Bab 12

8.7K 157 7
                                        

"Mana wan ni? Dah berjanggut aku tunggu ni" aku bermonolog sendirian sambil memandang skrin telefon bimbitku.

Rezdwan berjanji untuk berjumpa denganku di bustop apartmentku ini. Aku pelik, kenapa pula redzwan memintaku menunggu disini, jika berjumpa di Oneutama kan senang. Aku tidak mempunyai pengangkutan, begitu juga dengan dia..

Belum sempat aku habis mengelamun, sebuah kereta axia berwarna merah terang berhenti di hadapanku

"Naiklah jan" teriak redzwan dari dalam kereta tersebut.

"Kereta sape ni?" tanyaku ketika memakai tali pinggang keledar.

"Pinjam kereta kawan aku. Senang sikit nak jalan-jalan nanti" kata rezdwan

Perjalanan kami ke Oneutama hanya memakan masa kurang dari sejam memandangkan hari ini adalah hari bekerja. Kenderaan semakin kurang di jalan raya sebab dah lepas waktu orang masuk ke pejabat, ditambahkan lagi dengan kecekapan pemanduan redzwan serta pengetahuannya terhadap jalan-jalan di kuala lumpur melancarkan lagi perjalanan kami.

"Kita tengok wayang dulu ke atau nak main bowling?" tanya aku kepada redzwan

"Ikut kau la, aku tak pandai sangat bermain bowling ni" kata redzwan merendah diri

"Dah jom kita main bowling, pastu kita tengok wayang.."

"Sambil buat wayang hahaha" pintas redzwan lalu ketawa terbahak-bahak. Aku pon turut sama ketawa.

Permainan bowling hanya memakan masa kurang dari sejam. Satu permainan sahaja. Mungkin kerana kemahiranku bermain bowling, redzwan kalah dalam permainan tersebut dengan jurang perbezaan jatuhan pin yang agak besar.

"Enjoy?" tanyaku ketika beratur bersama redzwan semasa membeli tiket wayang. Kami mahu menonton cerita Jumanji The Next Level lakonan The Rock (Dwayne Johnson bagi sesiapa yang tak kenal the rock. Hahahaha)😅😜

"Huh? Enjoy ar. Giler tak enjoy. Kuar date dengan kau kot. Hahahaha" jawab redzwan

"Baguslah, ni kira firstla kita kuar sama-sama kan" kataku

"Yup, best berdating dengan kau hahaha. Wei, kau nak popcorn tak? Aku pergi beli" kata redzwan

"Boleh gak, nah duit ni" hulurku rm50 kepada redzwan

"Tak payahla, bukannya mahal sangat pun." kata redzwan lalu menepis tanganku. Redzwan berlalu pergi ke kaunter jualan makanan ringan di sebelah sudut kiri pangung.

Skrin besar bewarna putih dihadapanku mula bertukar, menanyangkan cerita yang patut kami tonton. Cerita itu agak membosankan sebenarnya. Tak best macam Jumanji Welcome To The Jungle. Aku expect lagi best.

"Jan, bosan ar cerita ini. Tak macam yang first hari tu" kata redzwan dalam berbisik

"Tula, nyesal aku beli. Kalau tahu beli tiket Ejen Ali The Movie je. Dengar kata best"kataku

"Hmm bestnye" kata redzwan lalu meletakkan kepalanya dibahuku

"Wei kau buat apa ni, orang nampak doh.. Nanti tak pasal-pasal kene tuduh kapel gay wat pojek lak hehe" kataku

"Biarlah, aku ngantok layan movie ni, tu yang lentok kat bahu kau ni. Bestla" kata redzwan lalu melelapkan matanya

"Dah tidurla" kataku lalu mencium dahi redzwan

Redzwan memejamkan matanya. Aku terkedu, seperti tak percaya tentang perkara yang berlaku sebentar tadi. Nasib baik redzwan tidak marah. Kenapa aku mencium dahi redzwan.. Konek aku di dalam seluar aku tiba-tiba mengeras. Arghhh pelik..

Selesai tayangan, aku mengejutkan redzwan dari tidurnya. Kami kemudiannya berjalan keluar dari pangung menuju ke tempat letak kereta. Redzwan ingin membawa aku ke satu lokasi lain untuk kami menjamu selera. Makan dalam Oneutama kan rabak la dompet kami. Hahahaha.

Cashier Jambu (Complete)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang