BAB 3 - OUR FIRST DAY 🌸

26.8K 1.1K 67
                                    


MAJLIS resepsi Aurora dan Raid yang bertemakan merah jambu cair itu memukau para tetamu.

Aurora dan Raid sudah duduk di singgahsana. Mereka bagaikan Raja dan Permaisuri. Senyuman tidak lekang dari wajah Aurora. Raid hanya menayangkan muka bekunya tapi sekali sekala dia senyum apabila diarahkan oleh photographer dan Aurora.

Kini, mereka turun untuk bersantap. Aurora memaut lengan Raid yang agak sado itu.

"Awak! Suap saya!" pinta Aurora manja.

Raid senyum nipis lalu menyuapkan isterinya.

"Nah! Saya suapkan awak pula!" kata Aurora.

"Aku tak nak."

Serta merta senyuman Aurora mati. Tapi dia kawal agar tidak dihidu oleh orang lain. Dia seakan hidu bahawa Raid tak sudi menikahinya.

Aurora kembali menarik sudunya dan mula makan. Raid di sebelahnya tidak dipandang. Raid jahat!

Masa semakin berlalu, majlis mereka kini sudah tamat. Aurora senyum plastik ke arah tetamu yang masih tinggal.

Bahagia? Entah. Dia tak tahu apa yang latut dia rasa sekarang. Awal dulu, semasa dalam perancangan perkahwinannya, Raid layan dia bak bidadari kini Raid sudah kembali beku. Raid tipu aku ke selama ini?

"Raid, pergilah balik dengan Aurora. Mama tengok Aurora tu dah penat," ujar mama Raid.

"Okey, ma."

Raid mendekati isterinya yang sibuk layan kawan-kawannya.

"Sayang..." Terus pinggang ramping Aurora dirangkul.

Aurora terkejut.

"Hah?"

"Sayang, jom balik. Abang tengok sayang macam dah penat. Yang lain biar keluarga kita handle okey?" ujar Raid lembut.

Aurora kelu. Raid panggil dia apa? Lalu bahasakan diri dengan gelaran 'Abang' ? Ni mimpi ke?

"Baliklah, Eva! Kitaorang okey. Kau pun macam dah penat aku tengok," sampuk kawan Aurora.

"Okey. Bye. Jumpa lagi, girls!" Pamit Aurora.

Raid memegang erat tangan Aurora lalu membawa ke keluarga mereka.

"Raid bawa Aurora balik dulu."

"Hah bawalah. Beg Aurora dah ada kat rumah kamu kan?"

"Dah."

Raid dan Aurora menyalami tangan kedua ibu bapa mereka.

Mereka tukar pakaian mereka di bilik hotel kepada pakaian kasual sahaja lalu pulang ke rumah.

❦ ❦ ❦

AURORA terpegun melihat rumah Raid. Dia kata rumah dia ni mansion. Macam Villa lah.

"Awak..."

"Hmm."

"Bilik kita kat mana?" soal Aurora di samping Raid.

"Jom ikut aku."

Aik? Dah tukar panggilan. What's wrong with you, Raid?

"Ni bilik kita," ujar Raid. Bilik yang seluas-luasnya. Ada sofa, televisyen, katil saiz Queen, ada meja kerja, tempat khas letak baju dan barang lain serta tandas.

"Baju kau ni, kau letak bahagian kanan. Bahagian kiri, kawasan aku dan tempat aku," ujar Raid. Aurora mengangguk.

"Aku nak ingatkan kau, jangan sentuh barang aku," kata Raid tegas.

Marry Me, Mafia √Where stories live. Discover now