Bab 10: Yang Sudah Kembali

5 0 0
                                    

Silau saya buka mata.

"Pada sebelah petang cuaca diramalkan mendung disusuli hujan ribut...."

Saya kurang dengar apa yang dikatakan penyampai cuaca di dalam televisyen tu seterusnya. Minda saya masih terpaut pada mimpi sialan tadi. Maksud saya- mimpi tentang bagasi wang 2.6 juta dolar, bom silinder dan............. Gambit. Gambit?

Prap!

Tiba- tiba semuanya mati. Sunyi. Televisyen itu dah terpadam. Begitu juga dengan lampu kalimantang di atas siling. Saya terkulat-kulat bangun dari pembaringan. Jam di dinding menunjukkan pukul 10 pagi. Melirik ke arah kotak suis utama. Bekalan eletrik terputus.

Saya lihat ke luar tingkap. Sebuah kereta Porsche hitam jet berhenti perlahan- lahan di hadapan pagar rumah saya. Bergegas, saya turun ke tingkat bawah dan membuka pintu.

"Cik Suzana," Sapa Gambit. Bajunya adalah kot hitam, kasutnya juga hitam, rambutnya juga hitam- seperti warna bulu burung gagak. Cuma tali lehernya berwarna merah.

"Saya dah cuba hubungi Cik Suzana, tapi tak dijawab. Cik Suzana, okay bukan?" Saya cuma mengangguk.

"Kejap lagi, mereka akan datang bawa wang pampasan cik tu. Cik jangan risau, saya dah arahkan pasukan keselamatan untuk kawal perjalanan mereka untuk sampai ke sini-"

"Jangan-" Potong saya. Mata sepet Gambit sedikit mengecil.

"Maksud cik?"
"Suruh mereka berhenti di simpang pertama sebelum sampai ke lorong tunggal menuju rumah saya-"

"Apa?" Gambit masih tak faham. Wajah tampannya berkerut seperti kulit limau.

"Saya nak mereka berhenti di simpang tu saja." Saya masuk ke dalam rumah, mencapai kunci kereta di sangkutan belakang pintu. Mata saya meliar mencari apa- apa yang saya boleh sarung di tubuh saya kerana cuaca di luar sejuknya terasa begitu liar. Saya sambar saja jubah tidur yang entah macam mana boleh ada di atas lantai ruang tamu. Jubah tidur itu berwarna merah wain. Gambit tergesa-gesa mengekori saya menuju ke arah kereta buruk saya.

"Tap- tapi, cik tak serius kan?"
Enjin kereta sudah saya hidupkan. Dari dalam dashboard, saya capai sunglasses dan saya pakai. Saya sentuh pangkal hidung sebelum memandang Gambit menerusi tingkap kereta.

"Saya akan ada di simpang tunggal tu," Kata saya cepat-cepat memandu keluar dari perkarangan rumah. Gambit terlihat berlari-lari anak mengejar punggung kereta saya sebelum menjauh.

*--------*

Saya merasa tidak aman.
Jadi, semalaman juga saya berjaga dan tidak boleh tidur. Saya cuma duduk di ruang tamu, malah jubah tidur merah wain yang saya pakai ini juga masih tersarung di tubuh saya- sudah dua hari. Rambut saya kusut masai dan lengas, mana saya terfikir langsung untuk mandi. Saya terlalu asyik mengenangkan apa yang ada di atas loteng rumah saya. Jam menunjukkan pukul 7:15 minit pagi, dan televisyen itu juga tak dipadamkan sejak malam tadi. Tiba- tiba pintu rumah saya diketuk. Bertalu- talu.

Tombol pintu saya pulas dengan cermat, dan saya tarik daun pintu dengan pantas.

"Selamat pagi,"

Tiba- tiba saya berharap saya tidak memakai jubah tidur merah wain yang sudah dua hari tak dilepas dari tubuh saya.

*---------*

Jadi dia datang dengan berbaju t-shirt hitam dan seluar jeans biru muda yang ada koyakan di kedua lutut. Rambutnya semakin panjang. Menyentuh bahunya yang lebar.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 05, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Karton (revisi) Where stories live. Discover now