Bab 14

998 34 0
                                    

Sudah jam enam petang dan aku masih lagi berada di Kompleks Mini Seri Damai. Lusa atlet Seri Damai dijemput untuk menjadi pelari jemputan bagi temasya sukan Sekolah Menengah Alam Megah jadi hari ini latihan terakhir aku bersama mereka.

"Okey, cukuplah untuk hari ni. So, esok kita rest. Lusa do your best, okay?"

"Baiklah Cik Isya kusayang."

"Apa sayang-sayang? Ni nampak?" Aku tunjukkan penumbuk.

Berderai tawa pelajarku. Aku turut sama tertawa.

"Kalau betul-betul sayang. Lusa buktikan pada saya. Pastikan Seri Damai dapat bawa balik pingat emas dalam acara jemputan tu, boleh?" kataku.

"Kami akan usahakan, Cik Isya." Hawick, atlet paling terkenal di Seri Damai bersuara mewakili kawan-kawannya yang lain.

"Good, okey semua boleh bersurai."

"Thank you, Cik Isya," sahut semua sebelum bergerak meninggalkan kompleks mini.

"Isya!"

Aku berpaling, mencari suara yang memanggil namaku. Aku tersenyum memandang Nora yang sedang berlari-lari anak mendapatkanku.

"Aku dah agak kau mesti ada kat sini." Belum pun Nora sampai padaku dia sudah mula bersuara.

"Cari aku ke? Dah pukul enam tak balik lagi?"

Niat aku untuk joging seperti biasa petang ini tidak kesampaian dengan kehadiran Nora. Tak apalah, dah lama tak berbual dengan dia. Baik aku luangkan sikit masa dengan dia. Sudah seminggu aku di sini belum pernah sekali pun aku berbual dengan dia. Lagi-lagi bila sudah tidak duduk serumah ini, rasa rindu pula dengan telatah dia.

"Baru habis meeting, tiba-tiba rindu kau. So, aku carilah. Amacam kerja sini, okey? Ada yang membuli tak?" Dia turut duduk bersama di sebelahku di atas trek balapan.

"Berani ke nak buli aku?" soalku.

"Yalah, siapa berani nak buli kau? Kau yang buli orang adalah."

"Suka-suka kau mengata aku. Bila masa pula aku buli orang?" Suka-suka hati buat tuduhan melulu.

"Doktor Ishraf. Bukan kau selalu buli Doktor Ishraf ke?" usik Nora.

Terbeliak mataku.

"Bila masa pula aku buli Doktor Ishraf?"

"Eh, walaupun kita dah lama tak berbual tapi sejak kau masuk sini memang aku asyik perhatikan kau tau. Yang aku nampak kau ni suka cari pasal dengan Doktor Ishraf. Kenapa, ek?"

"Ahhh... Kenapa apa pula? Mana ada apa-apa. Kau tu yang fikir bukan-bukan." Geram pula aku bila Nora kaitkan nama aku dengan Ishraf.

"Apa pula aku fikir bukan-bukan. Banyak kali kut aku nampak. Yang paling latest semalam. Kau tak ingat semalam masa doktor minta ka..."

"Eh, sudah-sudah. Kalau kau datang jumpa aku ni semata-mata nak bercerita pasal doktor tu, baik aku start joging." Baik aku matikan kata-kata Nora sebab aku dah tahu arah tuju ke mana dia nak bercakap.

Semalam masa aku pergi ke bangunan pentadbiran, tiba-tiba Ishraf pun keluar dari bilik mesyuarat. Apabila dia nampak aku terus dia suruh aku buat salinan dokumennya. Punyalah ramai pekerja pentadbiran dalam bilik tu, aku juga disuruhnya.

Sakit hati punya pasal aku pura-pura tidak tahu cara nak menggunakan mesin cetak tu. Akhirnya dia sendiri juga yang kena buat salinan semua dokumen tersebut. Dan untuk menambahkan perasa, sengaja aku minta dia tolong buat salinan dokumen yang aku perlu serahkan pada eksekutif kewangan untuk urusan gajiku. Tapi tak tahulah kenapa dia ikutkan sahaja kataku. Macam kena pukau pun ada. Tapi ada aku kesah! Padanlah muka. Ada hati nak kenakan aku konon, huh.

"Eh, Isya..." Nora yang masih lagi duduk menarik tanganku yang sudah bangun.

"Apa dia?" marahku. Sengaja tunjuk garang sebab tak nak dia buka cerita pasal Ishraf lagi.

"Kau ni suka lari dari persoalan isu semasa tau."

"Tak. Aku cuma nak lari dari persoalan isu Doktor Ishraf Muzaffar kesayangan kau tu." Dulu bukan main tak suka, hari ni asyik nama tu aje yang nak diungkitnya. Tak tetap pendirian dan tak teguh perasaan betul minah ni.

"Eh, bila masa pula aku sayang dia?" Dia tak puas hati. Baru dia rasa.

"Kalau tak sayang, tak usah nak sebut-sebut lagi. Lepaslah." Aku tarik tanganku.

Malas aku nak layan dia lagi. Baik aku teruskan rutin harianku. Kalau lambat aku mula joging nanti lambat pula aku balik rumah. Membebel pula Hilman. Dia bukan boleh kalau aku balik lambat, ada aje yang nak dibebelkan. Kalau dia yang balik lambat boleh pula.

"Eh, Isya." Sekali lagi Nora menarik tanganku.

Aku yang baru sahaja ingin membuka langkah terhenti.

"Isy... Kau ni dah kenapa? Jangan ganggu konsentrasi aku boleh tak?"

"Cuba tengok kat astaka." Nora memuncungkan bibirnya.

Aku terus menoleh pada arah yang Nora tunjukkan. Ishraf sedang duduk di salah satu bangku di astaka sambil memandang tepat padaku. Bila mata kami bertentangan dia menjeling, bangun dan terus berlalu.

Amboi... Aku sudah mengetap bibir menahan marah. Main jeling-jeling pula dia. Siaplah kau esok kalau aku jumpa kau kat kafe, aku cucuk mata kau dengan garpu. Biar jadi Kassim Selamat.

Bila terasa Nora menepuk bahuku barulah aku kalihkan pandangan.

"Aku macam terdengar bunyi semboyanlah. Peperangan bakal meletus ke?"

Walaupun Ishraf sudah tiada di situ tapi aku tetap alihkan semula pandangan pada astaka.

"Berani ke dia nak lawan cicit Hang Jebat?" kataku perlahan.

"Apa kau cakap?"

Aku biarkan sahaja persoalan Nora itu tergantung tanpa jawapan.

MR. ANONYMOUSWhere stories live. Discover now