"The types of murmur..." Bisik Azri perlahan. Tersengih sendirian melihat nota tulisan tangannya sewaktu zaman universiti. Nota kecil itu terjatuh dari buku2 teks perubatan yang mahu dimasukkannya ke dalam kotak. Azri selitkan sahaja kembali ke dalam buku itu. Disusun satu persatu ke dalam kotak.
Pinggangnya terasa sakit kerana berdiri terlalu lama. Azri mengeluh, menggeliat. Terasa letih. Terus dia duduk atas lantai, diambil telefon bimbitnya dalam poket seluar.
Ada 9 panggilan tidak dijawab. Azri ketap bibir. Cepat2 dihubungi kembali nombor itu.
"Assalamualaikum kak long. Maaf sangat2. Azri tengah berkemas ni kak. Sikit lagi habislah. Mungkin esok pagi Azri gerak ke sana. Tak laratlah."
Perbualan diteruskan beberapa minit. Berbincang tentang perpindahannya ke tempat kerja baru.
"Okey kak. Jumpa nanti."
Azri hembus nafas perlahan. Terngiang suara akaknya, Melisa.
"Akak dengar macam macam cerita sejak kes tu. Kau buat taktahu sajalah. Dah memang makhluk ghaib ni ada. Kau pun dah biasa kan."
"Kau tu kalau stres tempat kerja baru jangan kau terfikir nak terjun bangunan pulak tau! Nyawa tu." Seloroh Melisa.
Hampir tiga minggu yang lalu, Azri dapat tahu dia akan ditukarkan ke hospital di Kuala Lumpur setelah tamat tempoh latihan doktor siswazah. Hatinya terasa lega kerana dari segi kos tempat tinggal, dia tidak perlu runsing. Dia boleh menumpang di rumah Melisa buat sementara waktu.
Cuma,
Apa yang dia runsingkan... mengenai kisah seram di hospital itu. Hospital yang masih dikira baru namun sudah banyak cerita cerita kurang enak tular di laman sosial semenjak kes bunuh diri yang mengejutkan satu negara.
Azri teringat sesuatu.
"Benda Encik Azri ada ni ialah satu keistimewaan. Cuma Encik Azri kena kuat semangat."
Dia geleng kepala, bingkas bangun. Mahu cepat mengemas. Esok pagi, dia akan menuju ke Kuala Lumpur. Lusa, dia akan menghadapi suasana kerja baru. Menghadapi, sesuatu yang dia sendiri pasti tidak pernah jangkakan.
YOU ARE READING
Tingkat 12
Mystery / ThrillerSeorang doktor muda baru berpindah ke sebuah hospital yang popular kerana kes bunuh diri seorang doktor pelatih. Namun, kehadirannya membongkar satu rahsia yang tidak disangka-sangka.