BAB 8 PEBENDA SIA

767 112 6
                                    

Taiga POV

Aku tak berapa ingat apa yang jadi semalam. Bukak-bukak mata aje, aku dekat dalam bilik Zack. Aku pun tengok lah sekeliling tapi tak ada apa. Weird. aku rasa aku terbau darah tadi. Urgh, tak guna. Kepala aku berpusing-pusing sekarang!

"Taiga tak makan tulah! "

"Arhh! Lantak aku lah nak kasi dia apa! My house, my rule lah! "

"Kau jangan cabar aku serigala tua, aku jentik kau melayang aje! "

"Eh, cubalah kalau kau berani Setan! "

Aku aje atau suara tu memang macam Ren dan Zack?

KEDEGANG!

KRAAANGG!

Okay aku tak sedap hati. Kuat gila bunyi. Macam diorang tengah gaduh. Bahaya-bahaya, Ren tu bukan boleh. Sekali mengamuk kalah godzilla! Nak tak nak aku kena jeguk jugak ni.

BUK!

"Aduh.. "

Tak guna punya body. Kenapa kau lemah ni? Tak akan sebab kucing aje kau dah nak khianati aku?! Urgh.. sekarang baru aku tahu yang badan aku SANGAT BENCI dengan kucing. Tengoklah! Sampai demam aku dibuatnya. Hantu kau tak takut pulak?

"ARHHH!! "

"ARRRHHH!! "

Teguk liur jugak aku bila dengar Ren dengan Zack jerit. Tak akan musuh serang hendap? Arh!! Tak boleh jadi! Aku nak tengok! Aku pun gagahkan diri untuk bangkit even terhuyung-hayang jugaklah. Sepanjang aku nak kebawah, dinding ajelah yang menjadi penyokong. Apahal lah bilik Zack ni dekat tingkat 2? Tahu tak susah aku nak turun?!

Tiba aje aku dekat ruang dapur, hampir jatuh rahang aku melihat Zack dan Ren yang berlutut di kaki seseorang and kepala diorang benjol?

"Lain kali kalau nak membunuh satu sama lain dekat luar! Tengok apa dah jadi dekat dapur? Fikir dapur ni tempat beradu ke hah? Saya tahulah awak berdua ni tak kenal satu sama lain, tapi janganlah nak gertak sampai dapur hampir hancur! Bla bla bla.. "

Derr.. Ayfa ke. Aku ingat siapalah yang memetir tadi. Tapi funny gaklah. Sebab Zack dengan Ren dua-dua kena bebel dengan Ayfa hahaha. Tak leh blah nya tak boleh nak potong langsung! Salute lah aku dekat Ayfa ni!

"Yang awak tu. Tercegat apa lagi? Seronok ke menghendap orang? Tak reti nak hormat sikit ke? Muka pun merah-merah, ini demam ke apa ni? "

Nyesal pulak aku turun. Boleh tak sesiapa pengsankan aku balik? Kalau aku cekik diri sendiri rasa jadi tak? Serius telinga aku macam nak cair dah ni. Pekak aku kang, bahaya duh.

"Eh tapi awak ni siapa eh? Muka kacak, rambut YA AMPUN! Serabainya! Nak jadi apa dengan awak ni hah? Ini ke budak-budak zaman sekarang? Aduhh.. "

Melompong aku dengan tindak-tanduk Ayfa yang dah macam mak cik-mak cik. Dengan seluar kembangnya. Baju pulak, T-shirt lengan panjang,putih. Kembang jugak. Rambut pula dibiarkan lepas. Pakai cermin mata bulat. Besar pulak tu!

"Err.. Ayrin tak payahlah marah dia sangat. Dia baru sedar daripada pengsan tu. "

"Ha menyampuk-menyampuk! Mak ayah awak ada ajarkan? Jangan menyampuk orang tua tengah bercakap. Nak saya ajarkan ke? Bla bla bla.. "

Tak fasal-fasal Zack pulak yang kena tadah telinga. Reda aje muka Zack time tu. Aku mengangkat sebelah kening kearah Ren yang diam daripada tadi. Ren yang perasan aku merenungnya memandang aku. Mata kami bertaut dan suara dia pun menyapa dikepala.

