BAB 3 LELAKI MISTERI

998 121 5
                                    

"Papa, akak keluar dengan Zack!" Laung Ayfa di muka pintu rumahnya. Pedang fencing miliknya disisipkan di bahagian pinggang.

"Jangan balik lambat sangat! " balas Encik Edwin yang berada di ruang makan bersama isterinya. Surat khabar dibaca manakala Puan Ayra elok mencuci pinggan.

Ayfa dengan gembiranya keluar daripada rumah. Wajah pertama yang dilihat membuatnya melompat kegembiraan.

"Zack! " terus dia berlari anak lalu memeluk leher jejaka itu. Lagak seperti pasangan kekasih yang terpisah berpuluh tahun dah! Zack yang sudah biasa dengan perangai Ayfa tersenyum membalas.

"Jom."

Dia berubah menjadi serigala bersayap lalu membiarkan Ayfa naik diatasnya. Sayap dilebarkan, bersiap sedia untuk terbang.

"Pegang kuat-kuat! "

"Ya! "

Dengar sahaja jawapan itu, sayapnya dikibas-kibas lalu mereka naik keudara dan terbang. Ayfa menyedut udara diangkasa. Nyaman aje. Kalau lah hidup seperti udara, kan mudah?

***

"Kau jangan memburu jauh-jauh. Kejap lagi Zarf dengan Mira datang. "

"Ok. "

Sebaik sahaja mendapat respond daripada Ayfa, laju sahaja Zack bertukar menjadi serigala lalu memecut masuk kedalam hutan. Ayfa pula tersengih sendiri. Dia meregangkan badan lalu memandang sekeliling. Jari telunjuk naik mengusap dagu.

"Tapi aku nak buru apa?"

Tiba-tiba semak yang berada tidak jauh daripadanya berbunyi. Ayfa yang terkejut melompat ke sisi. Liur diteguk payah.

'Zack ada cakap tak yang kalau aku diganggu mahluk halus harus menjerit nama dia? ' mula dah fikiran dia ke lain.

"Err.. ka-kau siapa? " tak tahu lah nak kategorikan soalan bodoh atau bernas. Ni padah kalau dok bilik tengok movie horror malam-malam. Sekali horror cari kau, tak ke jadi bodoh kejap?

Ayfa cuba menenangkan diri seraya berjalan kearah semak. Gasak ajelah! Kemudian, badanya mengeras tetiba. Teguk liur jugaklah dibuatnya. Sepasang mata emas bercahaya disebalik semak. Muka Ayfa pucat lesi apabila cahaya itu bagai memanggil-manggil dirinya.

"Berambus.. "

Tak bertangguh, terus Ayfa berubah menjadi musang dan mengayun langkah seribu apabila suara garau daripada semak itu berbunyi. Ayfa lari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Dia takut! Sangat takut! Entah macam mana, dunianya sekali lagi gelap.

***

Zack POV

"Grrr... "

Aku berbunyi geram kepada rusa yang daripada tadi melawan aku. Eii, sakitnya hati hanya tuhan yang mengetahui. Aku punyalah nak makan dia, dia boleh pulak main aci kejar! Lepas tu bila aku terkam, dia main tendang-tendang! Boleh tak kalau kau mampus senyap-senyap aje? Last-last duduk dalam perut aku aje kut!

TIK

Eh? Hujan? Tapi bukan tadi cerah ke? Terus aku mendongak ke atas. Awan yang tadinya cerah berubah hitam dan kelabu. Rusa tadi pun dah lari entah kemana. Aku berubah menjadi manusia kembali. Hujan yang tadinya rintik berubah lebat. Aku kenal hujan ni, ini bukan semula jadi.

"Ah Shit! "

Laju aku berlari kearah di mana aku berpisah dengan Ayfa. Tak guna! Sepatutnya daripada tadi aku ikut gerak hati tak tinggalkan dia! Bodohlah Zack!

***

"Hik.. hik.. Zack.. Hik.. Mama.. Hik.. Papa.. "

Ayrain menangis dan menangis. Dia takut! Kenapa dia boleh ada dekat hutan ni? Kenapa harus dia? Kenapa bukan Ayken? Dan banyak lagi yang persoalan yang bermain di minda Ayrain.

SERIGALA BERSAYAP [C]Where stories live. Discover now