Berduyun-duyun Rockers2 dari setiap pelusuk tempat menghadiri konsert ini. Sudah lumrah konsert sebegini di banjiri oleh orang ramai, kalau dua orang sahaja yang datang, itu bukan konsert namanya. Bermacam-macam fesyen dan gaya tersendiri dari hujung kepala sampai lah ke hujung kaki, Nasib menyebelahi kerana kami tiba awal sedikit, kerana persembahan akan bermula pada pukul 8.00 pm dan masih lagi ramai yang berada di luar perkarangan stadium untuk masuk. Aku menyuruh Azlan periksa tiket di kaunter terlebih dahulu. Takkan nak lompat pagar pula, tak pasal2 kena pukul ramai2 nanti hahaha.
Aku: “Lan, kau pergi ambik tiket dulu, Kami tunggu dekat depan pintu nanti. Cepat sikit!!.”
Azlan: “Cakap jangan pakai air liur saja brader!!, bakk sini 3 ringgit!” (Sindir Azlan pada rakan-rakannya sambil tangan kanan nya di hulurkan dan tangan kiri nye di cekak pada pinggang
Aku/Eddy/Abu/Hassan/Rahmat: “Halamakkkk kecoh la lu!!! Macam la taka da duit,nahhh” (Masing2 cuba mengetuk kepala Azlan)
Azlan: “Hahaha okay2, korang tunggu dekat depan, nanti aku sampai” (Berlari Azlan menuju ke kaunter tiket)
Meriahnya suasana dan dibanjiri oleh orang ramai,sama ada yang berada di luar stadium mahupun di dalam stadium. Rata-rata yang hadir adalah anak2 muda. Tidak hairan lah kalau ramai macam ni, sebab band yang akan perform malam ni adalah band2 yang diminati ramai. Aksi tolak menolak mula berlaku, aku dan yang lain cuba merempuh dan sesekali tu kepala aku di ‘Duku’ oleh orang yang aku sendiri tidak Nampak dengan mataku
Aku: “Cilaka!! Jangan main ketuk belakang brader!!!” (Mata aku cuba mencari tangan yang telah men ‘Duku’ kan kepala aku Ciss!!)
Rahmat yang berbadan agak tinggi cuba menolak mereka yang merempuh, rasa macam di hayun ombak, sekejap ke kanan, sekejap ke kiri, ruang udara semakin sempit. Terjerit-jerit caci maki dari mulut yang binasa. Azlan yang sudah mengambil tiket, lalu berlari dari arah belakang dan melompat ke arah kami kerana berbakat nya menerjun sungai pada waktu sekolah dulu. Segera Eddy mengambil tiket dari tangan Azlan dan kami semua menerobos di celah-celahan manusia untuk masuk ke dalam.
Segera kami mendapatkan tempat di hadapan sekali untuk kepuasan masing-masing sambil melompat-lompat kesoronokan seperti beruk!!. Persembahan akan bermula tidak lama lagi, di belakang kami mula dipenuhi manusia yang berada di luar pintu, sama ada yang di dalam, di luar pintu, mahupun di tembok2. Rata-rata penonton yang hadir adalah berambut panjang, macam jembalang dah aku tengok, padahal diri sendiri pun sama je. hahaha
_______________________________________________
Penonton mula ghairah dan tidak sabar menanti band pertama yang akan membuka tirai persembahan, Bersorak penuh dengan dan keadaan semakin hangat, sana sini terdengar jeritan-jeritan manusia. Selang beberapa minit kemudian, Kedengaran bunyi solo gitar yang dipetik untuk warm up dahulu tanpa mengetahui siapa yang memainkannya. ‘Speaker’ yang mantap dan bunyi yang padu apabila ketukan drum di pukul, Lalu pancaran lampu mula di nyalakan dan penonton mula bersorak sambil menepuk tangan, dengan sabar yang di nanti, gegaran suara manusia yang mula memecah, telah menghangatkan lagi keadaan,
“Grenggggg” (Bunyi gitar)