Muka Surat 3

158 5 5
                                    

Hari yang di tunggu telah pun tiba, lepas sahaja aku membersihkan kandang lembu, Azlan segera datang berjumpa aku, memandangkan dia balik kerja awal harini. Ayah masih lagi memerhati perangai pelik ku pada hari ini, semua kerja yang dilakukan oleh anaknya laju je dibuat, sebelum ni, asyik lambat saja,hahaha. Biasalah, hati tengah seronok. Terlihat Azlan yang sedang mengayuh basikal memasuki perkarangan kandang lembu ayah aku.

Azlan: “Wakkk, Waras ye? ”

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Azlan: “Wakkk, Waras ye? ”

Wak Leman: “Waras la, Haaa!! kan bagus macam ni, menanyakan khabar orang tua”

Azlan: “Mesti la wak, tak kan saya nak Tanya khabar lembu wak pulakk, hahaha”,
“Osman mana wak ??”

Wak Leman : “Dekat belakang sana tu, bukan main laju dibuat kerja harini, korang ada apa2 ke ni? Jangan buat yang bukan2x ye? Kalau wak tahu nanti, dua2x wak gantung dekat pokok “

Azlan: “Tak ada lahh, saya jumpa Osman kejap.”

ayah aku memerhati saja gelagat si Azlan yang pelik sambil menggelengkan kepala. “Apa lah yang nak dibuatnya budak2 ni,” (bisik hati wak Leman).

Aku yang dari tadi menunggu Azlan, kini dia sudah pun tiba dengan senyuman yang membawa sampai ke telinga. Apa-apa perancangan yang di tegah oleh orang tua aku, selalunya Azlan yang akan membantu aku untuk menjayakannya. Memang kawan sejati macam ni hahaha tak pernah mengecewakan, tapi kalau bab perempuan, aduhhh..rock kapak pun boleh keluar air mata beb. Hahaha

Azlan : “Haa man, apa yang kau sengih2x,,kutuk aku la tu”

Osman: “Hahaha tahu2 je kau ni, aku cakap dalam hati pun kau tahu juga, hebat kau lan. Hahah.. Haa!!! Lan, ni Baju, Kasut, Seluar aku punya untuk pakai nak pergi konsert nanti, tapi kau pegang dulu, nanti petang kita nak gerak, kau datang rumah aku pakai baju melayu”. (Sambil tersengih aku yang mengharapkan azlan menerima).

Azlan : “Kau memang bijak man, nanti yang nak goreng bapak ko, aku yang kena hadap, naya man!!,,,kalau dulu aku dah cakap yang kita ada program dekat sekolah lama, kali ni kau nak suruh aku cakap apa”.

Osman: “Join mengaji dekat surau kampung kau la” (dengan bersahaja aku memberi jawapan)

Azlan : “Kau gila ke? Hahahaah..tengok la macam mana nanti. Hurm.”

__________________________________________

Aku masih lagi duduk di birai katil menanti  Azlan dengan penuh harapan. Selang beberapa minit kemudian, kedengaran loceng basikal Azlan berdering, lalu di sahut oleh ayah ku sendiri. Aku segera merapatkan telinga pada pintu tingkap dan mendengar perbualan mereka berdua.

Wak Leman: “Haa Azlan, ada apa datang kesini dengan berbaju melayu nye lagi?”

Azlan: “Tak ada apa, cuma saya nak ajak Osman tu, temankan saya  ikut program dekat surau tempat saya, sebab ada hafazan Al-Quran, jadi dari saya pergi sorang2x, bukan ke lebih baik saya ajak Osman sekali, boleh kan wak? Dulu dekat sekolah ustad ada cakap, jika hendak berbuat kebaikan ibadah, ajak lah mereka sekali, sebab tu saya datang sini,, , saya dah bagitahu Osman tadi tengah hari.”

MAT ROCKWhere stories live. Discover now