Aurora mengeluh lemah. Hari ini, rombongan meminang dari pihak lelaki akan datang ke rumahnya. Dan dia nekad, hari ini dia akan berkata jujur. Dia akan menolak lamaran itu.
Peha Aurora ditepuk lembut oleh Puan Suraya memandangkan anaknya tadi mengelamun panjang. Wajah cantik manis anaknya dipandang bersama senyuman manis. Dia tahu apa yang bermain di fikiran anaknya.
"Lupakan je hasrat kamu tu untuk tolak lamaran ni. Diorang datang bukan sekadar meminang je, tapi hari ni juga akan jadi majlis pertunangan untuk Syaf."
Mata Aurora membulat tidak percaya. Dalam hati dia menahan geram dengan segala kehendak mamanya yang dia perlu turuti tanpa perlu membantah.
"Ma..Apa ni? Ni dah kira melampau tau. Mama tak kesian ke dengan anak mama ni? Dah la pasangan lelaki Syaf langsung tak kenal. Lepastu mama dengan mudahnya lepaskan anak dara mama yang cantik ni pada anak dia. Mau dibuatnya lepas kahwin nanti dia dera Syaf macam mana? Anak mama yang merana tau bukannya mama!" Aurora melepaskan geramnya pada Puan Suraya. Mahu dimarah, dia adalah ibunya. Mahu ditengking, jadi anak derhaka pula. Jadi, hanya rungutan tidak berpuas hati sahaja yang mampu diluahkan pada ibunya.
"Syaf..Mama tahu apa yang terbaik untuk anak mama. Mama tak nak Syaf kecewa lagi."
"Mama tak nak Syaf kecewa? Tapi sekarang mama dah buat Syaf kecewa, tahu tak?!"
"Ini untuk kebaikan Syaf, sayang. Mama tak nak kamu ingat dia lagi. Lupakan dia."
Aurora menangis tersedu sedan. Air mata yang lebat keluar dikesat dengan kasar.
"Kalau itu yang mama nak, fine! Syaf akan ikut. Tapi mama jangan menyesal kalau perangai Syaf seratus peratus berubah."
Sebaik sahaja Aurora habis berkata, pintu bilik terkuak dari luar. Terjengul wajah adik perempuannya, Syaqira Aufah yang manis berbaju kurung sama seperti kakaknya. Wajahnya jelas terkejut saat memandang wajah kakaknya yang seperti baru lepas menangis. Kemudian, wajah ibunya dipandang dengan kerutan di dahi.
"Err..rombongan lelaki dah sampai. Kenapa Angah menangis tu, ma?" Aufah menuding jarinya pada Aurora. Aurora pula menjeling adiknya.
"Jangan sibuk hal aku. Pegi sana!" Aurora menghalau adiknya dengan kasar. Aufah mencebik geram.
Puan Suraya hanya mampu menggeleng. Masak sangat dengan perangai Aurora.
Peha Aurora ditepuk lembut. Kemudian, Puan Suraya pergi meninggalkan Aurora keseorangan di dalam bilik. Nampaknya, dia perlu berhadapan dengan bakal besannya.
Puan Suraya mengamati satu persatu wajah yang bertandang ke rumahnya. Wajah sahabatnya dipandang bersama sebuah senyuman. Nak diluahkan tentang penolakan lamaran anaknya, rasa macam tak sampai hati pula.
"Assalamualaikum, Suraya..."
"Waalaikumussalam" senyuman manis terukir di bibir Puan Suraya. Punggungnya dilabuhkan di sebelah suaminya.
"Macam mana? Masih nak teruskan ke majlis kita hari ini?" Soal Tengku Kamelia pada Puan Suraya. Puan Suraya memandang suaminya. Encik Ramli juga memandang isterinya. Masing masing berbalas pandangan.
"Kami akan teruskan." Tutur Encik Ramli dengan yakin. Saat itu juga, Aurora mengetap bibirnya menahan geram dan sedih. Ibu bapanya memang tetap akan teruskan majlis ini. Dan dia tiada pilihan selain terima.
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Kasyaf merenung gambar perempuan cantik yang sudah selamat menjadi tunangannya hari ini. Gadis yang cantik memakai baju kurung itu membuatkan senyumannya terukir di bibir.
