Tiada yang lain, yang ku mahu hanya kamu,
Kau lelaki misteri,
Pujaan wanita❤________________________
Syafa Aurora menilik jam tangannya sambil membuat muka bosan. Hampir satu jam dia menunggu kehadiran sahabatnya di kompleks shopping mall sambil matanya ralit memerhati pengunjung di situ. Masih juga tiada kelibat sahabatnya. Aurora mengeluh bosan. Tangannya disilang pada dada.
"Inilah padah bila kau berjanji dengan keling. Batang hidung pun tak nampak!" Ada nada bengang dalam kata-kata Aurora. Sudah berapa kali jam tangannya ditilik. Tiket wayang yang masih berada di tangannya juga masih ada.
Kakinya dah sakit. Letih kerana sudah lama dia berdiri di situ. Tempat duduk yang disediakan pun sudah dipenuhi orang. Makin lama dia menunggu, makin bosan dia disitu.
Beg tangannya diselongkar mencari telefon pintar. Nombor sahabatnya cuba dihubungi. Hampa! Hanya sahutan suara seorang perempuan yang kedengaran.
"Mana dia ni? Dia juga yang ajak aku datang sini. Last-last dia buat aku macam patung cendana kat sini. Naik bengkak kaki aku tunggu dia ni. Haihhh janji keling betul!" Marah Aurora. Anak matanya meliar ke segenap ruang pusat membeli belah itu.
Sekali lagi jam tangan ditilik. Ada lagi setengah jam lagi tayangan ceritanya akan dimulakan. Kelibat sahabatnya juga masih tidak kelihatan. Aurora meninggalkan kawasan tempatnya berdiri. Kini, dia mencari kedai untuk membeli sedikit makanan dan minuman memandangkan perutnya berbunyi rancak sejak tadi.
Aurora memesan satu hot chocolate bersama iced lemon tea dan juga spagheti bolognese dan mushroom soup yang masih panas berasap.
Memandangkan sahabatnya masih belum datang, jadi dia perlu mengisi perutnya dulu sebelum pergi semula ke panggung wayang.
Kalau dia tak datang juga, terpaksa la dia tengok seorang diri filem ini.
•★--------------------------------------------★•
Aurora mengunyah popcorn sambil menghirup sedikit hot chocolate yang masih panas memandangkan di dalam hall ini berhawa dingin. Kaki dan tangannya awal-awal lagi sudah beku.
Matanya fokus pada skrin panggung yang sedang menayangkan iklan sebelum tayangan filem dimulakan.
Dan nampaknya, dia terpaksa menonton filem ini seorang diri. Sahabatnya yang suka janji keling itu langsung tidak memunculkan diri. Aurora melunjurkan kaki ke hadapan. Kakinya kebas akibat suasana sejuk yang amat!
Dia bosan. Iklan yang ditayangkan terlalu lama dan membosankan. Telefon pintarnya dikeluarkan lalu dia membuka aplikasi WhatsApp. Satu noti masuk dalam WhatsAppnya. Nama yang paling dia tak suka muncul dalam skrin telefonnya.
Sorry beb aku tak dapat temankan kau. Aku ada emergency case! And again, I'm sorry. Enjoy your movie!!-Maira
Aurora mengeluh kasar. Dalam hati dia dah sumpah seranah sahabatnya itu. Memang cari maut dia ni...Kau tunggu Maira. Bila aku balik je nanti, siap kau!
"Excuse me..boleh turunkan kaki tu tak? Saya nak jalan tak boleh." Ujar seorang lelaki apabila laluannya terhalang oleh kaki panjang milik Aurora.
Akibat daripada sound effect dari iklan di panggung itu menyebabkan Aurora langsung tidak mendengar sebarang butir kata-kata lelaki itu. Mulutnya kelihatan terkumat-kamit seperti berkata sesuatu.
Lelaki itu menggaru kepalanya. Gadis ini tak dengar ke apa yang dia cakap?
Lelaki itu ambil jalan mudah. Dia duduk di riba gadis itu menyebabkan gadis itu menjerit lantang. Lelaki itu terkejut apabila tubuhnya ditolak kuat oleh gadis itu sehingga kepalanya terhantuk pada kerusi hadapannya. Kuat juga tenaga gadis itu.
Semua orang memandang pelik ke arah Aurora. Ada juga yang berbisik sesama sendiri. Aurora menggigit bibirnya. Kemudian, dia memandang lelaki yang sedang meringkuk kesakitan itu dengan tajam seperti pandangan harimau ingin membaham mangsanya.
