(Nadia)
Nadia: “Papa,,Nadia keluar dulu!, ada janji dengan Farah “.
Nadia yang laju menuruni anak tangga terus menuju ke arah Papanya lalu di kucup pipi papa nya yang sedang menonton berita di ruangan tamu. Lantas tangan Nadia di pegang semula oleh Papa.
Papa: “Kamu nak kemana ni Nadia waktu malam macam ni, kamu tu kan anak dara, tak elok keluar malam” (Lembut sahaja Dato’ Razali menegur anaknya sambil melemparkan senyuman)
Nadia: “ Alaa pa, Nadia dah janji dengan Farah nak jumpa dengan dia, rindu sangat, lama tak jumpa kawan nadia masa belajar dulu, please papa,,,,kali ni je!! “.
(Nadia hanya menunjukkan muka seposen kepada Papa nya)Papa: “Ermm, habis tu siapa nak temankan papa dekat rumah ni?” (senyuman sinis kali ni dibagi kepada anak nya)
Nadia: “ Alololololo papaa!!!, tu la, suruh cari calon tak nak, haritu nadia dah carikan, papa tak berkenan,,papa memilih sangat!! Hahaha”
Papa: “Ishhh kamu ni Nadia, bukan main suka lagi nampak??..erm..Betul ke jumpa Farah ni?? ke jumpa kekasih hati. Hehe”..
Nadia : “ Eeeeee tolong sikit erkk, tak main la Pakwe makwe ni,,geli tengkuk kita” (Nadia yang menunjukkan gaya gediknya yang geli)
Papa: “ Hahaha yela Nadia, ingat pesan papa!!, Hati2 bawa kereta, jangan mengelamun, ni amaran terakhir okay, dan lagi satu, jangan balik lewat sangat..” (Kepala Nadia di usap perlahan oleh Dato’ Razali )
Nadia: “ Okay papa, promise!!! Pergi dulu pa, dah lambat ni,,Assalamualaikum”
Segera tangan di hulurkan oleh Nadia untuk bersalam dengan orang Tua nya terlebih dahulu. Sudah menjadi adat orang kita untuk bersalam dengan orang tua atau ibu bapa sebelum meninggalkan rumah. Enjin kereta mula dihidupkan oleh Nadia, lalu meninggalkan perkarangan rumahnya dan bertemu Farah di Kelab Malam yang terletak di tengah Kota Raya. Suasana malam masih lagi bersinar dan di penuhi dengan lampu-lampu neon yang membuatkan malam sentiasa hidup waktu nya.
Nadia segera memasuki ruangan pintu di Kelab Malam tersebut, kedengaran lagu2 yang di mainkan oleh band boy yang mengundang artis pada malam itu seperti shima/ Kumpulan Teja/ Sherox dan lain-lain. Terlihat lambaian tangan seseorang yang berada di hujung sana dan sudah pastinya itu adalah Farah, segera Nadia melambaikan tangan semula dan menuju ke arah nya. Begitu ramai manusia yang menginginkan hiburan di waktu malam sama ada untuk melepas kan tekanan di tempat kerja mahupun bersuka ria.Farah: “Nadiaaa!!! Lama tak jumpa kau!!!, rindunyaaa!! Muahhh/Muahhh”
Nadia dan Farah menjerit dan berpelukan seperti ibu yang baru sahaja menjumpai anak nya yang telah hilang lebih dari 3 Bulan. Sesekali mereka di perhati atau di pandang oleh orang sekeliling, Macam beruk katanya.
Nadia: “ Aku pun Farahhh, rindu kau jugaakkk!!,, Kau sihat?”
Farah” Alhamdulillah, sihat beb, kau makin cantik ni kenapa??? Haha berseri-seri aku tengok”
Nadia: “ Ehhh bodek ke apa ni?,,pandai2 kau je ye,,, biasa2 je pun hahaha”. (Nadia mula mengembangkan hidung nya apabila di puji kecantikannya, jarang2 hidung nye nak kembang apa bila dipuji, hahaha)
Farah: “Hahaha tak payah nak gedik sangat okay!! So kau buat apa sekarang Nadia?? (Muka Farah yang bertukar menjadi agak serius sedikit setelah bertukar topik)
Nadia: “ erm, buat masa sekarang ni aku berkhidmat dengan papa aku je farah, belum ada interview lagi dekat mana2, entah la farah, aku kesian dekat papa aku, baru2x ni ada masalah dekat kilang papa aku” ( Nadia yang mula menunjukkan reaksi muka sedih dan mengeluh). “ Ehh kau sekarang buat apa?”
