SPECIAL - I

18.6K 850 144
                                    

BUNYI bising datang dari arah dapur membuatkan Raid menuju ke dapur. Ni mesti Aurora. Bising betul pagi-pagi buta ni.

Raid mengeluh perlahan. Mukanya yang baru sahaja lap terus masuk ke dapur melihat isterinya sediakan sarapan.

"Aurora," panggil Raid.

Aurora tidak dengar dan menyanyi. Raid memanggil sekali lagi, tapi tiada sahutan dari isterinya.

"Aurora!"

Terhenti segalanya. Aurora terkejut sehingga pisau yang dia menghiris bawang terkena jarinya. Cecair merah mengalir keluar dari kesan luka.

"Auch!" Aurora mengaduh kesakitan.

"Boleh senyap tak?! Aku nak rehat pun susah!" tengking Raid tanpa mengambil tahu kesakitan Aurora.

Raid melangkah ke tingkat atas dan masuk ke bilik kerjanya.

Bang!

Pintu bilik dihempas kuat. Tak lama kemudian, bunyi bayi menangis kedengaran. Aurora yang baru sahaja terasa sebak terus mencuci lukanya tanpa mengubati terus berlari ke bilik tidur.

Raffael dan Raissa meraung mungkin bangun dari tidur secara terkejut akibat hentakan pintu.

"Shh its okay sayang. Mommy is here. Raff and Raissa, stop crying please. Mommy ada kerja lagi ni, sayang."

Raffael terus berhenti menangis. Hanya Raissa sahaja masih tersedu sedan. Kedua-dua bayi kembarnya didukung dan dibawa ke tingkat bawah.

Aurora meletakkan kedua-dua bayi kembarnya di atas tilam bayi kembar. Beberapa soft toys diambil lalu diberi kepada anak-anaknya. Raffael dan Raissa leka bermain mainan yang baru sahaja diberi. Televisyen dipasang lalu siaran kartun dipasang untuk beri Raffael dan Raissa menonton kartun.

Seketika, Aurora duduk sebentar atas sofa melepaskan keluhan. Matanya dipejam erat sekali. Bagaikan berfikir dan melepaskan sesuatu beban yang berat.

Hampir seminggu perangai Raid dingin dengannya dan Raffael serta Raissa. Kalau Raid dingin dengan dirinya sahaja tidak mengapa tetapi dengan anak kembarnya juga.

Apa yang sudah berlaku?

Pernah Aurora soal Raid beberapa soalan tetapi Raid langsung tidak mempedulikannya. Bagaikan hati Raid sudah tiada nama Aurora dan Raffael serta Raissa.

Raid seperti sudah berubah...

"Ah!"

Aurora jerit sedikit lalu melangkah ke arah dapur. Kusut kepalanya memikirkan tentang Raid. Nasib baiklah pengawal Raid sudah tidak bertugas di mansion tetapi mereka masih menjaga kami.

Aurora meneruskan kerjanya dengan memasak untuk Raid. Ya, untuk Raid.

❦ ❦ ❦

PAPAN kekunci ditekan berkali-kali. Tap! Tap! Tap! Ketukan pintu dibiarkan sahaja. Kemudian, terjengul figura Faiz dengan wajah berang.

"Kau kenapa senyap je? Aku ketuk banyak kali kut!" marah Faiz sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

Raid berhenti menekan papan kekunci. Tali lehernya yang terasa dijerut dilonggarkan kasar. Keluhan dilepaskan.

"Kau nak apa?" soal Raid.

"Ni nak hantar ni." Faiz terus meletakkan sebuah fail hitam ke atas meja sahabatnya. Wajah Raid ditenung, dia sedar sejak kebelakangan ini, Raid banyak berubah.

Marry Me, Mafia √Where stories live. Discover now