4

55 2 0
                                    

Ling mendail semula nombor itu. Laju langkahnya menuju ke wad. Dia agak lewat pagi ini. Panggilannya dijawab.

"Ya, sorry. I punch card tadi. Okay, you sambung case tadi."

"Ok, so besides calling himself Tan Sri, and said he's rich like super rich , for past 2 days nurses kept complaining dia tak tidur malam. Dia akan panggil nurse yang oncall untuk sembang dengan dia. Tapi langsung nampak tak letih. I ada jumpa dia malam tadi untuk clerk. I can say he got flight of ideas. And main problem kurang tidur ni actually has been going on for past 6 months as well as risky behaviour and increased goal directed activities. Cuma yang grandiose tu je macam baru. But I dapat rough history je. I dah key in, nanti you tengok data dia okay."

"You dah betul2 check background dia kan? Memang betul bukan Tan Sri? No psychotic symptoms or depressed mood kan?"

Suara di talian sebelah berdehem. "Of course I dah check betul2. Although dia run business sendiri but dia takde any special title. Cukuplah kes MO serkap jarang haritu. No both symptoms you mentioned. Doesnt look like delirium either."

"All right. 55 years old single gentleman, underlying diabetes, day 3-post right BKA(below knee amputation) complaint of decreased need of sleep for past 6 months. Okay, I'll update masa ward round. Thanks tau."

Talian dimatikan. Fokus Ling beralih pada pesanan Whatsapp pula. Sempat ditekan punat bersimbol naik di lif itu. Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka.

Mereka bertentang mata.

Azri terkedu seketika. Melirik wanita itu atas bawah. Cepat2 dia alihkan pandangan. Berjalan keluar dari lobi lif menuju ke kafe. Langsung tidak menoleh ke belakang.

Ling angkat kening. Menoleh sekejap. Cuba untuk mengingat wajah lelaki tadi sambil melangkah masuk ke dalam lif.

"Oooo kerja kat Perlis ye Dr?" Ujarnya dalam hati. Dia ketawa. "Takpe2, hospital ni kecik je." Ling geleng kepala. Kembali melihat pesanan Whatsappnya.

Langkah Azri terhenti. Kemudian berjalan perlahan. Memikirkan sesuatu. Terbayang nama pada tag yang tergantung di leher wanita tadi.

"Dr Ling. Psychiatric department..."

Azri tepuk dahi. Terasa malu dengan penipuannya semalam. Tidak dia menyangka wanita yang dia jumpa semalam bekerja bawah satu bumbung dengannya.

"Ah lantak. Siapa suruh dia menyibuk tanya aku kerja dekat mana. Nasib wad lain." Katanya dalam hati.

Selesai makan pagi, sekadar sandwich dan secawan kopi panas, Azri mahu naik semula ke wad. Sempat melihat lif di lobi utama. Agak sesak.

Dia beralih arah, menuju ke lif kakitangan. Kebetulan pintu lif terbuka. Cepat2 dia masuk sambil melihat telefonnya. Langsung terlupa untuk menekan tingkat yang mahu dituju.

Ting!

"Tingkat 12... Tingkat 12..." Suara automatik kedengaran. Azri mengalihkan pandangan pada pintu lif terbuka. Baru sedar, dia lupa tekan punat 10. Tiga orang wanita masuk. Azri melirik sekilas. Staff tukang cuci. Bersama satu troli barang2 untuk mencuci.

Dia tekan punat tutup. Tekan nombor 10. Menoleh ke sebelah. "Makcik nak pergi tingkat berapa?"

"4 Dr. Terima kasih."

Ditekan nombor itu. Sambil angguk dan senyum. Tapi, Azri kerut dahi. Toleh ke belakang, kemudian ke arah kedua2 wanita itu. Dan pintu lif pun terbuka.

"Tingkat 10... Tingkat 10..."

Wajah Azri bingung. Dia melangkah keluar. Sempat melihat ke dalam lif itu lagi. Terbayang sesuatu.

"Bukan 3 orang ke yang masuk tadi?" Soalnya dalam hati.

Azri mengeluh. Istighfar. Teringat pesanan ustaz yang dijumpainya tempoh hari.

Tanpa dia sedar, ada mata yang memerhatikannya beberapa langkah dari belakang. Perlahan mengikuti langkahnya.

To be continued

Tingkat 12Where stories live. Discover now