Muka Surat 2

198 3 0
                                    

Ayu: “Ehh Azlan, awal sampai harini, tak pergi kerja ke?” (Tegur si Ayu dengan malu tapi mahu)

Azlan: “Ehh Ayu,Tak perasan pula awak ada, saya sebenarnya malas nak pergi kerja, dah terlanjur beli karipap  awak ni, jadi semangat pula..haha”. (Sambil di usap kepala dan tengkuk nya ).

Ayu mula kehairanan dengan sikap Azlan yang pelik, setahu dia kedai nya belum ada orang lagi yang datang. Azlan mula mencapai plastik untuk dimasukkan kuih karipap. Rasa kekok pada Azlan untuk bertentang mata dengan Ayu, sesekali tu karipap yang di ambil jatuh dari penyepit disebabkan sikap malu nya sendiri. Ayu mula menegur  Azlan.

Ayu: “Azlan, Osman pernah bagitahu saya yang awak dah lama…..”

Mak Ayu: “Ayuuu!!! Tolong mak angkat tong gas ni, keluarkan barang2 semua cepat!, nanti orang  ramai sekejap lagi..(Kedengaran suara mak ayu memanggil anaknya)

Ayu: “Eh Azlan, saya pergi tolong mak saya sekejap ye “. (Lalu beredar si Ayu untuk menolong mak nya)

Azlan terus segera mengayuh basikal tua nya dengan bekalan yang di beli dari kedai ayu sebentar tadi sambil mengunyah karipap.. Masih berfikir apa yang Ayu hendak beritahu sebenarnya. Tanpa dihiraukan, Azlan mengayuh laju ke temapt kerja.

Perwatakan Ayu adalah sederhana sahaja seperti gadis kampung, dan kulitnya hitam2 manis. Sopan sahaja tingkah nya sama ada yang Tua mahupun yang Muda. Tidak mustahil lah kalau Azlan sudah terpikat pada Si Ayu.

_________________________________________________

“arghh penat nya harini,” keluh ku sendiri lalu mencapai tuala dan terus ke bilik air, segera ku bersihkan diri dan menghilangkan bau2 lembu yang melekat pada badan setelah pulang dari kandang lembu. Terlihat Azlan dari ruangan tingkap bilik aku,, yang dari jauh laju mengayuh basikal nya menuju ke rumah ku. Lalu menjerit memanggil.

Azlan: “Osmannnnnn!!! Ohhh Osmann “ (Tercungap-Cungap si Azlan memanggil aku)

Osman: “Ehhhh lann..Haha, kenapa lan?”(punngung ku di labuhkan pada bendul tingkap bilik sambil mengeringkan rambut dengan tuala)

Azlan: “Huhhhhh Malam esok! Jangan lupa!, ada band nak buat show dekat 'Fun Fair'nanti, XPDC , May, dengan band lain nak turun sini minggu depan.

Osman: “Kau biar betul? dekat mana?" (meloncat terus aku dari tingkap turun ke bawah)

Azlan:"ishh kau ni..kalau ye pun nak lompat..biar la tinggi sikit..cepat sikit kau mati" ( sindir azlan pada osman)

Osman: "Cantekk, nanti kita plan semula, Jangan lupa barang kita,  aku dah jahitkan untuk kau haritu.”

Azlan adalah orang yang pertama yang selalu nya menyampaikan berita ini,disebabka  selalu dapat poster iklan dari pakcik nya sendiri.. lagi pun kami selalu nya akan berkumpul untuk membuat perancangan dari segi pakaian mahu pun perjalanan menuju ke konsert nanti. Mengalahkan artis yang sebenar hahaha, Bukan sahaja kami berdua, malah dari kampung lain juga akan turut serta bersama. Susah rasanya nak lepaskan peluang yang sebegini, dan selalunya hanya mendengarkan lagu mereka di radio sahaja . Jarang sekali untuk menonton secara Live.

_______________________________________

Selepas pulang dari surau, aku segera menutup pintu bilik dan mengeluarkan seluar jeans Levis milikku. Bermula dari situ kesenian di ukir pada seluar untuk menampakkan diri ini adalah betul2x seorang rockers sejati, pisau cukur ku hiris ke kain jeans bagi mendapatkan koyakkan yang cantik serta “patch” band aku tampalkan pada bahagian peha. Segala aksesori rantai2, aku keluarkan untuk menampakkan imej yang brutal..”ini kalau lah orang tua aku Nampak, memang dia ikat aku nanti dekat pokok rambutan depan rumah ni.” Keluh ku sendiri, disebabkan minat punya pasal..kasi langgar saja.

