Bab 6: Memulai dari Sesuatu yang Hilang

16 0 0
                                    

Saya ingat semuanya.

Isi kata- kata dia kebanyakannya cuma merepek tentang seni. Saya memang tak faham langsung, tapi entah kenapa saya ingat semuanya. Bermula dengan satu titik, kemudian garisan, lingkaran, tektur, warna-warna hangat dan sesuatu mulai muncul di atas lantai, di bawah tapak kasut dia yang lusuh. Menjalar, kemudian merimbun, lalu dalam sekelip mata satu lohong terbentuk.

Itu lah dinding, itulah lantai- warna angkasa gelap dan sunyi. Cuma ada saya, dia dan cakap-cakapnya. Ada satu kali, dia bercakap pasal hal- hal peribadi. Katanya, dia pernah memelihara seekor kucing berbaka parsi, dan tangki air rumahnya yang kerap bocor. Maksud saya- kenapa dia menceritakan hal- hal yang tak berkoneksi langsung antara satu sama lain, dan kenapa saya boleh mengingatnya dengan santai?

Bila lohong hitam yang memeluk jasad kami tu hilang perlahan- lahan, barulah rumah pokok tu pun kembali terlihat dengan jelas. Kemudian, dia menghantar saya pulang ke rumah. Sejak itu semua ketidakwarasan saya tak muncul lagi.

Begitu juga dengan dia.

*--------*

Saya ingat lagi sewaktu sekolah rendah saya pernah berteman dengan seorang budak lelaki bernama Peter. Peter seorang yang bertubuh kecil dan matanya berwarna hijau muda. Sangat berlainan dari budak-budak sebaya yang berasal dari sini. Dia bukannya orang asing, fitur wajahnya seperti budak-budak kebanyakan cuma saja warna matanya yang menarik perhatian. Peter tidak bersekolah, tapi saya selalu menemukan dia di tepi pagar sekolah bersama abangnya yang berjualan snek dan aiskrim di situ.
Peter mahu berteman dengan saya kerana tak ada orang mahu berteman dengannya oleh kerana matanya yang aneh. Mungkin sama juga halnya dengan saya. Saya ingat lagi pada suatu hari saya membawa Peter bersiar-siar di kawasan perumahan saya. Saya mengajaknya melihat rumah Tuan Johannes.


*REVISI : TAMBAH DETAIL TENTANG

MASA LAMPAU SUZANA*

*--------*

Jalan Jambi.

Sibuk dan beraroma menyengat. Bau akrilik di mana-mana. Orang-orang berlagak seniman berlegar-legar di kiri kanan saya. Ada yang sibuk menarik pengunjung melihat lukisan mereka. Ada yang diam khusyuk melakukan sesuatu atas kanvas putih, melukis atau melakar atau mewarna entah, Saya tak tahu. Yang penting mereka nampak macam dihipnosis.

Seolah-olah, soul mereka tu tak berpaksi pada bumi nyata tapi berlegar-legar di satu dimensi lain. Itu adalah hipotesis saya.

"Cik, nak beli lukisan?" Seorang lelaki berbadan gendut mendekati saya dari kanan. Saya menggeleng.

"Ini cik, lukisan ni sesuai kalau diletak dekat dinding bilik tidur gadis-gadis macam cik.."

Saya ikut melihat lukisan yang ditunjuk oleh lelaki gendut tu. Lukisan bunga mawar warna merah. Klise betul. Dia ini nampak sangat seorang pelukis amatur yang kecoh mengaku darah seni mengalir dalam urat-urat dekat badan.

"Tak apa lah. Saya tak berapa gemar dengan warna merah." Balas saya, datar. Saya tipu dia, sebenarnya saya tak pernah membenci warna merah, tapi saya memang tak suka dengan bunga mawar.

Hah, saya tak akan pernah membongkar detail tentang kegemaran diri saya kepada sembarangan orang. Itu kan privasi besar.
Lelaki gendut tu kelihatan hampa sebelum mula menunjuk ke lukisannya yang lain dengan senyuman baru ke saya. Dia nampak sangat terdesak.

"Kamu kenal dengan orang yang namanya Jamal?" Saya dah mula rasa rimas dengan atmosfera dekat situ.

"Cik, yang namanya Jamal tu banyak dekat sini. Mahu Jamal yang mana. Jamal Romli, Raja Jamal, Ahmad Jamal, Jamal Von Wijck? Nah saya sendiri Jamal. Jamal Junaidi.

Saya melirik ke lelaki gendut tu. Sedikit lost. Mencari mana relevannya untuk menjawab soalan dia tu.

"Saya cuma tahu namanya Jamal saja-"
Lelaki gendut tu tiba-tiba membelahakkan ketawa. Saya jadi bingung dan mula rasa orang dekat sini memang semuanya otak sinting agaknya.

"Jamal saja? Cik biar benar?" Lelaki gendut tu menghabiskan sisa ketawanya.

"Dia ada sebuah rumah pokok di hujung jalan ni. Di atas bukit Gemalai sana. Itu studio lukisannya-" Selesai saya katakan itu, wajah lelaki gendut tu tiba tiba nampak tak senang. Saya mulai rasa aneh.
"Ada apa cik cari orang yang tinggal dekat atas rumah pokok tu?" Suaranya diperlahankan. Matanya berubah memicing, macam burung helang lapar.

"Kamu tahu pasal dia? Ke mana dia menghilang? Atau, bila dia akan balik ke rumah?"

"Tak ada orang yang tahu. Sebaiknya cik beredar dari sini dengan segera. Ini bukan tempat untuk orang macam cik."

Sial. Tiba-tiba dia menghalau saya pula.

"Apa kaitannya tempat macam ni dengan orang macam saya? Kata- kata kamu tu seolah kamu orang yang dah lama kenal saya. Apa maksud kamu sebenarnya?"
Lelaki gendut itu diam dengan matanya masih merenung saya tajam. Ah, dia tak tahu saya tak suka bila orang tak menjawab soalan saya.

Jadi, saya mula mengeluarkan dompet dari beg saya. Saya keluarkan 50 dolar dan saya hulur ke dia. Saya fikir cara ini pasti akan berhasil. Tapi lelaki gendut itu cuma merenung duit tu, kemudian matanya balik ke saya. Sejurus itu dia memusingkan badannya,membelakangkan saya, dan mula melangkah pergi. Saya agak terkesima. Jadi saya ikut dia dari belakang. Dia merejeksi wang saya! Kurang ajar.

"Kenapa kamu tak jawab soalan saya?"
Dia semakin laju. Saya cuba untuk berjalan lebih laju dan mula menyesal sebab memakai stilleto hari ini.

"Hey! Tunggu!" Bila saya menjerit agak kuat, dia akhirnya berhenti, dan kembali memandang saya. Nafasnya kedengaran berat.

"Apa yang cik cari tak ada dekat sini." Mata dia meliar ke sekeliling.

"Langit dah mula mendung. Baik cik pulang saja, bersihkan diri lepas tu kunci pintu rumah baik-baik. Sesuatu yang tak berapa menyenangkan mungkin akan datang nanti." Lelaki gendut tu langsung melangkah pergi. Saya dekat situ, terdiam, mencerna satu-satu ayat yang dia ucapkan tadi macam orang dungu. Sial lah. Jelas- jelas dia cuba mengkhuatirkan saya, dan saya rasa dia berhasil.

Karton (revisi) Where stories live. Discover now