"Hey.. jangan lah nangis "kata Mikael sebelum mengelap air mata gadis itu menggunakan ibu jarinya. Kemudian sekeping kertas disimpan di dalam poket jaketnya.
"Mana ada. Tu.. kertas apa tu?"tangan Isabella laju mengesat air mata nya dengan hujung baju sweatshirt merahnya.
"Eleh..yeke?"soalan Isabella tadi dibiarkan sepi
"Iye.. dah la..cepat lah minum. Nanti terlepas kapal terbang pula awak tu"
Mikael tertawa kecil
"Hey. Tak payah tergopoh gapah sangat. Rilek dulu. Bagi la saya spend masa banyak sikit dengan awak"
Senyap.
"Kael.. nanti awak akan rindu saya tak?"soal Isabella memecahkan kesunyian
"Mestilah rindu. Nanti kan.. awak datang la Malaysia.. lagipun kan.. saya tak puas lagi spend time dengan awak..hmm.. saya tak tahu lah pula yang masalah project tu semakin besar bila saya takde ni"
"Hahaha itulah pentingnya awak!"
"Hahaha ofcourse la! Saya memang penting!"ceh..mendabik dada.
"Perasan!"
"Eh..tadi kata saya penting?"
Isabella ketawa kecil sebelum
Suasana kembali senyap.
"Irine.."panggil Mikael memecahkan suasana yang senyap tadi
"Ye?"
"Musim salji dah nak dekat kan?"
"Aaa.. dalam 4 minggu nanti,ada la salji."
"Awak suka salji?"soal Mikael
"Suka sangat.. sebab bila salji turun,saya akan bayangkan yang Saya main salji salji dengan orang yang saya sayang. Baling baling salji. Bina orang salji. Saya akan bayangkan benda itu walaupun Saya main sorang sorang"
Mikael hanya tertawa kecil.
"Awak sayang saya tak?"
"Emm Kenapa tanya?"
"Haha saja tanya. Kalau awak sayang saya,Saya ingat nak balik masa musim salji. Mana tahu angan angan awak nak main salji dengan orang tersayang tu termakbul"
Isabella hanya tersenyum tawar
"Siapa yang awak harap kan?"soal Mikael
"Papa. Mama"
Mikael hanya tersenyum
"Semuanya akan baik. Percaya lah. Satu hari nanti akan terbukti pilihan papa awak untuk gantikan mama awak tu,salah"
Isabella cuma tersenyum. Apa lagi yang mahu dicakap?
"Awak.."
"Hmm?"
"Nanti kalau awak rindu saya,tengok lah bulan. Saya yakin. Kita mesti tengok bulan yang sama"
Isabella tertawa kecil.
"Awak.."panggil Mikael sebelum memegang erat tangan gadis itu. Diusap penuh lembut.
"Ye?"
"Saya sayang awak. Awak jangan lupa saya"
"Ye.. saya takkan lupakan awak. Lagipun awak bukannya pergi lama pun kan? Dalam 3 bulan lebih je kan? Kan?"
"Andaikan saya pergi lama?"
Dahi Isabella berkerut
"Lama? Maksud awak? Awak jangan cakap awak nak lari rumah!"
"Ish awak..mana ada.. maksud saya.. macam mana kalau saya pergi lama sangattttttt?"perkataaan 'sangat' itu dileretkan
![](https://img.wattpad.com/cover/167554352-288-k343857.jpg)
YOU ARE READING
Isabella
RomanceSaat Aku mula dalam kepahitan.. Dia yang memberikan madu Agar terasa dunia manis semula Dan aku selalu yakin yang dunia aku akan Selalu manis dan takkan pahit semula Tetapi Kenapa sekarang dia yang Mengadukkan aku dalam kepahitan? Mana madu yang D...