Play the media 💛
Isabella hanya memandang salji kecil yang mulai turun disebalik jelenda hospital. Ya. Dia baru sedar dari pengsan. Kata Ernara,dia sudah pengsan Selama 2 hari. Dan Ernara sudah balik ke rumah memandangkan esok ada kelas.
"Awak sayang saya tak?"
Soalan terakhir Mikael semasa di airport masih terngiang.
"Hmm..Kenapa tanya?"
"Haha saja tanya. Kalau awak sayang saya,Saya ingat nak balik masa musim salji. Mana tahu angan angan awak nak main salji dengan orang tersayang tu,termakbul"
"Saya sayang awak,Kael. Kenapa awak masih tanya sedangkan awak dah tahu jawappannya?" Isabella perlahan sebelum mengesat air mata yang mengalir menggunakan selimut.
"Kenapa awak pergi? Awak kata awak nak angan angan saya termakbul?"
"Mana kata kata awak,Kael?"soal Isabella sebelum menyelak langsir dan menyentuh tingkap itu.
Sejuk.
"Jangan pergi dari hidup saya,please"
"Saya janji. Saya akan balik"ucap Mikael lembut
"Awak tipu saya,Kael. Awak tipu. Janji awak.. awak dah mungkir"
"Kenapa sweet sangat?"
"Sebab.."
"Sebab?"
"Sebab saya nak hargai masa dengan awak"
"Awak cuba ajar diri awak untuk hargai masa awak dengan saya..tapi awak tak pernah ajar saya menghargai masa dengan awak.. awak tak pernah ajar saya untuk kehilangan awak.."air matanya mula menurun dengan laju. Bibirnya diketap. Dia tak mahu lepaskan esakannya sekarang.
"Apa yang payah sangat nak pergi klinik?"marah Isabella.
"Hidung saya berdarah jer. Bukannya nak mati dah pun"
"Nak mati dah ke?"
"Tak nak"
"Awak kata tak nak mati lagi. Mana kata kata awak,Kael? Kenapa perlu bagi saya harapan palsu?"
"Saya rindu awak,Kael. Awak tak tunggu saya"
"Saya benci perasaan ni,Kael"
"Benci.. sangat sangat.."
"Saya minta maaf kalau Selama seminggu kita berkawan,gurauan saya agak kasar. Saya minta maaf sebab selalu main sentuh sentuh je awak. Saya minta maaf andai saya dah takde untuk genggam tangan ni lagi kala awak sedih. Saya minta maaf andai saya dah takde untuk genggam tangan ni untuk beri semangat. Saya minta maaf andai ssss..saa..saya..ddd.. dah..takde uuu..untuk awww.. awak kala awak sss..susah"
"Sejujurnya gurauan awak tak pernah ada kasarnya. Awak sentuh saya pun,saya tak pernah rasa sakit hati malah saya rasa bahagia dan disayangi sangat sangat."
"Saya tak tipu apa yang saya cakap"
"Dan awak minta maaf andai kalau awak tak dapat genggam tangan saya lagi."esakan mula berbunyi
"Saya benci awak. Kenapa awak buat saya macam ni?"
"Jangan nangis disebabkan saya please. Jangan lemah kerana saya. Saya tak nak air mata awak murah untuk saya"
"Kalau macam tu,ajarkan saya supaya tak nangis bila awak takde,Kael."kata Isabella sebelum mengesat air matanya. Bibirnya diketap supaya esakan dapat ditahan.
YOU ARE READING
Isabella
RomantizmSaat Aku mula dalam kepahitan.. Dia yang memberikan madu Agar terasa dunia manis semula Dan aku selalu yakin yang dunia aku akan Selalu manis dan takkan pahit semula Tetapi Kenapa sekarang dia yang Mengadukkan aku dalam kepahitan? Mana madu yang D...