Lelaki itu masih mengosok-gosok kepalanya yang masih sakit. Takut juga jika dahinya menimbulkan satu benjolan yang akan mencacatkan wajahnya.
"Hey! Awak ni takde adab ke? Awak ingat saya ni kerusi ke?"marah Aurora sambil menyilangkan tangannya.
Tiba-tiba, lampu hall itu terpadam menyebabkan suasana menjadi gelap. Aurora juga tidak mampu melihat wajah lelaki yang duduk di atas ribanya tadi.
"Awak tu yang takde adab. Saya minta baik-baik tapi awak buat pekak je."
"Hekeleh mamat ni...nasib baik panggung ni dah gelap, kalau tak, lagi benjol aku buat dekat dahi tu! Hishh!!" Aurora mencebik. Harinya pada hari ini sungguh malang. Moodnya ingin menonton filem juga sudah kelaut. Disebabkan lelaki yang entah siapa, main duduk atas ribanya dan kurang ajar dengan dia.
Aurora mengunyah popcornnya dengan geram. Digigit-gigit popcorn itu bagi melepaskan kegeramannya.
Mungkin ini adalah kali terakhir dia menonton wayang.
★-----------------------------------------★
Sebaik keluar sahaja dari panggung wayang itu, Kasyaf terus mencari keretanya yang diparking di lot carpark. Wajahnya dibelek sebaik dia melihat pantulan dirinya pada cermin kereta mewahnya. Dahinya diraba. Ada sedikit benjolan kecil pada dahinya.
"Ni perempuan tak guna tu lah...Tak memasal dahi aku dah benjol." Marah Kasyaf namun dalam nada perlahan.
Kasyaf lantas membuka pintu keretanya lalu memboloskan tubuhnya ke dalam perut kereta mewahnya, Buggati Verron!
Rambutnya yang sedikit kusut itu dirapikan. Memang menjadi kebiasaan bila dia hendak ke mana-mana, dia akan memastikan rambutnya kelihatan kemas dan rapi. Rambutnya menjadi keutamaannya dahulu kerana dari rambut, ia akan menampakkan seseorang kelihatan macho pada pandangan wanita.
Setelah berpuas hati, dia terus menghidupkan enjin keretanya. Perlahan-lahan, Kasyaf memandu keretanya keluar dari situ.
Kasyaf memperlahankan kenderaan setelah terlihat seorang gadis yang sedang bergayut dengan telefon bimbit sedang melintas di hadapannya. Langkah gadis itu terlalu perlahan sehingga menghalang laluannya. Gadis itu langsung tidak sedar akan kereta yang sedang menghampirinya.
Kelihatan wajah gadis ini dalam keadaan marah. Dia bercakap dengan seseorang di telefonnya juga seperti marah.
Kasyaf mengeluh. Gadis ini selamba sahaja berhenti tengah jalan. Mungkin dia ingat tiada kereta disitu.
Pin!Pin!!
"Arghhh!!" Gadis itu menjerit lantang. Telefonnya tercampak. Mungkin terkejut.
Kasyaf menekup mulutnya. Kelakar pula melihat gadis itu menjerit dengan riak wajah yang terkejut.
Tubuhnya dibawa keluar mendekati gadis yang sedang mencari telefon bimbitnya yang tercampak.
Kasyaf berjalan menghampiri gadis itu tanpa menyedari telefon pintar gadis itu telah dipijak oleh dirinya. Bunyi sesuatu seperti pecah atau hancur dipijak kedengaran pada halwa telinga kedua-duanya. Kasyaf terkedu. Kakinya diangkat. Wajahnya jelas tercengang.
"What have you done?" Teriak gadis itu dengan lantang. Kasyaf memandang wajah gadis yang sedang memarahi dirinya.
Mereka berdua sama-sama tergamam. Lagi-lagi gadis itu. Jelas wajahnya menunjukkan riak terkejut sambil matanya terjegil bagai hendak terkeluar. Kasyaf juga begitu.
"Kau!!" Serentak, kedua-duanya mengeluarkan suara. Kedua-duanya juga dalam keadaan tergamam, terkedu.
Satu pertemuan yang tidak dijangka..
YOU ARE READING
Dear Mr Annoying
RomanceDia handsome, Dia gentleman, Dia romantik, Dia Baik, Dan dia Annoying!! ________________________________ "Dalam banyak banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti aku jumpa kau? Erghhhh annoying!"- Syafa Aurora "Sebab jodoh kita kuat. Macam tarikan...