SPECIAL - II

16.6K 793 139
                                    


ARIASE melangkah dengan ayunan laju ke arah restoran. Risaunya tidak hilang sejak tahu apa yang Raid buat di belakang adiknya. Sedihnya tak perlu diungkapkan.

"Baby, wait! Jangan jalan laju-laju!" Faiz menahan pergelangan Ariase.

Langkah Ariase terhenti apabila figura suaminya berdiri di hadapannya.

"Apa? Saya nak cepat jumpa Aurora!"

"No! Please! Kalau awak macam ni, saya tak benarkam awak jumpa Aurora! Awak tahukan keadaan Aurora sekarang macam mana? And kalau awak ikutkan perasaan awak, perihal Raid akan kantoi!" ujar Faiz.

Ariase menghela nafas. Kenapa suaminya tak mahu Aurora tahu tentang semua ini? Kenapa?

"Tapi..."

"Eh, sis! Faiz? Kenapa berdiri kat luar ni? Jomlah masuk," sampuk satu suara.

Ariase dan Faiz terkejut lalu menoleh ke belakang. Terlihat Aurora dan anak kembarnya ada disitu. Raffael dan Raissa sedang lena dalam stroller.

"Err... haa nak masuklah ni. Kau baru sampai ke?" soal Ariase.

"Lama dah. Tadi saja bawa twins ni jalan-jalan kat mall sambil tunggu kau orang," balas Aurora dengan senyuman di wajahnya.

"Comelnya dia tidur," puji Faiz sambil mencuit pipi kembar.

"Eh mestilah comel! Macam mommy dia!" Aurora bangga. Faiz menjeling. Geli. Mula dah angkat bakul sendiri.

"Jomlah."

Mereka bertiga serta kembar comel itu masuk ke dalam restoran. Setelah memesan makanan, mereka memandang satu sama lain.

"Kenapa ajak jumpa?" soal Aurora.

"Erm... aku..."

"Saja ajak jumpa. Aku rindu kembar." Faiz mencelah.

"Ceit! Pigidah!"

Ariase menghirup air apabila air muka dihidang atas meja.

"Kau okey?" soal Ariase.

"Okey."

"Raid?"

Sepi. Aurora mengunci mulutnya. Tangannya terus mengambil Raissa yang lena dalam stroller dan mencium pipi Raissa.

"Aurora?"

"Aku okey."

Ariase dan Faiz saling berbalas pandangan. Faiz mengenggam tangan isterinya di bawah meja untuk memberi kekuatan dan agar isterinya tidak beritahu perihal Raid.

"Aku tahu kau okey. Kau dengan Raid, okey tak? Dah lama tak dengar khabar. Twins yang comel ni pun dah makin tembam!" Ariase berkata sambil menyedapkan hatinya.

"Aku..."

"Okey jer dengan Raid," sambung Aurora.

"Betul?"

Aurora terdiam. Hatinya hiba. Hatinya meraung berkata tidak. Apa yang okey? Sedangkan Raid kini suka pulang lewat ke rumah dan memaki hamun dirinya. Kembar yang memerlukan kasih sayang dari seorang ayah juga tidak diberi oleh Raid.

Raid dah berubah! Aurora menahan air matanya dari mengalir laju. Tuhan!

Ketika itu juga restoran itu memainkan lagu Terbang Pergi. Aurora memeluk Raissa seerat yang mungkin. Di kala dia rasa sakit ditengking dan dilukai oleh Raid, anak-anaknya adalah penguat dia.

"Aurora..."

"Isk... isk... isk..." Aurora kalah dengan tembok air matanya. Raissa dalam dakapannya tersedar lalu senyum ke arah Aurora.

Marry Me, Mafia √Where stories live. Discover now