"Syaf.." puan Suraya duduk di sebelah anak gadisnya. Peha Aurora ditepuk lembut apabila menyedari yang anaknya langsung tidak memandangnya. Matanya tunak memandang kaca televisyen di hadapannya.
"Syaf taknak jumpa dengan tunang Syaf ke?"
"Taknak dan tak hingin pun!" Kata Aurora sambil menyilangkan tangannya ke dada. Mukanya masam.
"Syaf taknak kenal kenal dengan dia?"
"Alah, nanti dah kahwin nanti kenal-kenal lah."
Puan Suraya hanya mampu menggeleng kecil. Berbuih mulutnya bila menyuruh anaknya bertemu dengan tunangnya itu. Namun, dia tetap dengan kedegilannya.
"Syaf tak kerja ke harini?"
Aurora menggeleng lemah. Riak wajahnya hanya kosong. Matanya masih lagi setia melekat di kaca tv tanpa menghiraukan mamanya di sebelah.
"Lepas ni ikut mama pergi rumah Iman."
"Iman?" Dahi Aurora berkerut seribu.
"Haah. Tunang Syaf namanya Iman. Alang-alang tu boleh Syaf kenal dengan dia."
"A big no mama! Mama nak pergi rumah dia, mama pergi sendiri. Jangan ajak Syaf." Aurora lantas meninggalkan ruang tamu itu lalu dia pantas mendaki anak tangga tanpa menghiraukan panggilan dari puan Suraya. Kunci kereta diambil dari dalam laci lalu dia melangkah pantas kearah keretanya. Pelbagai rungutan yang keluar dari mulut Aurora. Apa yang pasti, dia taknak jumpa dengan tunang yang langsung dia tak cinta dan tidak dikenali.
Dia sudah nekad. Hari pernikahan nanti, dia perlu selamatkan dirinya. Apa pun yang terjadi, dia perlu selamatkan dirinya dari berkahwin dengan orang yang tidak dikenali.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Aurora menghirup sedikit latte yang masih panas berasap sambil matanya meliar ke sekeliling kawasan kafe itu. Tenang sikit hidupnya bila dia keluar dari rumah itu. Kalau tak, mamanya mesti akan cakap pasal lelaki yang dah jadi tunangannya itu. Naik rimas!
Sepotong kek disuapkan ke dalam mulut. Aurora tersenyum. Red velvet yang telah selamat masuk ke dalam mulutnya dikunyah dengan perlahan sambil menikmati kesedapan kek itu. Aurora mengambil lagi kek itu lalu dimasukkan ke dalam mulut. Sedap!
"Sedap sangat ke kek tu sampai langsung tak pandang sekeliling?" Sindiran sinis dari seseorang menyentakkan Aurora dari menikmati kek itu. Wajah lelaki yang sedang tersengih di hadapannya itu dicerlung tajam. Dengan selamba, lelaki itu duduk dihadapannya sambil menayangkan riak sinis pada wajah kacak itu. Aurora mendengus kuat. Menyampah betullah!
"Kau tak payah sibuk la. Pergi main jauh-jauh sana. Jangan kacau aku!" Aurora menjeling tajam.
"Eh kau halau aku pulak? Patutnya aku yang halau kau."
Dahi Aurora berkerut.
"Eh Pahal pulak kau nak halau aku? Ni bukan kafe bapak kau. Sukati aku la nak halau kau ke, nak marah kau ke nak tengking kau ke. Ade aku kesah? Shuhh shuhh pergi sana." Halau Aurora sambil tangannya mengisyaratkan pada lelaki itu supaya pergi dari situ. Lelaki itu tersenyum sinis. Aurora menjeling menyampah. Tak habis habis nak sengih sinis. Macam hensem sangat!
"You didn't know me well, Aurora."
"Why I have to know you? You are nothing. " tercebik Aurora mengejek lelaki itu.
"Wow berlagaknya..." Lelaki itu menyandarkan tubuhnya pada kerusi. Matanya tajam menikam mata Aurora yang juga tidak mahu kalah.
"Maafkan saya bos, bos nak makan apa-apa tak?" Seorang pelayan datang pada mereka sambil mengeluarkan satu kertas kecil dan sebatang pen. Dia memang sudah terlatih bila majikannya datang ke kafe itu, mereka perlu melayan majikan mereka dengan baik.
Aurora tercengang mendengar panggilan dari pelayan lelaki di hadapannya itu. Bos? Siapa? Lelaki yang berlagak ni ke?
"Iced latte" jawab lelaki itu dengan tenang. Pelayan itu hanya mengangguk lalu beredar dari tempat mereka.
"Well, I heard that soon you're getting married."
Aurora menjeling geram. Mana lelaki ni tau.
"Where do you know about this, Tengku Kasyaf Iman? Did you stalk me?" Kata Aurora dengan geram. Kedudukannya juga diubah ingin menyelesakan dirinya.
"I'm not stalk you but I know everything about you."
"Erghhh! Whatever.." Aurora mengulingkan matanya ke atas. Melayan lelaki gila seperti dia buat sakit hati je.
"Anyway, congrats on your wedding, Aurora. Hope you like it." Sinis senyuman Kasyaf melihat reaksi wajah Aurora yang memandangnya tajam. Tahulah dia yang wanita itu tengah berapi sekarang ini. Tapi dia kesah apa. Janji dia puas dapat kenakan wanita itu.
"Gila!" Aurora meninggalkan Kasyaf disitu. Keknya yang masih berbaki sedikit ditinggalkan begitu sahaja. Dengusan geram kedengaran dari mulut Aurora. Giginya diketap sambil cuba menahan Kesabarannya. Sengaja je lelaki itu kan. Entah apa niatnya kali ini.
YOU ARE READING
Dear Mr Annoying
RomanceDia handsome, Dia gentleman, Dia romantik, Dia Baik, Dan dia Annoying!! ________________________________ "Dalam banyak banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti aku jumpa kau? Erghhhh annoying!"- Syafa Aurora "Sebab jodoh kita kuat. Macam tarikan...