Sudah semestinya Azlan akan membeli sarapan pagi nya di kedai Ayu dan sambil itu cuba mencuri pandangan dengan meniliti wajah Ayu yang manis.
Ayu: " Azlan, awal pagi ni datang beli sarapan" (Ayu yang cuba melemparkan senyuman yang manis kepada Azlan)
Mak Ayu: "Haa Ayu!! Kau pergi masuk ke dapur, siapkan barang dekat dapur, biar mak ambilkan untuk Azlan"(Mak Ayu yang cuba memintas percakap azlan apabila disuruhnya ayu beredar ke tempat lain)
Azlan: "Makcik saya nak karipap 5 biji" (pinta azlan kepada makcik jamaliah)
Mak Ayu: "Aku nak cakap sikit ni dengan kau Lan, Aku tak nak kau cuba2 ambil hati anak aku atau sesekali berangan nak jadi menantu aku, kau sendiri pun tidak terurus, tengok lah sendiri penampilan kau, aku tak yakin lah kalau kau boleh jaga anak aku nanti.. Nahh karipap kau ni !!!!,,ingat apa yang aku pesan dekat kau!!" (Amaran keras dari Mak Ayu kepada Azlan)
Azlan yang sedang menunggu kuih karipap nya, rasa macam di tumbuk-tumbuk tubunya apabila mendengarkan kata-kata dari mulut Mak Ayu, baru saja berangan untuk mengambil hati Mak Ayu, lantas rasa seperti di tembak seberapa das peluru dari mulut Mak Ayu. Azlan hanya menundukkan kepala, dan mengucapkan terima kasih kepada Mak Ayu. Rasa dirinya mula dicabar. Azlan terus melangkah dan mengayuh basikal nya menuju ke tempat kerja. Matanya mula pedih dan terus pedih, tanpa disedari Azlan mula menitiskan aimata sedikit demi sedikit, Azlan sedar yang dirinya tak punya apa, malah tidak pernah juga rasa kasih dan sayang dari orang tuanya, Hidupnya hanya dirinya sendiri selain dari pakcik nya. "Hina sangat ke aku ni" bisik hati azlan. Walaubagaimanapun Azlan akan tetap memiliki Ayu.
Ayu:"mak cakap apa dengan Azlan tadi?" (Tanya Si Ayu kepada Maknya)
Mak Ayu: "Mak cuma suruh dia datang lagi je lepas ni"(segera mak ayu beredar daripada Ayu)
Ayu:"Ermm mustahil lah, takkan aku senyum dekat Azlan tadi Azlan cuma mendiamkan diri saja. Ini mesti mak ada cakap benda yang bukan-bukan dekat Azlan"(Bisik Hati Si Ayu)
_________________________________________
"Kenapa lah kuat sangat bau taik lembu harini, nak kata bagi makanan yang lain, tak pulakk, hai lah lembu, kenapa taik kau harini bau kuat sangat, Aishhhh"(Merungut sendirian sambil menyandarkan badan di pokok), Kata-kata Azlan mula bermain di dalam kepala ku, "Sampai bila juga aku nak jaga lembu ni, aku pun kena ada kemajuan sikit". (Bisik hatiku sendiri). Bukannya aku tak suka jaga lembu ni, tapi aku pun perlu majukan diri sendiri dan peroleh hasil sendiri. Mesti akan ada masalah punya nanti bila orang tua ku tahu aku menyertai kumpulan muzik. Tak apalah, yang penting aku cuba dulu,,"Test2x, engkau baiduri cintaa, dari taman nirwana, pesona jiwaaa", "Fuhh rasa merdu pula suara aku tengah hari ni,,hahaha" (Perasan sekejap).
Tepat jam pukul 2.00 petang aku sudah berdiri terpacak menunggu kawan2 yang lain di depan studio pak mat,, "Perghhh ini memang sembang kari betul diorang ni." (omelku sendiri), Memang selalunya studio pak Mat adalah tempat kami untuk mengasah bakat, Dan selalunya seminggu sekali kami akan bermain di studio ini, cuma sekadar untuk suka-suka saja, dan tidak pernah terfikir untuk menjadikan band yang ada sekarang ni pergi lebih jauh atau lebih tepat memasuki industri muzik. Tapi disebabkan Azlan yang bersungguh-sungguh, apa salahnya mencuba.
