Azri mengurut belakang lehernya. Terasa letih. Banyak kemasukan baru petang tadi. Dia toleh ke arah doktor pelatih di sebelahnya.
"Patient bed 15 tu saya dah start maintenance ye. Monitor hematocrit, platelet 4-6 hourly. ABG(arterial blood gas) and urine output sekali. Kalau ada signs of shock lagi, call saya. Saya dekat bilik on-call."
Doktor itu mengangguk. Wajahnya juga keletihan. Diteruskan kerjanya menaip data pesakit.
Azri bangun. Ditepuk sekali bahu kanan doktor pelatih lelaki itu. Dia tahu wajah itu. Wajah kepenatan. "Good job tolong saya resuscitate patient tadi."
Diambil stetoskopnya, gantung di leher. Sempat melirik pada jam di dinding. 1.35 pagi.
Azri keluar dari wad itu. Menuju ke arah lif. Mahu turun ke bawah, beli kopi. Dipejamkan matanya seketika. Beberapa saat yang berharga.
Ting!
Pintu lif terbuka. Perlahan langkah Azri menuju ke mesin kopi segera itu. Dimasukkan duit dan ditekan gambar kopi yang dia mahu. Ditoleh pada bangku panjang di sebelah. Azri duduk. Hirup kopi panas itu. Sambil merenung lantai.
"Macam mana hari ni?"
Azri sedikit terperanjat. Mujur tidak tertumpah airnya. Dia toleh.
Ling tersenyum. "Lama saya berdiri beli air ni. Langsung awak tak perasan. Jauh termenung. Ingat orang kat Perlis ke?" Ujarnya sambil duduk jarak jauh sedikit sebelah Azri.
Azri berdehem. "Sorry.. I just tak suka orang tanya I kerja mana. Sort of emmm confidential." Perlahan dia jawab. Dihirup lagi kopinya.
"Medikal?" Tanya Ling.
Azri mengangguk. "Berapa lama dah MO kat sini?"
"A year plus older than you."
Dua2 diam seketika.
"So you were here... Masa kes tu?"
Ling pandang Azri, "Hani Izara?"
Mata mereka bertentang. Cepat2 Azri alih pandangan. Mengangguk lagi.
"Ada. In fact, dia baru 1 week masuk posting Psychiatry. All I can say.. I pun still terkejut. Dia... She's a nice girl." Ling mengeluh.
Azri ketap bibirnya. Suasana sunyi lagi.
"By the way, I got a call from ED tadi. I kena assess new admission. SLE(Systemic Lupus Erythematosus)." Ling bangun. Buang cawan kertas dalam tong sampah.
"Psychosis?"Tanya Azri.
"Aggressive behaviour." Jawab Ling sambil melihat telefon nya. "And I think, I knew this girl." Dipandang wajah Azri sekilas. "I pergi dulu." Bergegas dia pergi.
Azri sekadar memerhati. Dia juga bangun. Mahu ke bilik on call. Menaiki lif.
Ditekan butang 5. Azri memerhati nombor2 itu satu persatu. Dan matanya terhenti pada nombor terakhir.
Nombor 12.
Pintu lif terbuka. Namun Azri masih berdiri di situ. Membiarkan pintu lif tertutup semula. Ditekan butang 12.
Ting!
Azri berdiri sahaja. Tidak juga melangkah keluar. Terlihat satu kertas yang ditampal pada tiang di ruang menunggu,
"Kerja kerja baik pulih sedang dijalankan. Harap berhati hati. Segala kesulitan amat dikesali."Ditekan butang 5. Dia mengeluh. Teringat peristiwa pagi tadi. Entah mengapa, dia terbayang wajah itu .
Wajah Hani Izara.
YOU ARE READING
Tingkat 12
Mystery / ThrillerSeorang doktor muda baru berpindah ke sebuah hospital yang popular kerana kes bunuh diri seorang doktor pelatih. Namun, kehadirannya membongkar satu rahsia yang tidak disangka-sangka.