Tiada yang lain, yang ku mahu hanya kamu,
Kau lelaki misteri,
Pujaan wanita❤________________________________
Aurora menghempaskan pintu rumahnya dengan agak kuat. Wajahnya kelihatan kusut dan masam ketika ini. Housemate merangkap sahabat baik Aurora, Humaira Safiyya terkejut saat pintu rumahnya dihempas oleh Aurora. Bagaikan ribut taufan sedang melanda dalam rumahnya. Fokusnya terhadap rancangan pada televisyen juga tergendala.
Wajah masam mencuka Aurora diperhati takut-takut. Maira tahu, sahabatnya itu memarahi dirinya kerana tidak dapat menunaikan janjinya yang satu itu.
Aurora menghenyakkan tubuhnya kasar pada sofa yang terdapat di ruang tamu rumah itu. Pandangan dari Maira langsung tidak diendahkan olehnya. Kepalanya sekarang serabut dengan satu satu masalah yang datang melanda dirinya.
"Aurora..sorry! Aku tahu kau marah aku.."kata Maira perlahan. Bibirnya digigit menahan getaran suara gementarnya. Takut juga dia dengan aura sahabatnya itu.
"Kau tak tahu hari ni hari paling malang sekali untuk aku!" Aurora bersuara lirih. Kepalanya dipicit bagi menghilangkan sedikit kesakitan.
"Sorry...aku bukan sengaja tak pergi. Tapi kau sendiri tau kan dengan tugas aku. Tiba-tiba aku dapat emergency call dari pihak hospital. Kalau aku tak pergi, kemungkinan patient yang aku rawat tu mungkin dah mati."
"Habis, patient kau mati tak?" Sempat lagi Aurora mengusik Maira.
Maira menepuk dahinya. Kemudian dia mengetuk kepala Aurora. Aurora mengaduh."Kau ni pahal?"
"Kau tu yang pahal? Balik rumah dengan muka kelat macam ni. Nak tunjuk marah dekat aku la tu." Maira mencebikkan bibirnya. Wajah Aurora yang masam mencuka itu menghiasi pandangan Maira.
"Ha memang aku tengah marah kau. Sebab kau, hari ni menjadi hari yang paling malang buat aku."
"Aku dah minta maaf kan. Sorry la. Aku tak sengaja pun." Marah Maira namun dalam nada lembut.
Aurora mengeluh kasar.
"Satu, aku marah kau sebab kau janji keling dengan aku. Dua, ada mamat ni selamba badak dia je duduk atas riba aku time dekat panggung. Ketiga, handphone aku hancur berderai." Aurora membuat memek muka menangis walaupun tiada air mata yang mengalir pada tubir mata gadis itu.
Maira terlopong. Wajah Aurora dipandang tidak percaya."Eh jap! Jap! Mamat mana pulak yang duduk atas riba kau ni? Lepastu? Kenapa handphone kau pecah berderai? What's happen?" Maira mengangkat keningnya. Tubuhnya dirapatkan sedikit pada Aurora.
❄------------------------------------------------❄
Aurora melangkah mendekati lelaki yang masih terkedu di hadapannya. Telefon pintar yang sudah hancur dipijak oleh lelaki itu disentuh.
"Aku nak kau ganti balik telefon aku ni! Kau ingat telefon aku ni kayu ke main pijak sesuka hati kau je!"tengking Aurora dihadapan muka lelaki itu.
"Eh..kau yang campak telefon kau. Lepastu nak salahkan aku? Kau ni nasib baik aku tak langgar sampai mati tadi tau. Kira beruntung kau masih hidup. Kalau tak, kau pun lebih kurang macam handphone kau ni.." Kasyaf menuding jarinya pada telefon pintar yang sudah hancur dipijaknya.
"Aku tak kira, kau ganti balik phone aku yang kau pijak ni!"
"Aik? Aku pulak yang kena ganti? Kalau nyawa terpisah dari jasad, agak-agak boleh ganti dengan yang baru tak?" Kasyaf sengaja menyakiti hati Aurora.
