Salam Pengenalan😎

504 6 1
                                    

Jam ku kerling sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Dengan mata yang berat nak ku celik seperti ada lori
10 tan pada kelopak mata ni, aku membiarkan sahaja mata tertutup sambil tanganku menolak pintu tandas yang sudah rapuh walaupun hanya menggunakan sebatang pen untuk aku “sendal” pintu itu sebagai kunci. Air di kolah ku siram secara perlahan dihujung kaki, “Urghhh” sejuk yang tidak dapat aku luahkan sehingga berdiri tegak segala bulu roma ku mahupun yang tersembunyi ataupun tidak. Sudah menjadi rutin harianku untuk mandi pagi dengan hanya satu nafas kemudian “Blushhhh DebushhhhHH BusHhhhHh” ( Macam Bunyi Air Terjun Yang Deras) haha.

Nama aku (Osman Sarbani bin Leman), orang kampung memanggilku Osman Scorpion, sangat menyegarkan bila mandi waktu pagi . Rambutku di biarkan gerbang begitu sahaja , kipas aku hala kan tepat ke muka dengan kelajuan lebih kurang (30 km/h) sambil memandang almari cermin arwah nenek aku punya,,Baju kemeja ku masukkan ke dalam dan Tali leher aku kemaskan , rambut di ikat dengan kemas..Tergerak mulut ini untuk bercakap pada diri sendiri sambil memandang cermin dengan angin kipas yang membuatkan diriku terasa di awang-awangan  ”Assalamualaikum Brader, Rock Jalan Teruss!!!” (sambil posing tangan tunjuk gaya rock) tanpa aku sedar ada sepasang mata di sebalik tirai langsir pintu bilik aku .

Mak :  “Haaa Man, Kau dah kenapa macam ni, interview mana ko nak pergi ni”

Aku:  “Alaa makkk, baru nak perasan sekejap, bagi la can sikit dekat man niii... Interview apa   nya mak, nak pergi ke kandang la kejap lagi ni.”

Mak: “Tak usah la kau berangan Man, cepat sikit, Ayah kau sudah tunggu lama tu dekat bawah.”

Aku: “Alamak mak gua ni, Bagi la gua eksyen kejap” omelku sendiri.

Aku adalah anak kepada seorang penternak lembu  yang bernama (Wak Leman) dan mak aku adalah (Fatimah). Walaupun, aku ada campuran darah jawa, tapi aku tidak pandai untuk bercakap seperti ayah aku, (Yang jawa tu bapak aku, Janji rockk).  Umur masih dalam status remaja@Bujang ( 23 Tahun) .Aku cemburu melihat kawan-kawan ku di kampung sudah berhijrah ke Bandar kerana menerima tawaran kerja di sana. Ermm pelik dan musykil, padahal bodoh nye sama je macam aku,, Mungkin rezeki aku cuma disini bersama lembu-lembu bapak aku. Cemburu melihat mereka berpakaian kemas, lagak seperti hero Tamil “Vijay” , jadi tak salah la, kalau aku juga boleh memakai kemeja yang “smart” untuk menjaga atau sekolahkan lembu bapak aku. (Tak tahu lah Smart ke tidakk).. Janji aku kerja yang halal sudah la, korang nak sibuk buat ape hahaha.

Macam biasa aku akan menunggang motor arwah atok aku (HONDA FAME) bersama bapak aku menuju ke kandang.

(contoh motor)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(contoh motor)

Ayah: "Haaa man, cepat sikit la, kan dah lambat ni"

Aku: “ Peluk Man Kuat2x yah,,,Wengggggg2x!!!!”, (lalu gear satu aku masukkan, ermm macam tu je perginya,,Tak laju punnnn!!,..hahaha)

Ayah: “Uwalahhh Bocah2x..seng orak2 lah dadi wong”…(Dia dah start dah speaking jawanye)..

Aku : “ Hahah gurau2 pagi ni yah,,,jangan lerr marahh”.

_________________________________

12.00 Tengah Hari

Matahari mula tegak di atas kepala, perghhh!! rasa berdesing kepala ni.

Azlan: “ Wak,,Osman dekat mana wak?” sergah si azlan sambil menggalas gitar kapok miliknya yang sentiasa di usung kemana sahaja.

Wak Leman: “ kok ye pun bagi la salam dulu , jangan sampai lembu wak ni yang bagi salam dekat ko nanti, aishh la budak ni,,osman tu kat belakang,,baru lepas cuci taik lembu” sambil tangannya menunjukkan ke arah belakang.

Azlan:”haha okay2 wak, cau dulu,,wak duduk la sini sembang dengan lembu,,saya jumpa Osman sekejap” lalu beredar si azlan dengan gelak tawa nya.