"Apa? "

"Yang ni Ayfa atau identiti dia? "

"Identiti. Yang ni Ayrin. Dia ni jarang keluar tapi sekali keluar ha.. kau faham-fahamlah. "

"Dia keluar sebab emosi apa? Yelah,kalau marah atau bengang, Ayken. Sedih dan takut Ayrain. Yang ni? "

"Entah. Ketenangan kut. Sebab tadi Ayfa tengah baca story dekat aplikasi apa tah, Wattpad?Tenang aje. "

"Pastu? "

"Aku dengan serigala tua ni gaduhlah sebab ka-maksud aku sebab nak sediakan makanan. Jadi terganggu sikit ketenangan dia. Datang aje dekat dapur yang memang dah tak serupa dapur, gelang dia tukar warna putih ke coklat. Time tu memang aku dengan serigala tua kena tibailah. "

"Sakit tak? "

"Aku terang panjang lebar, itu aje yang kau tanya? "

Aku tersengih sambil menggaru pipi.

"Tanya aje. "

"Dia hentak kepala kitorang dengan periuk tanah. Sakit bhai.. "

"Yang kamu tersengih-sengih ni kenapa? Gila?"

Terkebil-kebil aku memandang Ayrin yang elok bercekak pinggang di hadapan aku. Aku teguk liur apabila dia membelek muka aku. Rambut aku juga dia tilik sambil mengusap dagu. Zack pula dah bagi pandangan membunuh kearah aku!

"Ke-kenapa? "

"Muka kacak dah, tapi awat mata merah sangat ni? Kalah si Zack tu. "

"Natural. "

"Natu apa? Kamu cakap bahasa Neptune kah?"

"Hah? Bukan-bukan! Maksudnya semula jadi."

"Lorr.. cer cakap awal-awal. Ini tak, natu apa tah. Dah, kamu ikut saya. Kita kemas dapur ni na? "

Eh?

EEHH?!!!

"Haish! Cepatlah! Kudrat kamu tu kuat kan? Orang muda mana boleh lemah-"

BBBUUUK!

Fuuhh,selamat Zack sempat selamatkan Ayrin. Sikit aje tadi badan gadis tu nak terhentam dekat lantai. Gelang tangan Ayrin juga dah berubah putih. Aik, kejapnya Ayrin keluar?

"Ayrin memang tak lama keluar. Dalam 15-20 minit macam tu aje. " terang Zack lalu mencempung badan Ayrin ke ruang tamu.

Aah.. kepala aku.

"Boleh tak kau jangan gerak banyak sangat? "

Marah Ren yang sempat menangkap aku daripada jatuh. Aku tersengih tak bersalah. Kemudian selamba sahaja Ren mengangkat aku lalu diletakkan dibahunya. Bapak kasar mamat ni. Nasib ringan badan aku, kalau berat, hah pepandailah kau betulkan balik bahu tu.

"Auch! "

Selamba aje dia baling aku! Nasib kau lah Taiga. Syukur dia tak baling keluar tingkap aje. Atas sofa ni pun dah mujur.

"Tidur situ. Nanti makanan dah siap, aku suap. Jangan nak mengada ke hulu ke hilir! Faham?!"

Aku hanya mengangguk faham. Ren nampak aje dingin tapi baik. Dia selalu jaga dan manjakan aku. Macam abang dahh.

"Tengok kan Ayfa sekali tau? "

Aku hanya mengangguk faham kepaaa Zack. Zack tersenyum seraya meramas rambut aku. Aku ketawa kecil. Kemudian tangan Zack dicengkam Ren. Kedua-dua mereka berbalas pandangan yang aku sendiri tak faham.

"Kita punya kerja dekat dapur. " tegas sekali nada suara Ren. Zack senyum sinis.

"Ya, kerja kita dekat dapur. "

Zack merentap tanganya. Kalau tadi aku rasa macam nak pengsan, sekarang aku rasa nak lari pastu pengsan jauh-jauh. Seram sih dengan dua malaun ni! Macam nak bunuh satu sama lain aje. Zack menoleh kearah Ayfa sebelum kembali kearah aku. Dia menghadiahkan senyuman tipis dan mengusap rambut aku sebelum membawa diri ke dapur. Ren sempat menjeling tajam kearah aku dan mendengus sebelum mengikut jejak langkah Zack.

Pebenda siaa..

Aku tak buat salah apa kut.

SERIGALA BERSAYAP [C]Where stories live. Discover now