Bab 1

18K 205 17
                                    

Akhirnya cuti semester bagi kolejku sudah bermula. Berakhirnya ujian akhir semester pada pagi tadi, makanya dengan secara rasmi cuti bagi semester ini sudah bermula. Aku melangkah keluar dari perkarangan kolej dengan tersenyum kepuasan. Aku percaya aku boleh mendapat gred terbaik berdasarkan pada keyakinan aku ketika menjawab semua kertas ujian dengan lancar dan mudah. Memang aku sudah bersedia untuk ujian akhir semester ini. jadi aku dapat menjawab kesemua kertas ujian tadi dengan mudah.

Selepas keluar dari pintu kolej, aku duduk di sebuah perhentian bas bagi menanti bas untuk pulang ke kediamanku. Agak hangat cuaca pada hari ini. Cahaya mentari memancar hebat. Bahangnya kian terasa apabila tiada langsung angin yang bertiup. Aku hanya berseorangan di perhentian bas. Menanti bas dengan penuh sabar. Kotak rokok dunhill ku keluarkan dari poket seluar jeans. Aku memetik pemetik api bagi membakar hujung rokok.

Hampir 15 minit aku menanti ketibaan bas. Handphone ku sudah mati. Semuanya gara-gara aku lupa untuk mengecas baterinya. Power bank pula tertinggal di rumah sewa. Rambutku yang agak panjang ku sisir dengan jari. Aku terbaca sebuah iklan yang tertampal di dinding perhentian bas tersebut. Iklan mengenai kerja kosong. Aku mula terfikir untuk bekerja sementara aku sedang cuti semester selama sebulan ini.

Sebuah bas datang menghampiriku. Aku melambai-lambai tanganku ke arah bas tersebut. Bas berhenti di ikuti pintunya terbuka. Aku melangkah ke anak tangga bas tersebut. Wang kertas rm 1.00 ku hulurkan kepada konduktor bas tersebut.

"Awal balik, takde kelas ke?" tanya konduktor bas tersebut.

"Hari ini aku exam la, dah habis awal aku balik awal lah. Lagipon cuti sem dah start dah" kataku kepada konduktor bas tersebut.

Tiket dihulurkan konduktor tersebut. Aku mengambilnya lalu duduk di kerusi paling belakang sekali. Aku sememangnya kenal benar dengan konduktor bas tersebut. Rezdwan namanya. Umur dia tidaklah jauh jaraknya dariku. Hanya dia tua 2 tahun dariku. Katanya dia tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Hanya setakat SPM sahaja tahap tertinggi pelajaran dia.

Aku dengan rezdwan kenal sejak pertama kali aku datang beljar ke kolej ini. Oleh kerana aku tidak mempunyai pengangkutan sendiri. Aku terpaksa menggunakan bas sebagai pengakutan untuk ke kolejku. Memang selalu aku akan menaiki bas yang dijaga rezdwan, kerana bas ini adalah bas yang kerap melalui kawasan apartmenku.

Akhirnya bas berhenti di sebuah perhentian bas di depan apartment yang ku tinggal. Selepas turun dari bas. Aku melangkah perlahan menuju ke rumah. Aku tinggal bersama 3 orang lagi rakan di rumah tersebut. Seorang daripadanya adalah penyewa luar. Orang itu hanya menyewa bilik sahaja. Aku dan 3 orang lagi kawanku adalah pelajar kolej.

"Kau tak balik kampung ke cuti sem ni?" tanya farhan

"Entah, tak tau lagi. Kau?" Soalku kembali

"Aku balik. Esok petang aku baliklah. Adam dengan faizal gerak lusa" kata farhan

"Dorang pun balik gak ke?" tanyaku

"a'ah" jawab ringkas farhan

"Aku ingat nak kerja sambilanlah cuti sem ni" kataku

"Kau nak kerja kat mana?"

