BAB 4 QUEEN

949 120 17
                                    

Sampai sahaja dirumah, terus Zack masuk kedalam biliknya. Baju yang basah dibuka lalu dicampak masuk kedalam bakul baju. Tuala digapai lalu kakinya masuk kebilik air. Badanya dah melekit! Segar sikit dirinya apabila pancutan air mengalir menuruni tubuhnya. Tak semena-mena memori ketika kecil menyapa minda. Tersengih-sengih Zack didalam bilik air itu.

10 tahun yang lepas.

"Weh Zack, mak aku suruh kita mandi." Tegur Ayfa dengan lagak pailang. Tahu sangat Zack dengan identiti Ayfa yang ini. Ayken,satu-satunya Identiti seperti lelaki dalam tubuh Ayfa.

"Urmm.. okay. Jom lah mandi. Badan aku pun dah peluh ni."

"Okay aku pergi tengok bilik air yang kosong."

Zack hanya membalas dengan anggukan. Dia bangkit daripada duduknya. Mainan dia dan Ayken yang bersepah disimpan didalam kotak semula. Kemudian Zack termenung sendiri.

"Kenapa semua budak tak nak kawan dengan Ayken? . Lagak aje macam mafia bawahan, tapi hati baik. " gumam Zack sambil merenung tupai diatas pokok yang berhampiran. Satu keluhan dilepaskan. Tak ada mood nak main aci kejar dengan tupai.

"Aku nak jugak tengok Ayken kawan dengan budak-budak yang lain. "

BBRAAMM!!

"ARGHH!! "

Satu jeritan menyentakkan Zack. Tak berlengah, kanak-kanak 10 tahun itu berlari masuk kedalam rumah 2 tingkat itu. Terkejut dia apabila melihat tangan Ayken berdarah dan kaca bersepah sana-sini. Raut mukanya jelas menahan kesakitan. Ada sedikit darah mengalir di dahi. Tak sampai sesaat, Ayken pengsan. Makin membulat mata Zack apabila melihat seekor serigala hitam elok berdiri tidak jauh daripada Ayken dengan riak wajah sinis. Mengelegak darah Zack ketika itu.

"LAW! "

Suara Zack yang memetir membuatkan semua di dalam rumah terkejut. Dek kerana marah, Zack berubah menjadi serigalanya lalu menerkam kearah Law. Law yang terkejut cuba melawan tetapi hampa, kerana tubuh badan Zack lebih besar daripadanya. Zack semakin mengganas, dia mencakar dan kadang-kala menggigit tubuh kecil Law.

"ZACHARY ROSE! "

Suara Puan Zayra, Ibu kepada Zack pula yang memetir. Tetapi tiada kesan langsung pada Zack. Zack yang hampir membenamkan taringnya pada leher Law, diangkat kasar oleh ayahnya Encik Lee. Dibalingnya Zack jauh daripada Law sehingga menghempas dinding. Zack mengerang sakit lalu menggeleng kepalanya untuk menghilangkan pening. Puan Ayra dan Encik Edwin terkejut melihat suasana di situ. Baru sekejap mereka keluar untuk membeli manisan, dan apa yang berlaku?

"Ayken! "

Tak menghiraukan sesiapa, terus Zack berubah menjadi manusia lalu mencempung tubuh genit Ayken. Dia berlari dengan linangan air mata kearah Puan Ayra dan Encik Edwin.

"Tolong bawak Ayken ke hospital! Ayken cedera! "

"Bawak dia masuk kedalam kereta Uncle. Law pun! "

SERIGALA BERSAYAP [C]Where stories live. Discover now