BAB 9 ZEROES

785 99 1
                                    

Zack POV

"Jadi yang serang rumah aku haritu Puak Freesia? "

Soalku sambil berpeluk tubuh dibawah sebuah pokok. Ren yang duduk bersila mengangguk. Dah dekat 4 hari aku bagi Takumi stay dekat rumah keluarga aku. Ren pun setuju kalau Takumi tinggal dengan aku. Takumi sendiri yang cerita dekat aku siapa dia dan Ren Hirioshi yang sebenar. Tapi tak lah semua dia cerita. 50-50 aje.

Tak sangka rupanya memang ada musuh yang sedang perhatikan kami. Kemungkinan kumpulan itu ialah Dark Knife yang dikatakan oleh Zarf dulu dan diketuai oleh Serigala bernama Zeroes. Zeroes seekor serigala yang dah bawak banyak bencana dekat dunia Galaxiesia dan salah satu penyebab kematian keluarga Takumi. Shit, aku tak tahu pun Takumi ada kisah sedih even dia happy aje selalu.

"Jadi sekarang Freesia dengan Dark Knife bergabung untuk dapatkan Ayfa? "

"Bukan Ayfa aje. Takumi juga. "

"Maksud kau? "

"Takumi daripada dunia lain Zack. Diorang tahu kebolehan dan kelebihan yang ada pada dia. Kalau kuasa Takumi dirampas, bukan sahaja dia akan powerless tapi nyawa dia juga akan terancam. Dalam erti kata lain, maut menanti."

Serius kata-kata Ren ketika itu. Tergamam bercampur terkejut membuatkan aku mengeluh kasar. Belakang kepala aku hantukkan di pokok itu. Stress! Satu demi satu masalah timbul!

"Kau janganlah risau. Buat masa ni aku tak rasa apa-apa pergerakan mereka. "

"Itu lagi buat aku takut. Kau tahukan senyap lagi merbahaya? "

"Tahu. "

Ikut hati nak aje aku luku si Ren ni. Dah tahu, kenapa muka tenang aje? Tak risau ke dia dekat Takumi?

"Anyway, Zarf ada apa-apa perkembangan?"soal Ren tetiba. Aku diam sejenak. Zarf dan Mira pun,dah sedia maklum fasal Takumi dengan Ren ni. Jadi tak lah teruk sangat urusan aku.

"Dia kata nanti dia datang. Mira pun. "

"Hurmm.. "

Kemudian kesunyian menyapa. Aku tak tahulah, tapi kalau dengan Ren sunyi tu tak janggal langsung. Pelik, tapi nyata. Perlahan-lahan badan aku jatuh kebawah dan terduduk. Angin yang menium lembut menenangkan hati yang rawang. Ren juga seperti sedang merehatkan minda. Lama aku merenung lelaki itu.

Demon hah..

"Ayfa!! "

Sebelum sempat aku membuka mulut, Laungan Takumi menyentakkan aku dan Ren. Tersenyum kami berdua melihat telatah Takumi dan Ayfa. Sejak rapat ni, ada aje benda budak berdua tu nak buat.

"Ala-ala. Kucing ni baiklah Takumi. Tengok? " Ayfa mengangkat kucing parsi yang berbulu putih keatas. Pipi kucing itu dicium-cium. Takumi yang melihat pula sudah pucat. Ren cakap Takumi ni ada masalah sikit dengan kucing, katakanya trauma dari zaman kanak-kanak lagi.

"Tak! Kucing tak baik! Takumi musuh kucing! Kucing pun musuh Takumi!! "

"Tapi kucing comel apa? "

"Ren lagi comel. "

Membulat mata Ren apabila namanya dipetik. Haila budak Takumi ni. Memetang Ren baik gila dengan kau, boleh pulak dia petik-petik? Hahaha. Ayfa menoleh kearah Ren seketika sebelum memandang kucingnya kembali. Pipi dikembung tak puas hati.

"Reon lagi comel lah! "

Ayfa juga tak mahu mengalah. Haaii.. macam budak-budak!

"Tak, Ren lagi comel! "

"Reonlah!"

"Ren! "

"Reon! "

"Ren! "

SERIGALA BERSAYAP [C]Where stories live. Discover now