Aku memerhati saja si azlan yang baru sahaja tiba dengan gitar nya sambil menongkat basikal yang di bawa. Sudah menjadi rutin setiap hari si azlan akan berjumpa dengan aku di kandang lembu ini sambil berteduh  bawah pokok untuk mengajar aku bermain gitar.

Azlan hebat orang nya apabila dia bermain gitar, jadi tidak hairan lah kalau selama ini dia banyak ponteng sekolah untuk menghabiskan masa bermain gitar. Sesuai lah dengan gelaran dia “Lan Grengg”, Berwajah agak kacak (Tapi lagi kacak aku lah haha) dan berambut panjang hingga ke paras bahu. Orang Tua nya sudah tiada, kini hidup bersama bapa saudaranya yang masih bujang lagi. Dan azlan bekerja hanya mengait kelapa sawit. Apabila waktu tengah hari, azlan akan berjumpa dengan aku untuk menurunkan ilmu gitar tahap dewa dia demi minat yang sama,

Azlan: “Man, tadi dalam perjalanan ke sini, aku singgah kedai Ayu sekejap, beli kuih karipap ni..ada lebih-lebih sarapan pagi tadi punya hehehehe”. (Tersengih azlan sendirian lalu karipap itu di tenungnye kemudian di masukkan ke dalam mulut).

Aku: “Lan2x,,kau ni waktu tengah haripun beli karipap,,hahah,,kau tu sebenarnya nak tengok Ayu je, sampai karipap pun kau Nampak muka Ayu,,hmm tak apa lah!, tu aku tak kisah, jangan kau bayangkan dia punya karipap sudah la lannnn!!! Hahahaah”

Tersembur karipap yang azlan sudah masukkan separuh ke dalam mulut. Lalu menggagau mencari air untuk melegakan tekaknya. Azlan sudah lama menanam perasaan yang mendalam pada Ayu, tapi disebabkan perwatakannya yang pemalu, azlan pendamkan saja sejak dari sekolah menengah lagi. Perwatakan Ayu pula sama seperti Azlan, manis orang nya,,aishh kalau dah dua2 malu, siapa yang nak mula ni!!! Kang dua2 aku tempeleng nanti,,, hahah

_______________________________

“Assalamualaikumwarahmatullah”
“Amin”

Selesai sahaja Solat Maghrib dan Isya di surau yang terletak di hujung simpang kampung, aku pulang ke rumah dan menanggalkan baju melayu ku. Kain pelekat diselak lebih sedikit tinggi bertujuan untuk aku memudahkan pergerakan aku dan menikmati angin malam. Tingkap bilik aku buka dan membiarkan angin yang segar memasuki ke dalam ruang bilik.

Rasa tenang sahaja apabila pandangan dari tingkap menghadap ke arah sawah yang luas terbentang. Gitar elektrik kesayangan aku capai, dan meletakkan di riba, Kabel elektrik dicucukkan bersambung pada “Amplifier” burukku, dari hasil aku menjaga lembu sebelum ni, dapatlah aku mengumpul duit sikit demi sedikit untuk memilikinya. Walaupun murah, tapi ianya hasil titik peluhku sendiri yang selama ini bertungkus lumus membersihkan najis lembu..hahaha

“Test2x.”

Ambil mood sedikit, rambut di selak ke belakang sambil menghirup udara yang segar,,,, “Mempersembahkan dari Kumpulan GINGERBREAD dengan lagu yang berjudul KAU KU RINDUKAN” pengumuman dari mulut aku sendiri, tali gitar mula ku petik………..

“Telah lama ku pendam rindu
Dalam diamku
Menantikan ucapan
Mesra darimu

Hingga kini kau membisu
Seribu kata
Mata bertentang Mata
Oh... ku gelisah

Kini kau berjauhan
Seribu perjalanan
Hati merintih sedih
Tiada berairmata”

Ayahku yang berada di tangga hadapan rumah sambil menggulung lenteng miliknya sedang asyik melayan nyanyian dan petikan gitar dariku sambil menghembus kan asap dan menikmati cuaca pada malam itu. Aku adalah anak tunggal dalam keluarga ini, jadi ayahku selalu memberi tumpuan kepada ku,,mungkin disebabkan aku adalah satu-satunya anak dia.

Mak: ”Ayahnye, ni air kopi awak tadi,,ermm usah la tidur lambat selalu, hari esok kan awak nak bangun awal lagi” (bernada sederhana sahaja teguran daripada mak aku.)

Ayah: “Iyela mahhh,,lepas habis kopi ni, aku masuk lah ke bilik nanti, kau tunggu saja lah di atas katil.”

Lalu dicuit nya peha wak leman oleh Fatimah isteri nya sendiri sambil bergelak tawa bersama.


MAT ROCKWhere stories live. Discover now