Aurora mengetap giginya. Wajah Kasyaf dipandang seperti hendak menelan lelaki ini hidup-hidup.
"Kau patut bersyukur sebab aku tak langgar kau tadi. Sebab aku tahu, kalau aku langgar, aku tak boleh ganti dengan yang baru. So, you should say thanks to me!"
"Say thanks kepala hotak kau! Aku tak kira! Aku nak kau ganti balik phone aku!!" Lantang Aurora bersuara.
Kasyaf buat-buat korek telinga. Naik bingit telinganya akibat suara petir dari gadis itu. Boleh pecah gegendang telinganya ini.
Kali ini, mata Aurora terbeliak besar saat terlihat satu benjolan yang agak besar berada pada dahi lelaki itu. Bayangan dia dan lelaki yang selamba duduk di atas ribanya terbayang difikirannya.
"Kau....kau ke lelaki yang biadap duduk atas riba aku tu?" Tuding Aurora pada wajah lelaki itu.
Kasyaf juga turut terkejut. Wajah Aurora dipandang dengan geram.
"Ohh..kau rupanya yang buat dahi aku benjol." Kata Kasyaf dengan menahan geram. Telefon yang hancur berderai itu sekali lagi dipijak oleh Kasyaf sehingga telefon pintar itu berkecai. Kasyaf tersenyum puas!
"Ini padahnya bila kau tolak aku tadi!.." tutur Kasyaf lalu meninggalkan Aurora yang masih tercengang disitu.
"Hey kau! Kau nak pergi mana? Ganti balik telefon aku woiii!" Cermin kereta mewah itu diketuk kuat oleh Aurora. Kasyaf yang berada di dalam kereta itu tersenyun puas lantas dia memandu keretanya meninggalkan kawasan lot carpark itu.
Aurora menghentak kakinya. Giginya diketap menahan geram.
❄---------------------------------------------❄
"What?? Kasyaf yang pelat R tu ke?" Soal Maira tidak percaya. Aurora sekadar mengangguk mengiyakan."Patutlah muka masam je..habistu phone kau macam mana?"
"Macam tu la..Terpaksa aku beli baru. Huwaaa!!"
Maira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sedikit sebanyak dia terkejut juga mendengar cerita Aurora tadi.
Tak sangka, sudah bertahun-tahun meninggalkan alam persekolahan, lelaki yang bernama Kasyaf munculkan diri di hadapan mereka.
Tengku Kasyaf Iman, lelaki yang suka mencari pasal dengan Aurora ketika zaman persekolahan.
Aurora jenis yang kuat marah, ditambah pula dengan Kasyaf yang kuat mengusik dan ego, memang perang dunia ketiga meletuslah....
Maira menggeleng mengingati peristiwa itu. Dia sendiri terkejut apabila Aurora bercerita tentang pertemuannya dengan lelaki itu. Dia hampir-hampir lupa tentang lelaki itu.
"Takpelah..mana tahu hari yang kau panggil malang ni akan jadi hari paling terin....aduhhhh"
Bantal sofa yang tersedia telah melayang kearah Maira. Aurora mengekek ketawa. Maira mengaduh sakit.
"Banyak la kau punya terindah. Meh...aku bagi kenangan terindah untuk kau" Aurora mendekati Maira sambil buat-buat ingin menumbuk Maira dengan menayangkan penumbuknya. Maira dah kecut. Dia terus berlari memasuki biliknya lalu dikunci serapat-rapat pintu bilik tidurnya. Aurora di luar sudah terbahak-bahak mengetawakan dirinya.
Hari di mana kau dan aku bertemu...
YOU ARE READING
Dear Mr Annoying
RomanceDia handsome, Dia gentleman, Dia romantik, Dia Baik, Dan dia Annoying!! ________________________________ "Dalam banyak banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti aku jumpa kau? Erghhhh annoying!"- Syafa Aurora "Sebab jodoh kita kuat. Macam tarikan...