2

71 5 0
                                    

Azri keluar dari kereta. Melihat kiri dan kanan sambil memasang stereng lock. Terasa penat mencari tempat kosong di kawasan parkir dalam kereta, akhirnya dia ambil keputusan untuk parkir kereta di kawasan rumah flat lama berdekatan hospital.

Esok dia akan melapor diri dan mula bekerja sebagai pegawai perubatan di wad medikal. Harini dia sahaja mahu meninjau kawasan.

Sambil berjalan, Azri membuka telefon bimbitnya. Membaca satu persatu pesanan Whatsapp.

"Kau tu Azri elok2 oncall sorang2 nanti. Hahaha"

"Orang kata beberapa kali nampak bayang dia dekat area dia jatuh tu."

"Aku dengar cerita pengarah hospital nak bukak balik kan tingkat 12 tu. Patient makin ramai. Bed tak cukup lah tu."

Azri kerut dahi. Tingkat 12? Dia hanya mengeluh. Jujurnya, dia tidak ambil tahu sangat mengenai kejadian bunuh diri seorang doktor pelatih hampir setahun yang lalu di hospital itu. Apa yang dia tahu, mangsa juga merupakan seorang yang popular di media sosial.

"Ni aku share link kot korang berminat nak baca kes Izara ni. Lagi2 untuk member kita Azri. Hahaha"

Azri tekan pautan ke satu web yang dikongsi itu. Terasa seperti mahu ambil tahu walaupun sudah setahun kes ini berlalu. Satu kes yang menjadi buah mulut dalam kalangan kawan2 sekerjanya dahulu, sebagai doktor pelatih. Sejak kejadian itu, semakin banyak seminar dan kempen berkenaan kesihatan mental diadakan melibatkan doktor2 pelatih seluruh negara.

"Hani Izara- Tekanan perasaan atau kemalangan?"

Terpampang tajuk utama artikel di laman web tabloid itu. Diikuti beberapa wajah mangsa- Hani Izara.

Azri tenung wajah itu. Timbul rasa kasihan dalam hatinya. Orangnya cantik, bertudung. Azri mengeluh. Diteruskan bacaannya.

"Pada 18 Disember 2017, media sosial digemparkan dengan pemergian Hani Izara yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri. Hasil pemeriksaan mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan konsisten dengan kecederaan jatuh dari tempat tinggi."

"Hani Izara merupakan seorang model muslimah dan cukup aktif dalam laman sosial, berkongsi mengenai kehidupannya ketika bergelar pelajar perubatan dan seterusnya berkongsi tips mengenai kehidupan sebagai doktor pelatih."

"Hasil siasatan polis menunjukkan tiada sebarang perkara yang mencurigakan di tempat kejadian. Polis membuat kesimpulan hasil daripada temu bual dengan rakan sekerja, beberapa ahli keluarga dan bukti dari laman sosialnya bahawa Izara sedang mengalami tekanan perasaan selama beberapa bulan sebelum kematiannya, berkemungkinan dari kematian ibunya juga bebanan kerja."

"Walaubagaimanapun... Terdapat beberapa perkara yang masih menjadi tanda tanya netizen. Termasuklah:

1. Peminat misteri.
Beberapa post di laman twitternya sebulan sebelum meninggal dunia kerap mengatakan seperti rasa dirinya diekori - "Perasaan aku ke atau memang rasa macam ada orang perhatikan aku lately ni. Especially kat carpark. Stress pulak rasa." 
Tidak cukup dengan itu, Izara juga pernah memuat naik beberapa gambar sampul2 surat yang diselitkan di pintu keretanya dalam laman Instagram beserta caption- "Takde nama pengirim tapi isi surat ni makin melampau... Entahlah, done buat laporan polis harini. Serabut."

2. Tertekan tapi tidak ketara.
Kehilangan ibu yang disayangi menjadi titik perubahan Hani Izara. Beberapa status di laman sosial rakan2 sekerja mengatakan Izara kelihatan kurang berbual dan lebih serius namun masih menjalankan kerja seperti biasa. Berikut ialah status Facebook teman baiknya- "Kadang2 orang yang tak kenal arwah cakap seolah2 macam diaorang lah hari2 tengok dia. Aku kenal Izara, stres macam mana pun dia, dia akan istighfar and calm down. Yes, dia lain sikit couple of months before she passed away but dia masih buat kerja dia as HO yang bagus. Siapa je tak sedih bila ibu meninggal. Orang sibuk kaitkan dia stress sebab HO. Come onlah, semua orang suka dia kot, sebab arwah sangat efisien buat kerja and dia selalu cakap dengan aku dia tak faham kenapa HO nak merungut itu ini. Stop saying this and that like you knew her. Just stop!"

3. Misteri kehilangan kerongsang.
Dijangka sejam sebelum kejadian itu, Izara sempat memuat naik gambar kerongsang milik arwah ibunya. Beberapa gambar di laman sosialnya juga kerap menunjukkan dia memakai kerongsang itu. Walau bagaimanapun, polis tidak berjaya menjumpai keronsang tersebut baik di tempat kejadian, barang peribadi atau di sekitar hospital.

Klik di bawah untuk melihat gambar keronsang tersebut.

"Aduh!"

Telefon bimbit Azri terlepas dari genggamannya. Jatuh atas jalan. Tidak sempat dia mahu menekan pautan tersebut. Azri menepuk nepuk bahunya. Menoleh ke arah lelaki yang melanggarnya tadi. Namun lelaki itu tergesa-gesa berlari. Menjauh. Hanya dapat melihat belakangnya sahaja.

Azri geleng kepala. Tunduk mahu mengambil telefonnya. Dia kerut dahi.  Ambil sekali satu karung coklat kecil tak jauh dari telefonnya.

"Apa benda pulak ni?"  Tanyanya seorang diri sambil cuba membuka telefonnya. Namun, tidak boleh. Gelap sahaja skrin. Tiada apa yang terpapar. "Aduh mamat ni! Habis telefon aku!"

Azri merungut sendirian. Hasratnya untuk melawat dalam kawasan hospital terhenti. Terus berpatah balik ke kereta.

Karung coklat itu tanpa sedar dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

To be continued....

Tingkat 12Where stories live. Discover now