Isabella's pov
Aku berlari selaju mungkin. Air mata yang merembes dibiarkan terbang di bawa angin. Tak perlu aku kesat. Sesekali aku pandang kebelakang. Ya. Lelaki itu masih mengejarku dengan muka bengisnya. Langkahku terhenti apabila sampai di depan lif. Tanganku laju menekan punat lif agar lif cepat terbuka.
Derapan langkah yang laju menyebabkan kepalaku menoleh memandang ke arah lelaki itu. Ya. Aku tahu dah tak sempat nak lari. Pintu lif masih tidak terbuka.
Tak sempat aku menoleh 360 darjah,rahangku menjadi sasaran lelaki itu. Dia memegang kuat rahangku menyebabkan aku mula tercungap cungap.
Air mata mula merembes laju.
"Please sir. Don't do anything to me. I am begging on you"kataku tercungap cungap. Dia melepaskan rahangku sebelum memerangkapku menggunakan kedua dua belah tangannya.
Aku mengurut leherku perlahan sebelum terasa tangan kasar mengusap usap pipiku. Aku menolak kasar tangan itu dan meloloskan diri. Tak sampai semeter aku berlari,terasa rambutku yang berikat itu ditarik.
Aku ditarik ke dalam pelukannya.
"Please sir. Don't....."tak sempat aku menghabiskan kata kata,aku terasa lelaki itu ditumbuk. Lelaki itu jatuh terjelopok di atas lantai. Kelihatan lelaki itu mengesat darah yang mengalir di bibirnya sebelum dia kembali menumbuk orang yang menumbuk dirinya tadi.
Lalu aksi aksi menumbuk mula berlaku di depan mataku. Sungguh. Aku takut. Aku hanya terkaku di situ beberapa minit sebelum terasa kakiku dihempap benda besar. Aku memandang ke arah kakiku. Lelaki yang mengejarnya tadi sudah terkulai jatuh di atas kakiku. Mukanya kelihatan lemah.
"Are you okay miss?"kepalaku terdongak memandang lelaki berjaket hitam.
"I am okay. Thank you"kataku menunduk. Aku memandang mukanya sekilas sebelum mataku menghala pada lelaki yang mengejarku tadi. Tiba tiba tangan lelaki itu bergerak sebelum dirinya bangun dengan muka yang betul betul tampak lemah. Dihayunkan lagi penumbuk itu di muka lelaki sebelah ku sebelum lelaki berjaket hitam itu menarik tanganku. Kami berdua meloloskan diri ke dalam lif itu.
"Where is your house?"
Aku hanya terdiam. Sungguh aku masih terpaku dengan kejadian tadi. Sedikit lagi lelaki di sebelahnya ditumbuk sekali lagi.
"Let me send you"
"It's okay"cukuplah dia tolong aku. Aku melihat lelaki ini cukup keletihan. Sesampainya di lobi hotel,aku terus keluar. Aku menghubungi teksi untuk mengambilku. Setelah habis berbasa basi dengan pakcik teksi,aku menunggu di luar. Kelihatan lelaki itu masih setia di sebelahku. Aku menjarakkan sedikit jarak kami setelah terasa kami agak rapat.
"Isn't cold here?"tegurnya lagi. Aku hanya terdiam. Otakku masih ligat memikirkan kejadian tadi. Sungguh. Aku berasa serik. Tanganku memeluk tubuh.Angin malam betul betul dingin.
Lagi lagi,dengan pakaian ku. Hanya memakai dress turquoise paras lutut dan lengan pendek.
Tiba tiba terasa ada orang membaluti tubuhku dengan jaket. Aku memandang lelaki itu.Lelaki itu tersenyum manis. Aku memerhati lelaki di sebelahku. Orang sini. Bukan orang Malaysia.
"I know you are cold."aku hanya mengangguk. Betul. Aku memang sejuk pun. Aku membalas senyuman itu dengan senyuman tawar.
