3

59 3 0
                                    

"Beli handphone baru?"

Nada suara Azri sedikit tinggi. Dia terperanjat. "Memang tak boleh baiki ke?"

"Ini screen rosak kalau mahu repair pun rugi maaaa. Lebih 500 , better you beli baru sekarang under 1k dah dapat handphone best maaa."

Azri terdiam. Diminta telefonnya semula. Termenung.

"Kalau kerja doktor, alang2 beli phone bagus terus."

Azri toleh. Memandang seorang wanita cina di sebelahnya. Termenung seketika pandang wajah itu.

Wanita itu ketawa kecil. "Tu saya tengok keychain stethoscope kat kunci kereta awak. Saya agak je awak kerja doktor."

Azri angkat kening. Senyum sedikit. "Itulah. Banyak nak pakai untuk kerja ni. Harini pulak dia buat hal. Pening kepala."

"Hospital mana?"

Azri pandang wajah itu lagi. Rasa tidak selesa untuk memberitahu. "Oh saya tengah cuti. Saya kerja dekat Perlis." Katanya perlahan. Berdehem.

"Okeylah saya pergi dulu." Cepat2 Azri matikan perbualan.

Azri mengeluh. Teringat perbualannya dengan wanita itu di pusat membeli belah tengah hari tadi.
Di tangannya ada smartphone baru.

"Macam2 hal lah harini.." Gumamnya dalam hati. Kedengaran pintu biliknya diketuk, Melisa kelihatan di muka pintu.

"Dah habis kau kemas? Mana phone baru?"

Azri serahkan pada kakaknya. Bangun dari katil. "Malas la nak kemas buku2 tu. Biarkan dulu."

Melisa sekadar mengangguk. Fokusnya lebih pada telefon baru itu. Azri mengambil tuala dalam almari. Memandang Melisa, mahu tanya sesuatu.

"Kak."

Melisa pandang wajah adiknya. Angkat kening.

"Kes Hani Izara tu... Akak salah satu pegawai yang investigate kan?"

Melisa kerut dahi. "Kenapa kau tanya? "

Azri diam. Pandang wajah kakaknya. Dua2 diam seketika.

Melisa bangun. "Kan akak dah kata kau jangan fikir macam2. Nanti mengigau pulak. Oh by the way, kau ada nampak apa2 tak kat rumah akak ni?"

Azri sengih. Geleng kepala. "Mintak jauhlah kak. Dahlah Azri nak mandi. Kejap lagi Azri turun makan."

Melisa angguk. Berlalu keluar.

Azri membuka lipatan tuala itu. Dibuka pakaiannya. Dimasukkan dalam bakul pakaian kotor. Tiba2 dia teringat sesuatu. Laju langkahmya menuju ke bakul itu, diambil seluar jeansnya itu. Mengambil sesuatu di dalam poketnya.

Azri merenung karung coklat itu. Belum sempat dia mahu buka ikatan itu, suara Melisa dari bawah kedengaran.

"Adik! Cepat sikit mandi, nanti makanan sejuk!"

Azri diam sahaja. Menuju ke meja kerjanya. Disimpan karung itu dalam laci. Menuju ke bilik mandi.

"Mungkin next time kalau aku jumpa lagi lelaki tu boleh bagi lah. Tapi... Muka dia pun aku tak nampak."

Tatu.

Langkah Azri terhenti. Ya.. Dia teringat tatu kecil di belakang leher lelaki itu. Tatu berhuruf H.

To be continued.






Tingkat 12Where stories live. Discover now