BAB 10 - SAD OR HAPPY ENDING?🌸

28.2K 1.1K 255
                                    


Huwaaa, ni bab terakhir. Jadi, adakah Aurora masih hidup? Atau Raid akan jadi duda untuk selamanya?

Anyone nak gantikan Aurora? Hahaha

Sad or happy ending?

________________________

"SAYANG..."

Air matanya tumpah untuk entah ke berapa kali.

"Wake up, please. I miss you so much," ucap Raid lalu mengucup pipi Aurora.

Raid mengusap perut Aurora yang kempis.

"Baby kita dah tak ada",bisik Raid lalu menangis.

"Abang dah hilang baby kita, jadi jangan tinggalkan abang."

Ariase, James dan Faiz mengeluh melihat keadaan Raid yang tidak terurus. Aurora kaku di atas katil hospital. Sudah dua minggu, Aurora tidak sedarkan diri.

Setelah tamat pembedahan, doktor kata Aurora mengalami keguguran dan Aurora kritikal. Alangkah terkejutnya Raid apabila tahu isterinya mengandung dan keguguran. Kenapa Aurora tak pernah beritahunya?

Kini, Raid langsung tidak berpisah dengan Aurora walaupun sesaat. Dia tak mahu Aurora pergi.

"I'm here sayang. Wake up."

Doktor kata Aurora tiada tanda-tanda mahu sedar dan tiada perubahan.

Lagi sedih si Raid itu.

"I miss you sayang"

"Raid..."

Raid mengangkat kepala.

"Sudahlah tu. Jom makan. Kau tak makan lagi kan? Kita pergi kafeteria kat bawah."

"Tak nak."

"Raid. Eva akan okey. Kejap saja tinggalkan dia. Jom makan. Eva mesti tak nak tengok suami dia tak makan," pujuk Ariase.

"Kau nak ke Aurora bebel sebab kau tak makan?" soal James.

"Hmmm yelah. Tapi sekejap saja tau!"

"Ya..."

"Bye sayang. Abang pergi makan sekejap. Wait for me," bisik Raid lalu mengucup dahi Aurora.

Di kafeteria...

"Makanlah Raid," ujar Faiz

"Hmm."

"Janganlah macam ni. Kau tahu kan, Aurora tak suka kalau kau macam ni? Kalau dia tahu kau tak makan, habis kau kena nanti."

"Dah dua minggu James. Dia masih macam tu."

Ariase hanya senyap.

"Macam mana aku nak bagitahu dia pasal baby?"

James terdiam.

"Kau slowtalk dengan dia lah nanti"

Marry Me, Mafia √Where stories live. Discover now