Muka Surat 5

95 3 0
                                    

“Nasib baik calar sikit kereta aku, hurmm serba salah pula aku dengan mamat tadi tu, salah aku juga sebab bawa kereta sambil termenung tadi. Tak pasal2 kena marah dengan aku.” (mengeluh NADIA sambil duduk di balkoni biliknya dan menikmati udara malam)

Nama aku NADIA binti Razali, aku adalah anak kepada seorang usahawan iaitu ' Razali bin Abd Ghani’ yang menjalankan perniagaan import dan eksport untuk  minuman susu lembu yang dijadikan sebagai minuman segar, Papa aku mempunyai sebuah syarikat ya...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Nama aku NADIA binti Razali, aku adalah anak kepada seorang usahawan iaitu ' Razali bin Abd Ghani’ yang menjalankan perniagaan import dan eksport untuk  minuman susu lembu yang dijadikan sebagai minuman segar, Papa aku mempunyai sebuah syarikat yang bernama Permata holding Sdn. Bhd. yang menghasilkan produk minuman susu segar . Aku adalah anak tunggal dan  Mama aku meninggal sewaktu aku berumur 6 tahun bersama adik ku yang masih lagi di dalam kandungan arwah mama di sebabkan kemalangan yang melibatkan Sebuah lori yang merempuh laju kereta yang di pandu oleh mama sehingga menyebabkan kandungan bayi itu maut.

Sejak dari peristiwa itu, papa lah yang membesarkan aku hingga sekarang dan aku pun telah berusia 21 tahun, dan yang penting aku belum berkahwin. hehe Papa selalu juga menyibukkan diri dengan hal-hal di pejabat bagi menghilangkan rasa kesunyian di dalam dirinya. Kalau tidak sibukkan diri dengan hal di pejabat, mungkin lagi banyak termenung nanti dekat rumah. Haha… Aku baru sahaja menamatkan pengajian. Selalu juga aku berada di pejabat papa, dan kadang2 aku mengikuti papa pergi melawat kilang proses susu lembu. Sampai sekarang aku masih lagi berfikir kenapa papa tak nak mencari pengganti teman hidup untuk menguruskan papa sendiri, mungkin sayang dan cintanya pada arwah mama aku yang membuatkan papa aku belum terbuka lagi hatinya untuk menerima seseorang.

Papa: “Amboii nadia, jauh termenung kat luar bilik ni, dah sampai mana termenung tu, marikh ke pluto???” (Sindir papa yang mengejutkan aku dari lamunan)

Nadia:” Ehh papa, bila papa balik? Hehe, mana ada termenung, saja ambik angin malam ni dekat luar”

Papa:”Yeke ni Nadia?? Bukan termenung rindukan kekasih ke? ( Sindir papa lagi dengan gelak jahatnya)

Nadia:” Mana ada kekasih2x ni pa, geli lah dengar,,ishhh papa ni, papa tu yang patut cari kekasih hahah”

Papa:” Amboiii, kita pula yang kena balik, oh papa lupa nak tanya nadia, Tadi papa perasan kereta nadia ada kesan melekuk sikit dekat bahagian depan. Nadia langgar siapa??”

Aku mula menggaru kepala takut kena marah lagi dengan papa “ Ermm tadi masa nadia nak balik rumah, ada mamat gila yang melintas jalan tak tengok kiri kanan” aku cuba  menyembunyikan kesalahan aku, takut kereta di ambil semula oleh papa.

Papa: “Papa tak percaya lah! Ke nadia yang tak perasan atau termenung masa bawa kereta tadi..hurmm kamu ni nadia, lepas ni berhati-hati okay, dah la anak papa seorang je. Kalau lepas ni terjadi lagi!!!, papa tak benarkan kamu bawa kereta lagi”

Aku hanya menganggukkan kepala tanda memahami amaran yang di berikan oleh papa,  lalu kepala ku di usap perlahan oleh papa. Yela, aku satu-satunya anak yang dia ada, dan perempuan pula tu, mesti lah papa risau kalau terjadi apa-apa. “Sorry papa” (Bisik hati sendiri). Belum pun sempat aku hendak melabuhkan badan pada katil, papa memanggil ku semula

MAT ROCKWhere stories live. Discover now