SPECIAL - IV

17.6K 895 253
                                    

SINARAN mentari mengganggu seseorang yang sedang lena tidur di atas katil.

Raid membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Jam di dinding dipandang sekilas lalu. Tangannya meraba di ruang sebelah. Kosong.

Katil bayi kembar dipandang, Raid terus bangkit dan melihat sama adam bayi kembarnya masih lena atau tidak. Kosong. Pelik. Biasanya kembarnya ada dalam katil kerana Aurora ingin sediakan sarapan.

Raid memasuki tandas dan mencuci mukanya. Hari ini dia tidak bekerja kerana hari ini hari minggu.

Langkahnya diorak menuju ke dapur mansionnya. Kosong. Tiada bayangan Aurora. Ruang tamu, bilik bayi, bilik bacaan dan laman rumah tiada figura isteri dan anak-anaknya. Raid semakin berasa aneh.

'Mana Aurora pergi ni?' bisik hati Raid.

Bilik utama dimasuki semula, otaknya mula berfikir sesuatu. Dia harap ini apa yang difikirkan tidak jadi kenyataan. Tidak sama sekali. Almari Aurora dibuka. Kosong! Almari kembarnya dibuka. Kosong! Hanya tinggal sehelai baju Aurora iaitu pemberian darinya kepada Aurora sempena ulangtahun perkahwinannya yang pertama dan dua helai baju kembarnya.

Raid jatuh terduduk atas katil. Tak mungkin... ini semua hanya mimpi, kan?

'Aurora tak akan tinggalkan aku!' getus hati Raid.

Raid mencari telefon pintarnya lalu membuka aplikasi Whatsapp. Chat Carla dilihat. Carla sudah 3 hari tidak mesej mahupun telefonnya. Ke mana Carla pergi? Tiga hari juga Carla tidak hadir ke pejabat. Raid berasa aneh.

Nombor Aurora didail secepat mungkin...

Tiga hari ini, dia berasa sesuatu. Dia berasa salah. Dia rasa... ada sesuatu yang belum dia laksanakan dalam rumah ini. Apa dia?

"Harap maaf, nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi." Raid mematikan talian. Keluhan dilepaskan.

Aman? Ya, dia rasa seakan tenang tanpa Aurora kini. Risau? Sedikit sahaja tentang anak kembarnya. Carla? Sudah berkali-kali nombor Carla didail tapi tidak dijawab. Sakitkah dia?

Bzzz bzzz

Satu notifikasi masuk. Raid membuka aplikasi Whatsapp. Mesej dari Carla. Panjang umurnya.

Bie❤:
I miss you, baby. See you tonight at Waltz Hotel.

Me :
Okay, dear.

Raid tersenyum manis ketika membaca mesej dari buah hatinya. Rindu tidak terkata!

Tapi, senyumannya hanya sebentar. Raid kembali memikirkan ke mana isteri dan anak-anaknya pergi?

❦ ❦ ❦

"DONE!"

James merebahkan tubuhnya di atas sofa yang empuk. Pandangannya ke siling putih terkalih ke arah Faiz yang sedang menggigit sebiji epal merah yang ranum.

Faiz tersenyum sinis namun hanya sebentar kerana telefonnya berdering.

"Ariase call," ujar Faiz kepada James. James hanya menganggukan kepalanya sahaja.

Faiz sudah beredar ke dapur mini mencari privasi.

James menghela nafas. Kepalanya ligat berfikir tentang sesuatu...

'Aku ni tak kacak ke?' soal hati James.

"Kenapalah aku seorang sahaja tak ada partner?" keluh James perlahan.

Marry Me, Mafia √Where stories live. Discover now