BAB 5 TAIGA

920 112 0
                                    

AYKEN POV

"KAKAK!!! "

TUK!

TUK!

TUK!

Urgh.. Mamat ni dah kenapa? Tak ada life sendiri ke? Asyik nak memekak aje! Habis hilang mimpi-mimpi indah aku tadi. Dah lah mimpi makanan layan aku. Spoil betul! Rambut aku yang agak serabai aku ramas kasar. Kaki aku laju berjalan ke muka pintu bilik. Tombol dipulas lalu terhidang depan mta aku seorang manusia dengan sengihan. Mata biruku merenung geram pada entiti yang tersengih-sengih tak bersalah. Nak mintak mati boleh aje, ni tak memekak kalah binatang buas. Menyemak hidup betul!

"Kau nak apa? " soalku serak basah. Baru bangun tidur en. Eddie hanya papar sengih sambil menguis-guis lantai. Ekor musang yang berwarna hitam meliuk kiri dan kanan. Aku mengangkat sebelah kening dengan perangai musang merangkap adik kandungku. Gila ke sewel?

"Nak kau boleh? "

"Sila mati! "

BAMM!

Sah memang sewel! Eddie ni bukan boleh. Senang cakap dia ni adalah sikit 'kecacatan' dalam otak tu. Yang tu tetiba tercegat depan pintu bilik aku malam-malam buta. Eddie ni musang istimewa sikit dalam Puak Chicory. Sebab dulu mak aku adalah langgar apa tah masa mengandung, tu ada cacat cela sikit otak Eddie ni. Tapi aku ok aje, yelah sebab aku pun 'gila' kan.

"Ayken kan? Err.. kau benci aku ke? "

Duh, yang ni aku kalah kalau dengan musang istimewa ni. Dia ni innocent gila! Tapi tu ah, ada aje yang ambil kesempatan keatas dia. So aku lah yang selalu jadi guardiannya. Siapa aje yang tak sayang musang yang comel ala-ala lelaki jambu? Perempuan? Aku rasa lagi menggila kut bila tengok muka comel Eddie.

Serius aku rasa bersalah sekarang. Dan aku yakin dia still dekat depan pintu aku. So nak tak nak aku bukakan jugak pintu tu. Bila aku bukak aje, nampaklah muka Eddie yang baru habis nangis. Lahai, cengengnya budak ni.

"Ed.. "

Panggilku dengan nama singkatanya. Eddie mengangkat muka. Terus dia menerkam kearah aku. Aku yang memang terkejut habis jatuh kebelakang. Bapak sakit. Sejak bila mamat ni ada daya kuasa yang mampu tolak menolak ni? Ke aku yang memang lemah daripada dia? Kena suruh Zack paksa Ayfa pergi buat badanlah lepasni.

Kejap-kejap, asal baju aku basah ni? Laa.. nangis ke budak Eddie ni?

"Hey, kenapa kau nangis ni Eddie? " soalku lembut sambil mengusap kepala musangya. Telinganya layu. Sama layu dengan matanya yang penuh dengan air mata.

"Ayken kenapa tak bangun daripada semalam? Eddie risau tahu tak?! " soalnya membuatkan aku senyap. Aku tak sedar semalaman ke? Apa pulak yang kau dah buat Ayfa? haiih..

"Eddie? Ayfa? "

Panggilan ibu membuatkan aku dan Eddie tersentak. Cepat-cepat Eddie bangun daripada menindih aku. Tetapi pelukan dipinggang tidak dilepaskan. Haha.. nampak tak bertapa sayangnya adik aku dekat aku?

"Haa.. baguslah Ayken dah sedar. Lega hati ibu. " ujar ibu dengan riak wajah lega. Ibu selalu tahu identiti mana yang keluar. Kata ibu, ibu boleh tahu sebab gelang ditangan aku. Kalau merah aku, putih Ayfa, biru Ayrain dan coklat..

"Ayken dah okay ke? Zack masih risaukan kamu. "

Aku tersedar daripada lamunan. Pernyataan ibu lebih penting. Zack risau kan aku? Eh, eh, eh, kenapa tiba-tiba rama-rama ni menyemak dalam perut ni? Eii!! Geli lah!

"Sukaaaa lah abang Zack caring fasal diaaa.. "eh budak ni, boleh pulak di lerek kan suara. Nak kena ni!

TUK!

SERIGALA BERSAYAP [C]Where stories live. Discover now