SPECIAL - V

19.5K 852 179
                                    

BANG!

Gelak tawa yang berbaur sinis mula kedengaran di segenap ruang bilik besi itu.

Clara sudah cuak manakala Aurora masih dengan tawanya.

"Kau fikir aku akan bunuh kau semudah tu aje?" Suara Aurora mula bergema.

"Aku tak puas lagi untuk seksa kau. Hati aku ni terlalu sakit dan kau... kena rasa apa yang aku rasa!" Aurora menarik rambut Clara lalu mengheret dan campak di tengah-tengah ruang bilik itu.

Meja yang dipenuhi dengan bahan tajam serta pelbagai jenis pistol.

"Aku akan seksa kau perlahan-lahan..." omel Aurora lalu senyuman sinis terukir.

Pisau yang halus diambil.

"Ka... kau nak buat apa?" soal Clara dengan muka takut.

Aurora mencangkung di sisi Clara. Wajah Clara dipegang.

"Jan... gan... Aku me... rayu!" Air mata mula mengalir di pipi Clara.

Aurora mula menoreh kulit pipi Clara sehingga mengeluarkan cecair pekat merah.

"Arghhhh!"

"Shhh... tahan sikit."

James dan Faiz tersengih. Ariase mula merekod segalanya. Boleh jadikan kenangan.

"Wajah kau ni yang jadi tatapan suami aku... jadi aku kena hancurkan."

"Kau... gila! Gila!" jerit Clara dalam kesakitan.

"Aku... gila?! Kau yang gila! Perempuan sial!"

Pang!

Tamparan kuat singgah di wajah Clara yang sudah berlumuran darah.

Faiz yang seronok menonton segalanya diganggu oleh anak buahnya.

"Bos..."

"Ha apa?"

Anak buahnya bernama Ray menggamit Faiz agar menjauhi dari semua orang.

"Ada apa, Ray?" soal Faiz serius.

"Que kata bos Raid dah larikan diri dari hotel tu. Macam mana ni bos? Merata si Que dengan yang lain cari Raid... tapi tak jumpa!" ujar Ray.

Faiz berlagak tenang.

"Dah jejak guna telefon dia?"

"Que cuba jejak. Tapi hasilan yang dia dapat kat sini... saya rasa..." Ray menunjuk telefonnya ke arah Faiz.

Faiz terkejut.

"Saya rasa kejap lagi..."

BAM!

Pintu ditendang kuat dari luar. Terpacul figura Raid. Aurora terus berdiri lalu menarik hoodie merahnya. Yang lain semia dah bersedia mengacukan pistol ke arah figura tersebut.

"Raid."

Wajah bengis Raid mula terpamer. Pandangan Raid jatuh kepada Clara yang sudah terkulai layu. Matanya terbuntang luas.

"Raid... help me." Suara Clara yang perlahan dapat didengari oleh Raid.

"Apa kau dah buat ni, Aurora?!!" jerkah Raid.

Aurora menayangkan muka bekunya.

"Aku tak sangka, perangai kau lagi jijik dari binatang! Perempuan sial!" Raid mencempung tubuh Clara.

"Sabar, sayang..." bisik Raid di telinga Aurora.

Hati Aurora bagai ditembak lali dibom kuat oleh Raid. Sakitnya hati ini.

Marry Me, Mafia √Where stories live. Discover now