Bunga Padang Pasir-SofeaAyu masih mendiamkan diri keseorangan di tepian pantai yang terletak tidak jauh daripada rumah nya dan ditemani desiran angin yang mendayu sambil duduk di atas buaian yang terletak di bawah pokok. “Kenapa Mak benci sangat dengan Azlan?” bisik hati Ayu yang menjadi tanda soal pada diri sendiri. Sedih hatinya apabila teringatkan kata-kata daripada Mak nya sendiri yang menentang perasaan cinta nya pada Azlan , air mata mula bergelinang dan kedengaran seseorang menyapa ayu dari belakang, segera Ayu mengelap air mata nya.
Azlan: “ Assalamualaikum Ayu, Jauh nye mengelamun!!”. (Azlan yang memberikan salam sambil berdiri bersebalahan basikal miliknya)
Ayu; “Waalaikumussalam Azlan, terkejut Ayu tau!!, ingatkan siapa la tadi yang datang (Ayu yang kesedihan lalu tersenyum apabila melihat kan Azlan ada di depan matanya).
Azlan yang masih berdiri, terus segera menongkatkan basikalnya. Berdebar perasaanya untuk bertanyakan sesuatu pada Ayu. “arghhh rasa debar pula dada ni, macam nak terberak pun ade,,potong betul la!” Azlan mula menunjukkan reaksi muka yang berkerut pada Ayu.
Ayu: “Lan okay tak ni??”( sambil melambai tangan pada Azlan)
Azlan: “ Err okay,… Ayuu!,, Lan ada benda sikit nak Tanya Ayu ni.,,,sebenarnya dah lama nak tanya Ayu, tapi tak tahu lah kalau Lan yang perasan lebih je sebelum ni.,,ermm Ayu! “ (Azlan cuba memanggil Ayu lagi sekali untuk Ayu memberi perhatian sepenuhnya kepada dia.)
Ayu: “ ye Azlan” (Ayu yang dari tadi hanya menunggu sahaja soalan dari Azlan)
Azlan: “Kita dah lama kenal sejak dari bangku sekolah lagi, tapi Lan tak pernah bertanya kan pada Ayu, entah lah…nak cakap takut serba tak kena,,,tak cakap, takut tak terluah… ermm betul ke Lan ada dalam hati Ayu sekarang ni, dan betul ke Ayu sukakan dekat Lan? .”
Ayu yang dari tadi duduk sahaja di atas buaian segera bangun bagaikan ada yang mencucuk punggung nya sendiri dan terus menundukkan pandangan wajahnya yang sedang kemerahan dan menahan malu pada Azlan sambil matanya membulat. Azlan yang mempunyai sifat malunya pada perempuan akhirnya di buang jauh2x untuk mengetahui kedudukan dirinya di hati Ayu. Ayu mula mengukir senyuman nya sedikit demi sedikit lantas mengangguk kan kepala tanda meng ‘iya’ kan apa yang Azlan bertanya kan.
Azlan menghembuskan nafas sambil menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangan dan merasakan lega yang teramat sangat, rasa hilang semua persoalan yang bermain pada fikiran dia sebelum ini. Sesekali terasa macam di hanyut ombak yang membuai, Rasa ingin di peluk sahaja Ayu yang berada di depan matanya. Azlan mula berpaling membelakangkan Ayu dan teringat akan kata-kata dari mulut Mak Ayu sendiri yang membuatkan Azlan terdiam seketika.
Ayu: “ Takkan Azlan je yang Tanya, Ayu pun nak Tanya juga, siapa Ayu ni dekat hati Azlan?” (Ayu yang cuba mula bersuara untuk mendapatkan kepastian sambil tersenyum sipu).
Azlan mula memalingkan pandangan nya tepat ke wajah Ayu dan…..
Azlan: “Lan dah lama suka kan Ayu sejak dari sekolah lagi, tapi Lan belum bersedia sebelum ni dengan Ayu, dan Lan tahu kedudukan Lan sekarang ni bukan lah dari orang yang sempurna, Lan bukan lah orang yang bagus untuk Ayu cinta kan.”