"Kecil je dunia ni...tak sangka, kau dah jadi tunang aku." Tutur Kasyaf perlahan. Gambar yang dihantar oleh mamanya direnung dengan tajam seolah olah dia berada di depannya.
Kasyaf tersengih sendirian. Mesti kelakar reaksi muka dia bila dapat tahu bahawa dia adalah tunangan kepada gadis itu.
Kasyaf bersandar tenang di kerusi yang terdapat di kafe itu sambil matanya menerawang ke arah pengunjung yang kini telah menarik minatnya. Kasyaf tersengih jahat. Punggungnya diangkat lalu tubuhnya dibawa menuju ke arah pasangan yang paling dikenalinya itu sedang duduk di hujung sudut kafe itu.
"Wow! Love bird..Tak sangka kita berjumpa di sini. Keciknya dunia. Hmm" Kasyaf melabuhkan punggungnya di sebelah Abangnya, Adam tanpa menghiraukan pandangan maut dari abangnya. Perempuan yang berada di hadapan Adam itu dipandang dengan meluat. Riak wajah wanita itu kelihatan seperti takut serta resah.
"Well, tak sangka kita berjumpa lagi, Humaira Saffiya. Apa khabar?" Soal Kasyaf sekadar berbasa basi dengan wanita itu. Huluran tangan Kasyaf disambut dengan teragak agak. Senyuman sinis dari Kasyaf meresahkan hatinya. Ya! Dia kenal lelaki di hadapannya ini. Inilah lelaki yang pernah diceritakan Aurora tempoh hari. Lelaki yang annoying!
"Kau buat apa kat sini?" Soal Adam dengan kasar.
"Kau tanya aku buat apa kat sini? Patutnya aku yang tanya kau. Aku kat sini pun sebab sini tempat lepak aku dari dulu lagi." Ujar Kasyaf sengaja ingin mengenakan abangnya. Adam mengetap rahangnya sehingga jelas kedengaran giginya berlaga.
Kasyaf tersenyum senget. Tahu sangat abangnya sedang dalam keadaan marah.
"Well, memandangkan korang dah ada kat sini, aku nak tanya sikit ni." Kasyaf menyelesakan kedudukannya menghadap abangnya dan Humaira Saffiya.
"Korang bila nak bertunang ni? Eh salah. Nak kahwin. Tak manis orang tengok korang asyik keluar berdua je." Ujar Kasyaf sengaja. Keningnya diangkat gaya mengejek pada abangnya di sebelah.
"Kau tak payah sibuk la." Balas Adam dengan bengang. Air minuman yang masih berbaki sedikit dihirup dengan rakus.
"Aku bukan nak sibuk. Aku cuma nak bagitau yang aku dah bertunang. Dan mungkin dua minggu lagi kami akan berkahwin." Sengaja. Kasyaf memang sengaja mengenakan abangnya dan perempuan itu.
Humaira Saffiya memutar bebola matanya ke atas. Betullah apa yang dikata oleh Aurora. Dia memang annoying! Menyakitkan hati orang!
"Cuba la jadi macam aku. Rembat sampai dapat. Tengok hasil dia. Orang lain yang gigit jari. Siapa suruh curang belakang dia. Kalau dia dapat tahu, aku tak tahu la apa reaksi dia." Sekali lagi, Kasyaf mengeluarkan ayat yang menyakitkan hati abangnya. Nafas Adam turun naik menahan amarah dan geram di dalam hati.
"Lebih baik kau blah sebelum muka kau aku tumbuk. Aku masih ada tahap kesabaran lagi ni." Tangan Adam dikepal membentuk penumbuk. Kasyaf langsung tidak menunjukkan riak takut, sebaliknya riak teruja serta matanya yang membulat itu menjadi pandangan Humaira Saffiya.
Humaira Saffiya menggeleng.
Memang betullah kata kau, Aurora. Dia memang annoying!
YOU ARE READING
Dear Mr Annoying
Lãng mạnDia handsome, Dia gentleman, Dia romantik, Dia Baik, Dan dia Annoying!! ________________________________ "Dalam banyak banyak lelaki dalam dunia ni, kenapa mesti aku jumpa kau? Erghhhh annoying!"- Syafa Aurora "Sebab jodoh kita kuat. Macam tarikan...