BAB 6 KUCING

862 106 6
                                    

Rambut hitam Taiga beralun mengikut tiupan angin. Matanya memerhati University of Magic atau lebih tepat Ayfa Ayana. Lega dia melihat Ayfa baik-baik sahaja dengan Zack. Tetapi dia masih dapat merasakan aura kegelapan di sekolah itu. Rambut hitamnya diramas kasar.

"Kau dah jumpa mereka Ren? " soal Taiga kepada Ren yang diam seribu bahasa.

"Aku hanya dapat rasainya. Tapi aku tak dapat nak agak siapa. "

Taiga mengangguk faham. Nafas berat meniti dibibirnya. Badan disandarkan di pokok, tempat mereka memerhatikan Uni itu.

"Kalaulah Takeru hidup lagi, mesti dia tahu apa nak buat. "

Bisik Taiga sendirian. Sudah 2 tahun berlalu sejak puaknya musnah. Dan satu-satunya mahluk yang tahu kewujudanya hanya Ren. Fikiran dia mula melayang ke masa lampau. Masa dimana dia hilang segalanya.

"Kau kena pergi Taiga! Dunia kita dah tak selamat! "

Tubuh Taiga ditolak kasar oleh Takeru, Kembarnya. Sekeliling mereka semuanya hutan yang sudah terbakar. Tempat tinggal mereka musnah. Musnah kerana kerakusan dan ketamakan mahluk yang angkuh! Air mata Taiga mengalir tanpa dia sedari. Dia menggeleng kepala. Tidak mahu!

"Abang Taiga! Pintu keluar dah dibuka! "

"Arghh!! "

"Abang! "

Aimy iaitu isteri kepada Takao menjerit lantang. Tubuh sang suami didekati begitu juga anak mereka, Taiga dan Takeru. Mereka dikeliling oleh mahluk-mahluk yang berwajah hodoh. Mahluk-mahluk itu juga cuba memusnahkan pintu keluar yang dibuka oleh salah seorang puak mereka.

"Taiga.. " panggil Takao yang cedera parah. Taiga mendekati lalu mengenggam erat tangan papanya.

"Kau kena pergi! Pergi daripada puak kita, kau kena cari Zeroes! Kalau tak, puak lain juga akan terima nasib yang sama! " Mata Taiga membulat apabila papanya sendiri menyuruhnya pergi. Air matanya mengalir tanpa henti. Kepala digeleng.

"Taiga nak tinggal dengan papa, dengan mama.. Takeru dan Maya .. "

"Abang.. " sentuhan dibahunya membuatkan Taiga mengangkat kepala. Wajah adik perempuanya menyapa mata.

"Kalau abang sayangkan kami, tolong. Tolong pergi. Abang masih boleh selamatkan dunia lain. " lembut tutur kata Maya. Tanpa diduga dia mengusap kedua belah pipi abangnya lalu satu kucupan hinggap didahi lelaki itu. Mata Taiga sekali lagi membulat.

"I love you brother. I love you so much. So please, go. Go and protect yourself."

Maya menjauhi abangnya. Dia berpaling lalu darah naik ke udara dan membentuk senjata.

"I trust you. "

ZZAAAPP!!!

ZZZRRAANGG!!

"MAYA!!! "

Gugur jantungnya apabila Maya bertarung. Kecederaan adiknya juga semakin teruk.

"Cepat Taiga.. "

Arah Takeo yang ingin berdiri kembali. Darah dimulutnya dikesat. Lukanya juga mula hilang sebaik sahaja minum darah isterinya.

SERIGALA BERSAYAP [C]Where stories live. Discover now