Ayu: “Kenapa Lan cakap macam tu??, ..Lan tak percaya dekat Ayu ke?”
Azlan: “Bukan macam tu Ayu!,,Lan percaya dekat Ayu dan sayang pada Ayu,,Hurmm Ayu boleh tunaikan permintaan Lan? ”.
Ayu yang mula kehairanan dengan kata-kata dari Azlan, lalu tangan Azlan mula di genggam erat oleh Ayu. Azlan hanya mendiamkan diri, lalu nafas nya mula dihembuskan perlahan. Angin yang begitu mendayu membuatkan rambut Ayu yang lurus itu berterbangan perlahan, sesekali membuatkan pasangan ini juga berada di awangan seketika , Kedengaran bunyi ombak di pantai yang perlahan memukul, lalu Azlan mula memberitahu akan permintaannya,
Azlan: “ Ayu, sanggup tak untuk bersusah senang dengan Lan? boleh tak janji dengan Lan yang Ayu akan sayangkan Lan sepenuh jiwa raga Ayu? Boleh tak janji dengan Lan yang cinta Ayu untuk Lan tak kan berbelah bagi ? dan Boleh atau tidak kalau Ayu tunggu Lan sampai Lan berjaya memiliki Ayu sepenuhnya?”
Azlan hanya menundukkan pandangan, dan mengharapkan yang Ayu akan menerima segala permintaanya, lalu Ayu mula melakarkan senyuman yang manis buat Azlan yang sedang berdiri di hadapannya dan segera menganggukkan kepala tanda menerima permintaan Azlan. Air mata Ayu mula bercahaya di kelopak mata. Azlan mengharapkan yang Ayu akan menerima segala permintaanya demi mencapai cita-cita dan sekaligus membuktikan dirinya kepada Mak Ayu yang dia boleh berjaya.Azlan tidak mahu menceritakan kepada ayu tentang Mak nya yang telah memberi amaran awal kepada Azlan, dek kerana tidak mahu mengecewakan Ayu, akan tetapi Azlan telah bertekad dan menanam azam pada dirinya untuk membuktikan dirinya pada Mak Ayu. Sudah lumrah setiap percintaan akan menghadapai halangan sama ada untuk kita mengharungi nya atau mengundur saja.
Ayu melepaskan nafas lega kerana cintanya kepada Azlan sudah pun di luahkan secara bertentangan mata, tetapi macam mana pula dengan Mak Ayu??. Halangan yang paling besar dek kerana Mak Ayu telah pun memberi amaran kepada mereka berdua iaitu Ayu dan Azlan, cuma mereka saja belum membincangkan perkara ini kerana tidak mahu membuatkan Ayu lebih kecewa. Setiap hubungan percintaan perlu mendapatkan kerestuan daripada orang tua untuk menjadikan kehidupan yang lebih bahagia, akan tetapi untuk mengubah hati Mak Ayu Azlan perlu buat sesuatu.
Azlan: “Ayu, pulang lah dulu, hari dah nak pun senja, nanti Mak Ayu cari pula”
Ayu : “Baik lah, insyaalah ada masa , kita berjumpa lagi,…Terima Kasih Azlan kerana membuatkan Ayu rasa bahagia sangat”
Ayu segera beredar dari situ kerana hari semakin menjelma malam. Ayu yang mempunyai sifat sopan santun hanya melemparkan senyuman kepada Azlan yang cukup menggembirakan hati dia sendiri, lalu Ayu menghilang dari pandangan mata Azlan. Basikal milik Azlan mula dinaiki, dan di tolak kehadapan, matahari mula terbenam sedikit demi sedikit. Untung nye Ayu masih ada orang tua iaitu Maknya sendiri yang mahu mengambil berat tentang Ayu, tetapi berbanding dengan Azlan yang hanya perlu memikirkan diri sendiri, untuk masa depannya , sesekali rasa diri nya seperti dipinggirkan.