"saya sanggup buat apa saja untuk dapatkan kerja ini encik" rayuku"betul ke ni?" tanya kamarul sambil kening sebelah kanannya di angkat
Aku mengangukkan kepala
"Hehe saya bergurau jela. Awak ni,macam nak interview kerja berpangkat lak sampai merayu-rayu ni. Untuk jadi cashier kat sini tak perlukan sangat pengalaman. Tapi yang penting jangan buat banyak silap je. Jangan banyak duit yang short nanti, ok? Hmm bila boleh mula bekerja?" tanya kamarul
"Kalau boleh hari ini pun saya boleh start encik" kata aku bersemangat
"Hehe esok k, sebelum kerja nanti,bjumpa saya. Saya nak salinan ic dan nombor akaun bank" pinta kamrul
"Baik, esok saya bagi" kataku bersemangat
Aku tersenyum gembira. Nampaknya aku akan mula bekerja disini, sebagai juruwang separuh masa. Tak sabar rasanya untuk aku menanti esok untuk mula bekerja disini. Senyuman yang terukir diwajahku sukar dihakis. Ini kali pertama aku bekerja. Walaupun sebagai pekerja separuh masa. Jantungku berdegup kencang.
"Muka ada senyum" usik rezdwan
"Hehe aku dah dapat kerja dah. Aku wat partime kat sini" kataku ketika bas melalui dihadapan pasaraya tersebut
"oo baguslah." kata rezdwan lalu mengulurkan tiket kepadaku.
"hehe" aku tersengih
*******
Esok paginya seawal pukul 8 pagi aku sudah berdiri di depan pintu masuk pasaraya tersebut.
"Pasaraya ni belum buka lagi dik, pukul 10 nanti baru buka" kata seorang pengawal keselamatan yang sedang menghampiriku
"Terima kasih pakcik, saya ni staf baru kat sini. Budak cashier partime " kataku
"Ooo kalau macam tu kamu kena masuk ikut pintu belakang. Kamu masuk ikut lorong sebelah kiri yang ada pondok pengawal" kata pengawal tersebut
"Yeke? Hehehe maklumlah saya ni baru lagi." kataku lalu berjalan ke pintu belakang.
Seperti rusa masuk kampung. Aku berasa gugup sekali melangkah masuk ke pintu belakang. Ramai staf-staf lama memandang ku. Ada juga yang memandangku dengan menjeling. Aku hanya tertunduk malu.
"Hai. Eerrrr saya nak jumpa encik kamarul, HR" kataku kepada pengawal yang seperti dari pakistan
"Oh, itu encik kamarul ada di tingkat 3. Pakai ini pas. Baru boleh masuk itu pejabat" kata pengawal tersebut
"Ok terima kasih"
Aku berjalan ke lift untuk ke tingkat 3. Perasaan aku bertambah gugup bila melangkah kaki ke dalam lift.
"Encik kamarul, boleh saya masuk?" tanyaku dimuka pintu.
"Ye, jemput duduk" arah encik kamarul
"Ini salinan ic dan akaun bank saya" kataku lalu menghulurkan beberapa keping kertas ke arahnya
"Ok, bagus" kata encik kamarul lalu menekan nombor ditelefonnya
"Carol, call farihin, I wanna see him now. Tell him he got a new staff today" kata kamarul
"Ok, lepas ni saya serahkan awak kat supervisor yang akan menyediakan uniform dan mengajar awak untuk jadi cashier ok" kata encik kamarul
"Ok, baik terima kasih" kata ku
Hampir 4 minit aku menunggu, kelihatan seorang lelaki kacak yang segak berjalan menghampiriku.
"Bos cari saya?" tanya farihin
"Yeah, ni staff baru, dia mula kerja hari ni. Tapi kita letak dia dibawah training selama seminggu. Jadi awak boleh bawa dia untuk tukar baju dan bagi dia training" arah encik kamarul
"Baik bos" jawab farihin
"Jom ikut aku"
"Terima kasih encik" kataku lalu bersalaman dengan kamarul
Aku mengikut setiap langkah farihin. Farihin masuk ke dalam lift tanpa berkata apa-apa. Aku hanya mendiamkan diri. Takut dan malu untuk bertanya.
"Nama aku farihin. Aku supervisor kat sini. Nama kau?" tanya farihin
"Sharizan, panggil ijan je" kataku
"Ok kita dah sampai, jom ikut aku"
"k"
Aku mengikut farihin ke sebuah bilik yang berkunci.
"Ok. Ni bilik untuk simpan uniform staff-staff baru kat sini. Kalau ikutkan kontrak, 40 ringgit akan ditolak dari gaji kau untuk uniform ini. Jadi aku nak kau jaga elok-elok uniform ni. Kalau hilang, kau kena ganti dan beli yang baru, ok? Daan aku nak unifrom ni kau kena jaga baik, bersih dan kemas. Aku tak nak ade yang kotor-kotor,bpaham?" tegas farihin
"Paham encik" kataku
"Tak payah nak formal sangat dengan aku. Panggil je abang pun ok. Kau ni macam takut je dengan aku" kata farihin sambil meramas lenganku🙄 (mesti korang ingat pasal badrul kan. Hahahahah)
"Bukan takut cuma gementar je. Maklumlah hari pertama saya kerja" kataku
"Ok, dah cepat salin uniform tu." arah farihin
Aku menanggalkan baju tshirtku. Seluar jeans yang kupakai turut ku tanggalkan. Aku hanya berboxer longgar berwarna biru menampakkan bonjolan yang menarik. Farihin menatap tubuhku dengan khusyuk tanpa berkelip. Aku akui yang body aku agak fit dengan timbulnya six pax sebab aku memang selalu ke gym di kolej.
'Apahal mamat ni asyik memerhatikan aku dari tadi. Biasa perempuan je yang akan terpesona bila melihat tubuh shirless aku di gym' Bisik hati aku
Aku mencapai uniform yang berwarna biru itu. Selesai memakai unifrom aku kemudiannya menyimpan seluar jeans dan baju tshirtku di dalam beg sandang.
Bersambung...
Jangan lupa tekan star😘😍
YOU ARE READING
Cashier Jambu (Complete)
Teen FictionMengisahkan seorang pelajar yang bernama Sharizan yang belajar di sebuah kolej untuk mendapatkan ijazah. Sharizan bukan sahaja memiliki wajah yang jambu, malah seorang yang peramah. Semasa cuti semester kolejnya, Sharizan mengambil kesempatan untuk...