5

49 3 1
                                    

"Kes Hani Izara tu... Akak salah satu pegawai yang investigate kan?"

Melisa ketap bibir. Suara adiknya kerap berulang dalam minda sejak semalam. Diletakkan pen itu atas meja. Fokusnya terhenti.

"Ini laporan yang saya dah buat setakat ini, Tuan. Siasatan lanjut akan dijalankan mengenai lelaki yang kita suspek mengekori mangsa hampir sebulan sebelum mangsa disyaki membunuh diri. Juga kita masih menunggu kenyataan dari seorang yang mungkin menjadi saksi kejadian."

Lelaki di hadapannya itu mengangguk. Diselak satu persatu laporan itu. "Saya dapat arahan dari orang atas kes ni dah boleh tutup. Tak perlu teruskan lagi. Kita boleh simpulkan sebagai bunuh diri akibat tekanan perasaan."

Sedikit terbeliak mata Melisa.  Rasa terperanjat yang tidak dapat diluahkan dengan kata2. Digenggam tangannya erat.

"Jujurnya saya pun tak faham kenapa kita diarahkan untuk tidak buat siasatan lanjut. Mungkin sebab mangsa ni dikira well known, terlalu banyak spekulasi dan rumours. Dan, tiada yang begitu mencurigakan mengenai kes ini. "

"Tapi ini bukan clear cut suicide Tuan. Contusion pada kawasan bahu mangsa very suggestive of grab marks. Mungkin ada saksi utama. Mungkin ini ... Homicide!" Nada suara Melisa naik sedikit. Nafasnya terasa laju.

Lelaki di hadapannya itu bangun. Mendekatinya. "Saya percaya pada instinct kamu. Tapi kita tak jumpa bukti lain Melisa. Kita tak ada rakaman cctv, kita tak ada fingerprint yang berkaitan dengan mangsa. Kita cuma ada..  teori."

Melisa tersedar dari lamunan. Dicapai telefon bimbitnya di dalam beg tangan. Membuat satu panggilan. Dilihat jam di tangannya. Pukul 6 petang. Dia lekas bangun, mahu berjumpa seseorang.

---------------
"Hani Izara? Doktor pelatih tu?"

Melisa angguk dengar pertanyaan rakannya itu. Diambil kerusi plastik di sebelahnya. Dia duduk.

"Dah setahun dah Mel. Kenapa kau tiba2 interested balik dengan kes tu?"

Melisa merenung wajah kawan baiknya itu. Diam seketika. "Amran, kau dulu pun setuju kan dengan aku, kes tu bukan macam kes bunuh diri?"

Amran memandang wajah serius Melisa. "Ya.." Jawabnya perlahan. "But the cause of death was polytrauma. No injury suggestive of previous suicidal attempts. No suicide notes. Dan pasal tekanan jiwa tu, aku pun tak pasti sejauh mana kebetulannya. But could be.." Amran berdehem. Kembali menaip di hadapan komputer. "Actually, inilah adalah salah satu kes yang aku pun tak pasti suicide ke homicide ke ..."

"Accident?" Melisa tiba2 bersuara.

Amran mengalihkan pandangannya pada Melisa seketika. "Maksud kau, overbalanced?"

Melisa geleng kepala. "Macam someone tertolak dia... Ataupun sengaja tolak.."

Giliran Amran pula geleng kepala. Meneruskan kembali kerjanya. Melisa mengeluh. Dirapatkan kerusinya bersebelahan Amran.

"Kau sendiri cerita dengan aku, secara fiziknya.. Based on horizontal distance mangsa, more suggestive of accident." Bisik Melisa perlahan.

"Memanglah active jump results in longer horizontal distance, tapi kau kena ingat tak semua suicidal jump , mangsa berlari dan terjun... Sometimes they just let themselves... fall." Ditenung wajah Melisa lagi. "Lagipun kau kena ingat, cuaca hari kejadian hujan lebat, faktor resistance , faktor rescue team dah alihkan badan mangsa. Itu semua anggaran kita."

Melisa tak puas hati. Diperhati buku2 teks di meja Amran. Ada satu buku yang menarik perhatiannya. Dibuka mukasurat yang sudah ditanda dengan penanda buku.

"In homicides, additional injuries may be present that cannot be explained by the fall alone like defence or offence ... Kau dengar ni offence injury.."

Belum sempat Amran mencelah, Melisa meneruskan bacaannya. "But they may also be absent if the victim was taken by surprise or perpetrator is physically stronger." Dibeliakkan matanya merenung mata Amran.

Amran ketap bibir. Diambil buku itu. Mencari satu perenggan lain. Berdehem. "Kau dengar ni pulak, falls from places where people do not normally go are highly suspicious of suicide."

"Dah tu, tanda dekat bahu dia tu?"

Amran terdiam. Dibuka cermin matanya. Diurut2 tengah dahi. "Kan aku dah kata, it is not recommended to date the age of contusion based on colour. To be honest, kita sendiri taktahu lebam tu ada kena mengena atau tak dengan kejadian tu." Kata Amran sambil menutup buku itu dan diletakkan ke tempatnya kembali.

"Dah.. Kau jangan kacau aku nak buat kerja. Call aku ingatkan nak bawak makanan." Ujar Amran.

Melisa menghembus nafas. "Sebenarnya, kes tu ... Kami diarahkan hentikan siasatan."

Amran berhenti menaip. Dipandang wajah Melisa. "Diarahkan?"

To be continued...

Tingkat 12Where stories live. Discover now