Memang kegilaan anak-anak muda melayan muzik rock sama ada dari Hard Rock, Slow Rock, Heavy Metal, Thrash, dan banyak lagi band dari luar negara seperti Deep Purple, ACDC, Metallica, Iron Maiden, SkidRow, yang mempengaruhi anak-anak muda . Sangat lah sukar untuk mendapatkan kaset lagu-lagu kegemaran dari band luar, kadang-kadang perlu tunggu giliran untuk meminjam. Dan selalunya aku hanya mendengar dari dendangan Ahmad Jais, Othman Hamzah, A. ramlie, dan artis2 60an yang gemar dimainkan oleh ayah ku.

Terlintas di fikiran sebelum tidur ku lena, bila agaknya impian aku untuk menjadi seorang RockStar yang terkenal dari seluruh pelusuk dunia Perghhhh!!! mungkin cuma angan2 saja. Baju dan seluar yang sudah di siapkan, segera dibungkus untuk memudahkan aku bagi kepada Azlan .

_____________________________________________

Sedang Ayu lipat kain di ruang tamu.

Mak Ayu:   “Ayu!, Mak selalu perasan yang Azlan tu selalu datang ke kedai beli kuih kita, yang tu mak tak kisah, tapi Mak nak ingatkan Ayu!!! Jangan cuba-cuba Ayu nak menggatal bercinta dengan budak tu yang tak tentu hala berambut panjang, macam tak ada matlamat hidup, kerja pun belum tentu mampu sara diri sendiri, inikan nak menyara anak orang lain.”

Terperanjat lalu tersentak di hati Ayu apabila Maknya bercakap begitu dan memberi amaran, seakan mengerti perasaan Ayu yang terpikat pada Azlan. sedih hati nya apabila idaman seorang jejaka yang diminati dari  bangku sekolah lagi tidak langsung menarik perhatian mak nya, malah di beri amaran siap-siap, Ayu kehairanan dan pelik bagaimana Mak Ayu boleh perasan yang anaknya telah jatuh hati pada Azlan.

Mak Ayu: “Kau faham tak Ayu????”

Ayu hanya menganggukkan kepala dan berlagak seperti biasa, dalam masa yang sama Ayu cuba menahan rasa sebak, sedih dan hampa apabila orang tua nya berkata begitu. Ayu jadi buntu dan terus masuk ke dalam bilik tidurnya. Terpampang Penuh Gambar-Gambar Azlan yang melekat di dinding bilik Ayu lalu di tenung sambil mengalirkan air mata yang sedih. Ayu belum pernah meluahkan rasa cinta nya terhadap Azlan, tetapi sudah di tentang oleh orang tua nya sendiri.

Ayu: ‘Azlan, kalau lah takdir tu bukan memihak pada kita, aku redha dengan ketentuanNya’ (Bisik hati Ayu sambil menatap gambar Azlan .)

Sudah sedia maklum, Mak Ayu adalah seorang yang sangat tegas dan garang. Sesuai juga dengan Namanya  yang kami selalu panggil ‘Makcik Jamaliah’. Sudah dari kecil lagi Ayu sering di kongkong dan melarang bergaul bersama kami, mungkin kerana perangai nakal dan gaya imej kami ini yang menampakkan pandangan buruk oleh Mak Ayu sendiri. Ayu mempunyai seorang Ayah tetapi telah meninggal dunia ketika Ayu masih kecil lagi disebabkan umur nya yang tidak panjang telah mengakibatkan Ayah nya di tembak oleh musuh ketika bertugas dan Ayah Ayu adalah seorang Askar, jadi tidak hairan lah kalau isteri nya juga juga tegas.. Makcik Jamaliah lah yang menguruskan Ayu sendiri dari kecil hingga lah dewasa. Ayu hanya akur sahaja apa yang di katakan oleh Mak nya.

Puas Ayu mengeluarkan air mata nya dek menahan rasa sedih disebabkan cinta dan kasih yang tidak terluah lagi kepada Azlan. Terlena tidur ayu disebabkan kepenatan menahan rasa sedih, dan mengaharapkan kata-kata Mak nya tadi adalah mainan mimpi sahaja.

“Selamat Malam Azlan hmm”





MAT ROCKWhere stories live. Discover now