BAB 1 HIDUP AKU

2.9K 160 49
                                    

Dunia yang aku duduk tak sama dengan dunia yang kau duduk. Boleh tak aku cakap yamg aku ini hidup dalam dunia fantasi? Semestinya boleh! Dalam dunia aku ni, kau boleh jumpa macam-macam mahluk yang berbeza baik dari segi rupa atau dari segi kuasa. Kenapa kuasa? Yelah sebab dunia aku penuh dengan kuasa dan magik! Sama macam harry potter cuma dunia aku maju lagi lah. Hahaha.

Demon? Daemon? No dunia aku tak ada mahluk bertanduk ni sebagai musuh kitorang. Entah aku pun tak tahu. Tapi dunia aku ada jugak mahluk yang memang suka mendatangkan bala. Namanya lizard. Why lizard? Sebab struktur badan dia macam cicak! Cuma sisik dia aje keras and i hate it so much! Musuh tradisi puak-puak di dunia aku! Cuma tulah, dah lama benda tu tak buat onar. Dah jinak kot.

Sebelum kita pergi lebih jauh, aku nak cakap yang dunia aku ni hidup berpuak dan kebayakanya diketuai oleh serigala Alpha. Macam aku, aku hidup dalam Puak Chicory. Mehh, senang citer, setiap puak nama bunga.

"Selamat pagi ya ahli kubur, tak pandai nak berjalan dah ke?"

"MAK AKU CANTIK! "

Ni pulak spesies yang memang boleh dikategorikan sebagai parasite. Tak sudah-sudah muncul tanpa dipinta! Jelingan maut aku hadiakan. Boleh pulak dia sengih-sengih mintak penapar. Ingat aku ni main-main ke?!

"Awak nak apa? Tak boleh nak tegur elok-elok ke?! "

"Jawab selamat aku tu. Kenapa? Dah tak pandai nak guna mulut untuk jawab? "

Tengok! Ada aje malaun ni nak menjawab! Kalau kasi penumbuk satu, aci tak?

"Kau tumbuk aku, tahu lah aku nak report apa dekat bapak kau. "

"Yelah selamat pagi! " jawabku dalam nada geram. Gila tak geram? Dah lah perli-perli aku, lepas tu boleh pulak nak ugut-ugut aku.fikir aku takut sangat?! Okay takut jugaklah. Mamat ni boleh tahan psycho duhh.

"Tahu takut. Cepatlah! Nanti tak fasal-fasal lambat nak pergi kuliah. Kau tu dah lah suka cari 'bala' tiap pagi. "

"Bukan saya cari 'bala', tapi 'bala' cari saya. " balas aku selamba seraya menyelak rambut hitam ku kebelakang. Jejaka berambut kelabu itu hanya tayang wajah bosan.

Oh lupa nak kenalkan lelaki jengkel ni. Nama dia Zachary Rose panggil aje Zack . Hahaha lawak en nama dia? Sumpah weh, first time aku tahu, teruk jugak aku bahan dia. Tapi time kecik-kecik lah. Sekarang mahu kena terkam. Yelah dia ni spesies serigala. Alpha lagi tu! Paling dasyat, dia ni rare punya. Sebab mak dia spesies Helang putih, ayah dia pulak Alpha. Jadi dia ni half Alpha, half helang atau lebih dikenali dengan Serigala Bersayap. Sumpah, time dia dalam bentuk serigala tu cantik gila!

"Tenung apa lagi tu? Nak aku dukung ke?"

Tegur Zack yang berada 5 m daripada aku. Ni satu fakta yang aku tak suka tentang dia. Overprotective. Aku tahu lah ayah dia ketua bodyguard dalam puak aku, tapi perlu ke dia ikut aku ke hulu ke hilir? Dari kecik, muka dia aje yang aku hadap! Ok tipu. Ada sorang lagi malaun, tapi yang itu boleh dikategorikan sebagai 'bala dunia'.

"Ish yelah! "

Aku pun berlari kearah dia. Sempat dia menarik telinga aku dan membebel. Nampak tak dia ni dah macam mak-mak aje? Mana tak naik pening?

"IFA!!! "

Panggil seseorang menyentakan aku dan Zack. Terus kepala kami diangkat menghala kearah dua susuk tubuh yang berdiri dihadapan pintu masuk University of Magical. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Haaa, ni lagi 2 member gila-gila aku.

"MIRA!! "

Macam drama, kami berdua berlari kearah satu sama lain. Tapi Mira lah yang terlebih drama. Nak peluk ke tak? Ni nak buat hanat pagi-pagi ni.

SERIGALA BERSAYAP [C]Where stories live. Discover now