Farah: “ Aku sekarang bekerja di syarikat media rakaman, dan buat promotion untuk artis2x,,erm boleh la juga nak hidup ni nadiaaa, mula2 je rasa teruja, tapi penat weyy!!”
Nadia: “ Hahaha tu la kau, dulu aku suruh kau kahwin dengan Rifqi tu kau tak nak, kalau tak dah jadi permaisuri hahah”.
Farah: “Arghhh Rifqi tu dah gila perempuan, kalau aku kahwin dengan dia, nanti bila dia jumpa perempuan lain,,tak pasal2x aku dah ade madu, takpun Janda, eee tak nak aku!!”
Nadia : “ Ehh Janda pun mantapkan,hehe” (Nadia yang cuba mengusik Farah dengan muka yang nakal)
Dengan laju nya tangan farah mencubit manja pada pinggang Nadia, lantas Nadia menjerit perlahan menahan kegelian,.
Rifqi adalah kawan sekuliah Farah masa di kolej dahulu. Mereka adalah pasangan bercinta yang hangat, tetapi Farah selalu menjadi bualan mulut kerana selalu di tipu oleh Rifqi kerana Rifqi mempunyai pasangan lain, bukannya satu, tapi lebih dari tiga. Tidak hairan lah kerana Rifqi mempunya paras rupa yang tampan dan mempunyai ciri-ciri idaman bagi setiap perempuan dan Rifqi juga adalah merupakan anak seorang Hartawan. Jadi, perempuan mana yang tidak akan sangkut dengan dia dan semata-mata mahukan kikis duit Rifqi. Farah hanya bertahan dan apabila di lamar oleh Rifqi, segera lamarannya di tolak oleh Farah, dan berkali-kali juga Rifqi cuba memujuk, tetapi hanya sia-sia saja, kerana Farah mahu memberikan pengajaran kepada Rifqi supaya tidak mempermainkan perasaan wanita dengan menggunakan wang ringgit mahupun paras rupa, yang penting adalah keikhlasan. Farah mengakui dia telah terpedaya dengan paras rupa oleh lelaki itu.
Nadia : “ Farahh,,aku lupa nak bagitahu, nanti boleh temankan aku tak pergi satu tempat ni, papa aku suruh cari alamat ni, dia kata kawan lama dia. Aku malas la pergi sorang2”.
Farah: “ Tempat ni ke?? Ermm tgk nanti macam mana, sebab aku pun ada job nanti dekat sini”, kau tahu la kerja aku ni kesana ke sini”.
Nadia : “Okay beb, nanti kau boleh naik dengan aku, aku ambil kau dekat rumah okay”, “Thankss,,sayang kau,,muahhh hehe”.
Farah : “ehh aku cakap tengok dulu,,belum declare apa2x lagi,,ermmm yelaaa2x”, “Nasib sayang kau haha”
Mereka berdua menikmati keseronokan pada malam itu dengan persembahan dari kumpulan2x pemuzik yang terkenal. Nadia mengharapkan Farah akan menemani nya untuk mencari teman baik Papa sewaktu dahulu kerana risau akan syarikat papa nya yang sejak kebelakangan ini prestasi produknya yang agak kurang menarik.
Sedang asyik bergembira Farah dan Nadia, terlihat si Farah akan Rifqi yang berada selang dua meja dari pada mereka, Rifqi yang sedang berfoya dan bermesra dengan wanita lain seakan membuat Farah menjadi meluat dan mungkin perempuan itu pun adalah mangsa seterusnya. Farah mengambil keputusan mengajak Nadia keluar dari tempat itu dengan segera sebelum Rifqi perasan yang mereka pun turut juga berada di situ.
Nadia: “Ehh Farah kenapa ni??”
Farah: “ Aku nampak jelmaan setan tadi dekat dalam tu??”
(Farah yang menunjukkan muka selamber nya)Nadia: “ Haaa setan, mana dia??? Kau biar betul???”
(Sambil menunjukkan muka yang pelik)Farah : “Ishh kau ni, lembab nye lahhhh,,aku nampak Rifqi dekat dalam tu,,tu yang aku ajak kau keluar”.
Lantas Nadia ketawa terbahak-bahak , dan dia ingatkan ada jelmaan setan yang betul dalam tu tadi, rupa nya Rifqi yang perangai macam setan tu. “Hahaha
Kau ni Farahhhh, nasib baik belum naik lagi bulu roma aku tau,,hahaha”.(semoga baik2 saja disana Nadi a, 😔)