BAB 6 - ICE MAFIA 🌸

24.6K 1K 23
                                    

RAID sibuk melakukan kerjanya di pejabat. Banyak fail yang perlu dia semak dan luluskan. Noah Aresthic di bawah pimpinannya.

Bunyi ketukan pintu menyapa gegendang telinga Raid.

"Masuk!" arah Raid dari dalam.

Muncullah dua manusia yang akan menjadi lalat hidup Raid di pejabat. Siapa lagi kalau bukan Faiz dan James?

"Bro." Panggil Faiz lalu duduk di atas sofa yang sudah tersedia di dalam pejabat Raid yang besar dan mewah itu.

"Apa?"

Raid masih tekun membuat kerjanya. Sedikit pun dia tidak toleh ke arah Faiz mahupun James.

"Lunch jom," kata James.

"Dah pukul berapa?" soal Raid sambil menaip sesuatu di komputernya.

"12 tengah hari. Jomlah. Kitaorang datang ni nak ajak kau pergi lunch," ujar Faiz.

"Kau orang jelah pergi."

"Habistu kau? Tak nak makan? Tak lapar ke?"

"Lapar tu lapar. Tapi tak nampak ke aku tengah sibuk ni?" balas Raid.

"Nampak. Tak buta lagi. Tapi jaga la kesihatan kau. Ni kalau Aurora tahu kau tak makan, mahu kena pelangkung dengan dia," kata Faiz lalu ketawa.

James turut ketawa.

Ingat lagi saat dia dan Raid serta Faiz pulang ke mansion Raid waktu petang. Aurora pula sambut mereka dengan gembira. Kemudian, Faiz mengadu lapar kepada Aurora. Aurora terus marah mereka bertiga kerana tidak makan tengah hari lagi. Yang teruk kena marah Raid. Suami kesayangannya tu la. Mahu kena pelangkung Raid dalam bilik. Hahahaha.

"Dia tak akan tahu kalau mulut kau orang berdua tu sentiasa tertutup!" ujar Raid dingin.

Raid baru sedar, Aurora bukan lemah lembut seperti yang dia sangka. Apabila mengenali Aurora lebih dalam. Ibu singa pun kalah. Betapa garangnya Aurora apabila tiada mood. Haih...

"Hahahahaha jom jelah. Mulut kitaorang hari ni macam gatal sikit. Bila-bila masa boleh bagitahu Aurora," usik James.

"Aku bunuh kau," kata Raid.

"Hahahaha ada hati nak bunuh aku. Habistu siapa nak cover kau bila war nanti?" balas James dengan sengihan.

Raid menjeling James tajam.

"Jomlah Raid. Aku lapar dah ni!" rungut Faiz.

Raid mengeluh.

"Yalah. Jom!"

Raid bangun dan mengambil telefon, dompet dan kunci keretanya.

Mereka bertiga berjalan sambil berbual ke lif syarikat. Rata-rata pekerja wanita memandang mereka dengan menggoda. Lelaki-lelaki kacak lalu, siapa tak nak pandang?

"Nak makan kat mana?" soal Raid setelah masuk ke dalam kereta. Faiz dan James turut memasuki kereta Raid.

"Entah."

"Aurora ada masak tak?"

Raid menjeling James tajam. Dasar anak tak guna. Baliklah kau ke Amerika. James Bond!

"Aurora masak untuk aku jer. Bukan untuk kau orang," kata Raid mendatar.

"Aik? Jealous ke? Hahahahaha."

"Cepatlah kat mana?"

"Mansion kau jelah. Aku nak makan masakan Aurora."

Sekali lagi jelingan maut singgah di wajah James. Raid pasrah. Isteri aku. Makanan aku. Tidak!

Marry Me, Mafia √Where stories live. Discover now