Terlihat Eddy, Abu, dan Rahmat sudah sampai, tapi mana perginya si azlan ni, semalam bukan main beriya lagi, dah macam pakar motivasi aku tengok.
Eddy: "Man, mana Azlan, semalam dia cakap tunggu sini"
Aku: " Entah la, semalam dia pun cakap macam tu"
Deruman tayar basikal Azlan pun sudah tiba
" Alamak gengg!! Sorry gua lambat sikit, jalan jem sikit tadi." (Termengah-mengah Azlan ketika cuba menongkatkan basikalnya dengan muka yang serius)Aku dan lain hanya memandang sesama sendiri. Dan rahmat pun mula bersuara
Rahmat: " Woii Lan, Kau ingat ini Kotaraya ke jalan boleh jem!!"
Aku/Eddy/Abu: "Apedaa!!! Kau ni Lan"
Macam biasa, masing2x mengeluarkan duit syiling hasil menabung sendiri untuk memasuki studio pak mat. Seperti yang sudah dimaklumkan oleh Azlan, dia mahukan band ini pergi lebih jauh, dan kalau boleh dia mahukan band ini memasuki pertandingan Juara Rock yang akan diadakan lebih kurang 3 minggu dari sekarang. Bersemangat sahaja yang lain bila mendengarkan hadiah untuk yang bergelar Juara adalah lumayan.
Aku: "Okay geng, 3 minggu dari sekarang, kita praktis cukup2x, kau Eddy, Bass kau kena ikut tempo drum, jangan laju sangat macam kuda. Dan kau Rahmat, rhythm kau kena cover Azlan." (Arahan dari Osman kepada kawan2 nya)
Aku mengeluarkan senarai lagu yang akan di mainkan, cuma belum di praktis kan lagi. Macam biasa 'Microphone' di pegang dengan erat "Satu dua Tiga empat Lima" (Perkiraan sebelum muzik berjalan)
Drum:&%!$@!*!&@^%!*&^@
Rhythm Guitar: *&^#@&^#@(#
Lead Guitar: *&^%$#@
Bassist:*^%(*%
Selesai sahaja menghabiskan satu lagu yang terakhir tadi, masa pun telah tamat. Eddy, Abu, dan Rahmat sedang tunggu di luar. Manakala Azlan cuba menegurku.
Azlan: "Mann, aku ada benda nak bagitahu kau ni, tadi pagi aku singgah beli sarapan di kedai ayu sebelum pergi kerja, Mak Ayu tu."
Aku: Haa lan, kenapa dengan mak Ayu!!".
Aku sudah agak apabila Azlan mula menceritakan apa yang di luahkan oleh Mak Ayu, Aku faham perasaan Azlan dan keadaanya, rasanya juga macam tempias pada aku, tapi aku tidaklah salahkan Mak Ayu, mungkin ada betul nya kata-kata Mak Ayu. Sedih bila melihat Azlan dalam keadaan begini. Tapi sebagai kawan, tidak salah aku untuk menolong nya. Dan dari sebab itu juga, Azlan menyatakan hasratnya untuk mebuktikan yang diri dia ini boleh Berjaya apabila bermain muzik dan mengharapkan band ini oleh Berjaya satu hari nanti.
Rasa semangat pula aku, bila Azlan hendak membuktikan dirinya kepada Mak Ayu, Sebagai kawan, aku pun turut gembira.
Aku: "Lann, dah lah, kau jangan sedih2 macam ni,,rockers mana boleh sedih2x beb, malu kat orang".
Azlan:" Hahaha kau ni man,,potong la,,bagi la aku layan perasaan kejap".
Aku segera memesan pada yang lain supaya bersiap sedia dari sekarang kerana pertandingan tersebut akan berlangsung 3 minggu dari sekarang. Aku juga berharap dengan kemenangan pertandingan ini, band kami akan pergi lebih jauh, dan juga membuktikan kejayaan yang Azlan miliki kepada Mak Ayu. Sebenarnya sampai sekarang aku belum dapat nama untuk band kami ni, Nanti2x lah aku fikirkan.