY

"Manis anak gadis ko Bia." bilang tu aunty senyum2 tengok saya yang hantar ni tea untuk dorang.

Terpaksa saya control hidung saya mau terkembang ni. Memang pun saya manis ni. Semanis gula kapas. Haha.

"Anak siapa?" bilang mamy kunun. Dui.. Tapi dia ada hak mau bangga sebab keluar dari dia kan...

"Haha. Anak Bia lah." bilang tu aunty. Yaiks... Haha.

Mamy bagitau tadi, si aunty ni classmate dia masa di sekolah menengah. Bff mamy tapi saya first time nampak si aunty ni hari.

"Ni kah si Aster?" bilang si aunty.

"Tu kakak dia. Ni si Poppy, anak bongsu sa." mamy jawab.

"Oh, adik dia sudah lawa, apa lagi tu kakak kan?" bilang si aunty.

"Dua2 lawa bah tapi tu kakak lagi up sikit." mamy bilang.

😑

Kitai... Ni lah yang saya malas ni kalau nama Aster sudah terkeluar. Mentang2 si Aster lebih anggun, menarik, pandai bergaya.

Slowly, saya kasi tinggal ni ibu2 yang mungkin sekejap lagi akan start membawang. Malas saya mau join.

...

Selepas beberapa jam...

"Apa mamy? Owhmaigadd! Sa sudah balik2 kasitau kan, I want and prefer a love marriage not an arranged marriage, okay... So, stop it, please..." bilang si Aster.

Oh, itu pula tujuan kawan mamy datang tadi pagi, mau tanya pasal si Aster.

Haha, nasib lah kau Aster. Siapa suruh kau cantik, kunun. Jeling atas, tangan dua2 di bahu.

"Oi! Air sa!"

Tiada guna punya abang. Datang2 saja terus rebut botol mineral dari tangan saya.

"Naa. Thank you. Di mana ko jogging tadi?" Si Taio hulur semula tu botol mineral yang sudah kosong.

"Eih, kasi buang lah bah terus." Saya marah.

"Ko tulung lah. K, baii!" Si Taio kasi letak saja tu botol di atas meja makan. Silaka!

Saya baru balik dari jogging dan masuk rumah ikut pintu belakang. Lain2 pula kan mau masuk rumah ikut pintu belakang, haha. Saya sengaja sebab saya mau mengelak dari si Charlie, tu jiran di depan rumah kami yang bikin seram saya mau nampak dia. Tapi dia masih hidup bukan dead living arh. Kamu faham2 saja lah kalau mau mengelak orang tu kenapa, kan..

"Iskk mamy ni! Dady please la tulung tinguk si mamy ni..."

Dasar anak manja. Kalah2 saya yang anak bongsu ni.

Adei, lah kunun saya inda manja, hehe. Saya ingat habis sudah drama pujuk memujuk terima jodoh durang di ruang tamu. Masih berlangsung pula.

"Sudah..." Memang dady buat lawak ni.

"Aiyaaa. Serious okay!" Aster geram.

"Ko juga yang suruh dady tinguk mamy kan." bilang dady. Haha, funny!

"Isk, tulung kasitau bah sama mamy, jangan paksa si Aster bilang." Aster jawab. Kalah2 budak hilang lollipop tu suara.

"Why not Aster? Anak si Aunty Dorothy ko tu okay ba, dady kenal juga. Hensem lagi. Berkenalan saja dady rasa inda salah juga." bilang dady.

Betul2 saya penguping berjaya ni sekarang. Saja2 lah, sebab biasa saya dengar luahan ketidak-puashatian si Aster by phone saja. Ini kali ngam2 saya balik bercuti di sini, saya boleh dengar dan lihat sendiri macam mana gegaya mamy yang suka mau kasi jodoh2 dia dengan anak2 kawan si mamy tu. Lucu pula saya rasa sebab dady ikut2 support mamy.

"No. Niat mamy bukan mau kasi kenal2 saja. Mamy terus mau sa terima lamaran anak si aunty tu. Saya inda mau begitu." Tidak puas hati betul si Aster.

Bagus saya naik pigi bilik sebelum saya dijebak dalam ni hal. Bahaya tu, macam anak api juga, pandai terbang melarat.

Slowly macam aksi spy handalan, saya merangkak dan berguling pigi arah tangga dengan senyap... Berjaya tanpa dikesan. Sepantas kilat tapi lebih kepada aksi lipas kudung saya berlari naik ke tingkat atas sampai termasuk di dalam bilik. Fuh! Mission accomplished! Thumb Up's! Tayang gigi berkilat, cingg! Haha, sekali sekala over tidak apa bah kan.

To be continued...

 POPPYWhere stories live. Discover now