Isabella berjalan di sekitar shopping mall itu dengan penuh elegan. Sebelah tangannya diletakkan di dalam poket kardigen H&M paras lutut. Manakala sebelah lagi memegang tas tangannya yang berwarna oren.
Hari ini dia mahu shopping window. Boring duduk di rumah. Asyik memikirkan jejaka itu sahaja.
"Bella. Jom masuk sana"Isabella hanya membontoti Ernara yang mula masuk ke dalam sebuah kedai D'Beauty Design.
Isabella hanya memandang kedai itu dengan pandangan kosong. Aduh la. Kenapa la kedai itu juga yang Ernara tuju? Tak tahukah Ernara bahawa jenama itu mengingatkan dirinya pada Mikael? Kerana semua baju yang diberi pada nya adalah jenama D'Beauty Design. Tapi memang Ernara tak tahu pun. Hadoi.
"Bella! Cantik tak?"soal Ernara sambil menunjukkan sehelai dress berwarna putih dengan manik manik di pergelangan tangan. Memang cantik. Tapi entah la. Perasaan nya sekarang cuma kosong. Rindu mula bertamu. Sudah 2 Minggu selepas dia video call dengan Mikael. Tipulah dia katakan jika dia tidak merindui lelaki itu.
"Hey. Bella. Jangan la senyap. I bawa you shopping ni! You kan suka shopping"marah Ernara. Kedua dua belah tangannya mencekak pinggang
"Come on la Bella. Apa masalah you sebenarnya? Cuba cerita Kat I. Ni. Satu habuk pun you tak cerita. I boleh tolong you. Kalau I tak boleh tolong you pun,sekurang kurangnya I boleh menjadi pendengar yang setia. I really miss the old of you. You macam pinggirkam I dalam hidup you. I ada buat salah ke? Please tell me,Bella"kali ini tangan Ernara melurut jatuh. Sayu mukanya. Isabella tersentak. Adakah dirinya sudah terlalu jauh dengan dirinya yang dulu?
Keluhan kecil dilepaskan. Kejam dirinya. Meminggirkan rakannya yang selalu ada untuk dirinya.
Isabella mengukir senyuman manis sambil mengenggam tangannya Ernara. Maafkan I,Ernara.
"I okay. Jom sambung shopping. I belanja"kata Isabella. Ini semua untuk menebus kesalahannya.
"Ha? Seriously?"muka yang sayu tadi mula bercahaya
"Ye la. Nak ke tak?"
"Of course la nak! Jom masuk!"Ernara memaut lengan kawan kesayangannya masuk ke dalam kedai itu. Isabella hanya menggeleng melihat telatah kawannya itu. Pantang kalau orang kata 'belanja'.
Setelah mencuba pakaian banyak kali,mereka keluar dari kedai itu tanpa beg kertas. Itulah perempuan. Masuk punya lama tapi satu habuk tak beli. Hahahaha
"Ernara."
"Hmm?"soal Ernara sambil melihat di kedai kedai yang dilalui mereka
"Jom makan dulu nak tak? Dah pukul 1 tengah hari ni. Lapar"kata Isabella sambil mengusap usap perutnya. Ditayangkan muka comel. Kalau tak buat macam tu,ingat Ernara nak berhenti shopping? Ini Ernara la. Shopping tu memang wajib untuk dilaksanakan setiap Minggu. Dan setiap kali shopping itu mesti sampai 4 jam atau selebihnya.
"Oh ok. Jom"dua orang gadis itu masuk kedalam sebuah restaurant makanan Thai. Ernara nampak girang apabila Isabella berbual dengannya. Of course la happy. Sudah lama dia tak Isabella tak segembira ini dan tak berbual lama lama dengannya.
Pasal Mikael,Isabella tolak tepi. Dia cuba buang Mikael dari fikirannya. Dia sudah banyak meminggirkan rakannya kerana perasaan rindunya pada jejaka itu. Kasihan rakannya. Maafkan I sekali lagi,Ernara.
Mereka menjamu dengan penuh berselera. Setelah menjamu selera,mereka meneruskan aktiviti mereka. Mereka sekarang di kedai kasut.
![](https://img.wattpad.com/cover/167554352-288-k343857.jpg)
YOU ARE READING
Isabella
RomansaSaat Aku mula dalam kepahitan.. Dia yang memberikan madu Agar terasa dunia manis semula Dan aku selalu yakin yang dunia aku akan Selalu manis dan takkan pahit semula Tetapi Kenapa sekarang dia yang Mengadukkan aku dalam kepahitan? Mana madu yang D...