Sepanjang waktu aku bekerja, memang aku kerja dengan tekun. Masuk hari ini, sudah hampir 6 malam duit jualan aku tidak 'short'. Farihin hanya mengigit jari. Aku tersenyum puas.
Esok merupakan hari terakhir aku bekerja disini. Tidak sabar rasanya untuk meninggalkan tempat keji ini. Aku tidak ingin bekerja dibawah pengurusan farihin dan khuzaimie lagi. Malah aku kini tidak lagi tinggal sebumbung dengan khuzaimie. Aku sudah berpindah ke rumah redzwan. Redzwan menerima ku sebagai teman serumahnya. Aku kini tinggal bersama redzwan dengan adik-beradiknya. Aku sebilik dengan redzwan. Aku rasa selesa tinggal dengan redzwan walaupun rumahnya itu agak ramai dengan adik-beradiknya. Sudah 3 hari aku tinggal dengan redzwan.
"Harini last awak kerja kat sini kan?" tegur yati ketika aku sedang berdiri di kaunter menanti pelangan.
"Yup" jawabku sepatah
"Saya harap awak sudi berkawan dengan saya lepas apa yang terjadi"
"Ok"
"Ijan, saya tetap sayangkan awak"
"Benda dah berlalu"
"Saya tau, tapi saya masih mengharap segalanya akan kembali seperti dahulu"
Aku tidak berkata apa, yati berlalu pergi dengan muka kecewa.
Jam menunjukkan hampir pukul 7 malam. Aku meletakkan papan tanda 'counter closed' dihujung meja kaunterku. Aku bergerak pergi ke tandas. Tidak tahan untuk membuang air kecil. Ketika aku kembali ke meja kaunterku aku melihat farihin sedang membuka laci duit kaunter. Dari jauh aku melihat farihin mengambil wang kertas sepuluh ringgit lalu dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Aku terkejut. Aku berlari ke kaunter. Hati aku dah mula panas.
"Abang buat apa ni?" tegurku agak kasar
"Eh takde apa" farihin kalut
"Apa yang abang buat kat kaunter saya ni?" tanyaku
"Abang jaga kaunter la, ijan pergi mana?" tanya farihin mencari dalih
"Tandas la, kenapa abang buka 'drower' duit saya?"
"Bila masa?"
"Saya nampak tadi! Abang ambil duit kan"
"Wei kau jangan nak main tuduh-tuduh ye!"
"Saya nampak bang!"
"Apa yang kau nampak?"
"Abang ambil duit dari 'drower' saya!"
"Ni dah lebih ni. Kau sapa nak tuduh aku macam tu?"
"Cuba abang keluarkan duit dari poket seluar abang tu!" arah aku
Pelanggan mula terpinga-pinga melihat aku meniggikan suara ke arah farihin.
"Ni apa yang bising-bising ni?!" Tanya encik kamarul yang tiba-tiba muncul dan terus menghampiri kami
"Budak ni tuduh saya yang bukan-bukan!" kata farihin
"Saya ada bukti encik, bukan saya yang tuduh melulu"
"Dah-dah kamu berdua ikut saya masuk pejabat sekarang!" arah encik kamarul
Aku berjalan di belakang sekali. Dadaku berdebar-debar. Marah dan benci bercampur membuatkan aku bersuara lantang tadi. Aku percaya apa yang aku lihat tadi adalah benar. Tidak silap. Memang farihin mengambil duit dari laci duit di kauter aku!
"Cerita kat saya apa sebenarnya yang berlaku?" tanya kamarul ketika duduk di kerusinya
"Saya nampak encik farihin ambil duit dari 'drower' saya"
"Bila masa"
"Tadi saya nampaklah"
"Sudah-sudah!" tengking kamarul
![](https://img.wattpad.com/cover/167812034-288-k318865.jpg)
YOU ARE READING
Cashier Jambu (Complete)
Novela JuvenilMengisahkan seorang pelajar yang bernama Sharizan yang belajar di sebuah kolej untuk mendapatkan ijazah. Sharizan bukan sahaja memiliki wajah yang jambu, malah seorang yang peramah. Semasa cuti semester kolejnya, Sharizan mengambil kesempatan untuk...