Bab 9: Kiriman dari Kota Jati

6 0 0
                                    

"Hello. Selamat pagi, Cik Suzanne," Gambit di hujung talian. Suaranya bertenaga. Pukul 10 pagi dan saya masih merengkuh dekat atas katil dengan mata separuh terbuka.

"Selamat pagi." Balas saya malas malas, kemudian menunggu dia berbicara lanjut.

"Ha, Cik Suzanne, sudah dapat laporan keputusan DNA tu?"

Keputusan DNA? Saya langsung bangkit. Menuju ke tingkap. Menyasarkan mata saya ke kotak kiriman pos di pagar luar rumah.

"Oh, saya belum periksa. Nanti saya telefon kamu semula," Saya matikan talian, dan bergegas turun ke bawah. Saya capai kot dekat belakang pintu rumah dan memakainya. Cuaca sangat sejuk, dan hari ini hari yang mendung. Saya benci hari yang mendung.

Dalam kotak tu memang ada satu bungkusan surat yang pipih. Kiriman Hospital St. Noah. Saya menelan air liur. Rasa kelat dan basi, ini mungkin sebab saya belum gosok gigi, atau saya betul-betul gabra dengan keputusan laporan DNA tu.

Saya masuk kembali ke dalam rumah dan langsung mengoyak bukaan kiriman surat tu. Mata saya tak pernah seliar ini.

*------------*

  Membesar tanpa visi sosok jelas seorang bapa di dalam kotak fikiran saya tidaklah terlalu teruk bagi saya sendiri.
Tapi saya berhenti bertanya kepada ibu tentang lelaki bernama Affendi ini ketika umur saya sekitar belasan tahun, mungkin disebabkan saya sudah habis pertanyaan dan ibu saya sendiri yang tak gemar berbicara tentangnya.

Kenangan tentang lelaki bernama Affendi itu bersisa sekadar dengan seorang lelaki bertubuh tegap berseragam pejuang yang ada di foto kecil di dalam dompet ibu saya.

*----------*
Saya pandang manusia- manusia yang ada depan saya tu dengan hujung mata. Dalam ruangan pejabat utama Golden Tobacco tu, ada saya dan dua orang lelaki warga barat yang katanya pemegang saham terbesar syarikat, dan juga seorang wanita berwajah tajam dan bercermin mata. Dia seorang peguam.

"Jadi- apa yang saya akan dapat? Ladang tembakau tu milik saya?" Saya sendiri salah tingkah bila saya tersedar saya kedengaran macam orang gila harta, bila melontarkan soalan macam tu.

"Sepatutnya macam gitu-" Kata peguam wanita itu.

Saya pandang dua orang lelaki Kaukasia depan saya tu. Meminta penjelasan dengan pandangan mata.

"Begini Cik Suzana," Panggil salah seorang dari mereka. Rupanya mereka tahu berbahasa Melayu.

"Tuan Zack Gunawan sebenarnya sudah menjual hampir kesemua sahamnya kepada kami berdua, beberapa bulan sebelum dia disahkan menghidapi kanser," Pelat bahasa Inggeris mereka sangat melucukan.

Saya dekat situ macam dah dapat mendeteksi apa sebenarnya yang mereka nak cakapkan.
"Maksudnya?" Tapi saya masih bertanya kemudiannya. Gambit nampak serba salah.

"Cik Suzana tak ada hak lagi untuk menuntut pemilikan ladang tembakau tu, termasuk juga property yang lain. Seperti rumah agam, dan beberapa lot tanah kosong di sekitar Lembah Johannes." Kata Gambit .

Kedengaran macam lawak hambar dalam opera sabun.

"Tapi, bahagian Cik Suzanna selaku anak kandung mendiang Tuan Zack Gunawan masih ada." Sambung peguam wanita berkaca mata tu. Kening saya langsung terangkat sebelah.

"Masih ada?" Tanya saya. Kurios.
"Ya. Dalam bentuk wang pampasan. Ada dituliskan dalam wasiat Tuan Zack Gunawan. Nilainya hampir mencecah 200 juta dollar."

Astaga, jackpot!

*-----------*

Jadi mereka hantar empat buah bagasi hitam yang sebesar anak gajah ke rumah saya. Lepas mereka pulang, saya kunci pintu rumah baik- baik dan tutup semua tingkap. Saya duduk atas katil, merenung empat bagasi tu macam tetamu istimewa dan juga syaitan sekaligus. Saya rasa agak bagus, tapi juga sedikit takut. Mana taknya, mereka tetap bertegas untuk menghantar kepada saya wang tunai yang gila banyaknya ini.

Karton (revisi) Where stories live. Discover now