Bab 1: Pilu Malam Tahun Baru

12 0 0
                                    

Dua minggu di undur ke belakang.

Telefon meja di depan saya itu berdering. Saya angkat gagang, selepas tu saya langsung meletaknya kembali. Talian putus. Dalam cuma dua saat, dia berdering lagi. Saya putuskan juga dengan wajah muak. Celakanya, telefon itu masih berdering lagi untuk kali ketiga. Malas- malas saya angkat gagangnya, saya bawa ke telinga saya.

"Hello? Hello, Cik Suzana," Sapa orang di dalam panggilan tu.

"Boleh telefon nanti saja? Saya sibuk," Saya betul- betul tak ada hati nak melayan apa- apa panggilan telefon. Lagi pun entah dengan siapa saya bercakap ni. Ah, tak mahu tahu saya.

"Eh, nanti dulu Cik. Saya cuma nak bertanya. Macam mana dengan kiriman barang cik tu? Dah 3 minggu barang tu ada dengan saya. Cik kata mahu mengambilnya. Apa nak saya hantar semula ke pejabat pos?"

Saya kerut kening.
"Siapa ini?" Tanya saya.
"Ini Razali," Balasnya.

Saya terus picit pelipis saya. Razali, adalah budak yang ada menghubungi saya beberapa minggu yang lepas. Bilangnya, ada satu kiriman barang sampai ke rumahnya, di flat Bukit Gurney. Itu bekas rumah yang pernah saya sewa 3 tahun lalu. Macam mana dia boleh menghubungi penerima barang yang betul (iaitu saya), adalah sesuatu yang agak ajaib dan juga membebankan, menurut saya.

Katanya, dia bertanya kepada jiran- jiran sekitar mengenai alamat dan nombor telefon baru saya. Atas pilihan saya sendiri, sejak dahulu saya memilih lama untuk menjadi jenis orang yang tidak suka bermesra- mesra dengan jiran tetangga. Jadi saya sendiri tak pasti dari siapa sebenarnya dia mendapatkan nombor telefon saya. Atau mungkin, saya pernah memberitahu detail itu pada seseorang yang tinggal dekat situ, tapi saya terlupa atau mungkin juga saya memang melakukannya sewaktu saya sedanv mabuk dan tak siuman.

"Saya tak mahu simpan barang cik ini lama- lama. Entah ada apa dalam bungkusan tu. Saya tak mahu ambil risiko." Suara Razali takut- takut tambah curiga.
"Baiklah, petang nanti saya akan datang dan ambil barang tu," Kata saya cepat- cepat, malas mahu berbual lebih panjang. Talian mati dan saya kembali menyambung kerja saya yang menyebalkan tu.

*--------*

Sayang, aku sibuk. Nanti aku call semula.

Apa-apaan ini. Pesanan yang saya tunggu dari pukul 7 pagi tadi, cuma ada tiga potongan kata. Berbaur rejeksi pula. Apa pula yang tengah dihadapi lelaki ni. Saya scroll perbualan kami. Betul, saya cuma mengajak dia untuk makan tengahari, dan dia cuma akhirnya mahu membalas sekarang, pada pukul 3 petang.

Ya, sudah. Saya kira, mahu macam mana lagi. Sejak dia dinaikkan pangkat, masa yang dia ada untuk tanya bertanya khabar saya pun seperti sudah tak ada. Genap 2 minggu kami tak berjumpa. Jadi, kadang- kadang ini membuatkan saya rasa dia tak betul- betul komitmen dengan percintaan kami. Saya terus memikirkan tentang Genta dan diri saya sendiri sepanjang menunggu waktu untuk waktu pekerjaan saya habis.

Saya menghela nafas berat bila saya tengok rokok di tangan saya sudah pendek. Sisa asap tipis beralun naik menyentuh kubikel tandas pejabat yang kecil ni. Curahan air paip sinki di luar berbunyi, tandanya ada orang. Saya buang puntung rokok tu dalam lubang tandas, tarik pam air, dan duduk sekejap. 2 minit lepas tu baru saya keluar, sebab saya kira dah tak ada orang, tapi nyata saya silap. Ada 2 orang pekerja perempuan masih membelek- belek wajah di depan cermin.

Hidung mereka berkerut- kerutan. Mata mereka memandang saya macam baru memandang mutan. Saya abaikan. Saya basuh tangan cepat- cepat dan keluar dari situ.

*--------*

"Kau tahu kenapa kau ada di sini?" Suara Encik Bustamam datar, dan dia kelihatan cuba mengancam saya.

Karton (revisi) Where stories live. Discover now