"Belum tahu lagi. Aku baru nak cari ni. Tak kisahlah kat mane pon, kat McD ke KFC ke. Boleh gak dapat duit belanja" kataku

"Ok gak tu"

Khuzaimie melankah masuk ke dalam rumah. Dia kelihatan letih. Khuzaimie adalah penyewa bilik di rumah kami. Dia merupakan seorang pekerja di sebuah pasaraya. Kerjanya adalah sebagai supervisor di bahagian stor yang mengawal dan menjaga barangan atau produk yang keluar masuk di pasaraya tersebut.

"Apa kata kau try tanya emy, mana tau kat tempat dia ada kerja kosong ke?" cadang farhan

"Idea yang bagus. Ok nanti aku tanya dia lah" kataku

Esoknya farhan meninggalkan rumah. Pada pukul 11 pagi farhan telah keluar dari rumah untuk ke TBS. Farhan berasal dari Pulau Pinang. Dan kemudian adam dan faizal pula pulang ke kampung masing-masing. Kini hanya tinggal aku dan khuzaimie di rumah. Ibu bapa aku tidak menghubungiku untuk meminta aku pulang ke kampung. Jadi aku fikir lebih baik aku manfaatkan cutiku dengan bekerja.

Agak bosan duduk dirumah untuk 3 hari ini. Tiada langsung aktiviti untuk ku lakukan. Aku tidak mempunyai awek. Walaupun ramai yang memuji aku ni memiliki wajah yang jambu. Namun tiada seorang perempuan pun yang berminat untuk mendekatiku. Mungkin kata mereka berkenaan wajahku adalah salah. Atau mungkin mereka hanya bergurau.

"Abang emy, baru balik ke?" tanyaku bila melihat khuzaimie membuka pintu rumah

"Ye" jawabnya sepatah.

Khuzaimie berumur 25 iaitu tua 4 tahun dariku. Sebab itu aku memanggilnya abang.

"Nak tanya sikit boleh tak?"

"Boleh je. Apa dia" kata khuzaimie lalu duduk di sofa sambil membuka bajunya.

"Tempat abang ada kerja kosong tak? Untuk partime" soalku

"Ada kot. Kenapa?" soalnya

"Kalau ada, saya nak apply keje la. Sementara cuti sem ni kan" kataku

"Esok aku try tanya" kata khuzaimie

********

Perasaan gementar ku sukar dibendung. Aku mula mengigil. Sebentar lagi merupakan giliranku untuk ditemuduga. Walaupun aku hanya menemuduga sebagai juruwang namun, perasaan gugupku amat memuncak. Khuzaimie telah membantu aku untuk mendapatkan kerja ini. Aku ingat lagi, aku begitu teruja apabila kelmarin khuzaimie memberitahuku aku terpilih untuk ditemuduga pada hari ini.

"Muhammad sharizan abu bakar" aku tersentak bila nama ku disebut oleh seorang perempuan

"Ye saya" jawabku

"Masuklah, giliran awak pula" kata wanita tersebut

"Terima kasih" aku melangkah penuh cermat ke dalam bilik yang mempunyai nama Mr.Kamarul Ibrahim

Setelah pintu diketuk aku membuka pintu tersebut. Kelihatan seorang jejaka yang segak sedang membaca sekeping kertas.

"Jemput duduk" pelawa lelaki tersebut

"Jadi nama sharizan ye"

"Ye saya"

"Baiklah awak apply kerja disini sebagai partime cashier ye?"

"Ye encik"

"Ada pengalaman tak sebelum ini?"

"Tak de"

"Hmm" kamarul mula mengetap bibir
"Susah ni kalau awak tak de pengalaman" tambahnya.

"Tapi encik, saya ni jenis yang cepat belajar. Matematik saya dapat A+ time saya SPM dulu" kata ku yakin

"Tak kisah lah awak dapat A+ ke F- ke, tapi awak kena ada pengalaman juga" kata kamarul

"Saya sanggup buat apa saja untuk dapatkan kerja ini encik" rayuku

"Betul ke ni?" tanya kamarul sambil kening sebelah kanannya di angkat.

Bersambung...

Adakah Sharizan sanggup berbuat apa saja demi untuk mendapatkan pekerjaan? Hehehheh

Ok tak episod pengenalan cerita ni?😅😁

Cashier Jambu (Complete)Where stories live. Discover now