"Thank you"suaraku mula serak akibat menangis tadi.
Keadaan menjadi senyap sunyi semula. Tiada bunyi cangkerik mahupun suara orang.
"Taxi"kata lelaki itu perlahan. Aku memandang benda di depan mata. Teksi sudah sampai. Aku meloloskan diri ke dalam teksi itu sebelum mataku sempat menangkap lambaian lelaki itu.
"We will meet again,Rose"bisik lelaki itu perlahan.
.
.
.
.
"Hai.. seronok berasmara dana?"teguran seseorang gadis membuatkan ku berpaling. Walaupun tiada lampu yang terpasang di rumah itu,mataku masih menangkap 'lembaga' itu."Apa maksud Flynn ni?"
"Well.. This is Flynn lah"ujar gadis itu sambil tangannya memeluk tubuh. Cukup menunjukkan dirinya yang sombong itu. Tanganku mencapai suis lampu dan membukanya. Aku baring di atas sofa. Sungguh. Aku penat berlari.
"Haih.. takkan lah baru buat Kat hotel,dah penat miss Irine Isabella"kata kata gadis itu membuatkan ku badanku tegak semula.
"Macam mana Flynn tahu yang Bella pergi hotel?"
"Of course lah Flynn tahu. Flynn yang upah mamat tu"
"What?!"jeritku.
"Tapi.. kenapa?"air mata yang berhenti tadi mula mengalir semula. Kenapa adik tirinya begitu membencikannya? Sedangkan dia tidak pernah buat. Dia yang merupakan anak papanya pun,tidak pernah memarahi adik tirinya yang datang menumpang kasih sayang papanya.
"Nak tahu sebab apa? Sebab Flynn tak suka kongsi kasih dengan orang! Lagi lagi papa tu asyik asyik nak lebihkan Bella!"tempik Flynn. Aku terkedu. Tanganku,aku genggam erat. Sakit hati bertandang. Kesabaran mula menipis.
"Dah lah tak tutup aurat! Nampak sangat dah takde dara! Tak payah nak bajet suci sangatlah!"sehabis sahaja dia bercakap,tanganku,aku hayunkan pada pipinya.
Pang!
Cukup kuat. Cukup perit. Cukup pijar. Itulah yang dirasakan Flynn sekarang. Tak pernah pernah dia dapat penampar.
"Dengar sini,Flynn Raisya! Walaupun I tak berlitup macam you,hati I tak sehitam you lah!"bahasa mula bertukar. Kalau dulu,Flynn-Bella. Sekarang you-I
"Kau ingat Kau hebat sangat ke! Mentang mentang lah kakak aku!"tempik Flynn. Kemudian dia tersenyum sinis. Selalunya kalau dia marah kakaknya ini,mula lah ada aduan pada ayah tirinya. Tapi sekarang? Sekarang ayah tirinya dan ibunya berada di luar negara,menguruskan projek pembinaan hotel di Australia. So? Mengadu lah puas puas kat dinding!
"Sedar pun yang I ni kakak you!"tempik aku. Sungguh. Aku tak tahan ada adik yang berhati hitam. Yang sanggup jual maruah kakak sendiri? Dasar manusia tak sedar diri menumpang!
Aku terus mengambil tas tangan ku dan keluar dari rumah itu sebelum sempat aku mengambil kunci kereta Infiniti putih milik aku. Aku memecut laju keluar dari perkarangan rumah itu. Hala tuju aku sekarang,rumah Ernara.
_____________________
Hello my readers. Thanks for read this story!
And also sorry for the bad beginning ☹️
Stay and vote ✨
YOU ARE READING
Isabella
RomanceSaat Aku mula dalam kepahitan.. Dia yang memberikan madu Agar terasa dunia manis semula Dan aku selalu yakin yang dunia aku akan Selalu manis dan takkan pahit semula Tetapi Kenapa sekarang dia yang Mengadukkan aku dalam kepahitan? Mana madu yang D...