Bab 3

9.4K 149 1
                                        

Aku mencapai uniform yang berwarna biru itu. Selesai memakai unifrom aku kemudiannya menyimpan seluar jeans dan baju tshirtku di dalam beg sandang.

"Jom aku tunjukkan lokar kau" kata farihin

Setelah itu, aku kemudiannya di bawa ke kaunter seorang perempuan yang comel serta ayu yang mungkin sebaya dengan ku.

"Kau akan belajar dari staff lama ni. Nama dia yati, aku nak kau tengok dan belajr dari dia. Sebelum lunch nanti aku akan datang balik ke sini. Aku nak tanya kau apa yang dah kau belajar nanti. Paham?" tegas farihin

"Paham" jawabku

Farihin kemudiannya berjalan ke pintu belakang pasaraya. Aku dapat melihat farihin berjalan dengan seseorang keluar dari pasaraya.

"Hi saya yati, nama awak pulak?" tanya yati

"Saya sharizan, panggil je ijan" kataku

"Belajar lagi ke?" tanya yati

"Ye, saya belajar kat kolej" kataku

Pelangan pada pagi itu tidak ramai. Mungkin sebab hari bekerja maka tidak ramai orang yang mengunjungi pasaraya tersebut. Banyak benda yang ku pelajari dari yati. Sikapnya ramah membuatkan ku senang untuk belajar darinya.

"Kejap lagi kita break sama-sama k" ajak yati

"Ok, nak break kat mana?" Tanyaku

"Mana lagi, foodcourt la" jawab yati

Banyak perkara yang ku bualkan dengan yati yang begitu ramah dengan ku. Yati yang sebaya dengan aku tidak meneruskan pengajian kerana kesempitan hidup. Akhirnya yati hanya bekerja disini untuk membantu keluarga. Sejak ayahnya meninggal duni, yatilah yang banyak membantu keluarganya. Ibu yati hanya bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang. Yati begitu ambil berat tentang pembelajaran adik-adiknya. Biarlah dia tidak berjaya, tapi hatinya akan tenang melihat adik-adiknya berjaya atas bantuannya.

Selesai makan, aku dan yati kembali ke kaunter untuk meneruskan kerja. Aku agak terkejut melihat farihin sedang berdiri terpacak di sebelah kaunter. Aku mula gugup. Walaupun farihin ini agak jambu orangnya namun muka seriusnya amat menakutkan aku.

"Kau pergi mana?" tanya farihin

"Saya pergi makan bang" jawabku

Yati pula hanya meneruskan kerjanya tanpa mempedulikan aku dan farihin.

"Aku kata tadi apa, tunggu aku kat sini sebelum kau pergi makan kan?" suara farihin tinggi

Aku tertunduk diam.

"Kau dah reti nak jadi cashier? Apa yang kau belajar dari yati?" tanya farihin

"Ermmm reti dah cket. Dia ajar saya scan bar kod barang, pastu buat encashment guna cash ke atau kad kredit" jawabku satu persatu

"Tu je?"

"Saya baru nak ajar dia tentang nak bagi diskaun lak bang" sampuk yati

"Ok. Nanti petang nanti aku datang lagi" kata farihin lalu berlalu pergi

Aku mengeluh. Farihin begitu tegas denganku. Yati hanya tersenyum seperti cuba menenangkanku. Sikap farihin tadi membuatkan aku berfikir kembali untuk bekerja disini.

*********

Aku duduk di bus stop menanti bas. Kotak rokok ku keluarkan. Hanya tinggal sebatang je rokok. Duit belanja pula cukup-cukup sampai penghujung bulan ini untuk ku gunakan. Nampaknya aku harus berhenti merokok seketika. Tunggu sehinggaku dapat gaji ku yang pertama sebagai seorang cashier.

Cashier Jambu (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang